Memaparkan catatan dengan label ngeri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ngeri. Papar semua catatan

Sabtu, 29 Oktober 2011

MALANG TIDAK BERBAU

Cuma yang bau nya adalah minyak panas!!

Tapi alhamdulillah syukur sangat2 sebab sampai hari ni cuma ada kesan merah n sikit2 nmpk mcm melecur ja. bayangkan minyak tengah panas berasap nak masak telur dadar je. sebagai hamba-Nya Kita yang merancang hanya Allah yg tentukan. Samada jadi ke tak telur dadar tu atau akan ada kemalangan atau tidak ja.

Haritu, hari cuti deewali. kami sekluarga memutuskan xmo klua p mana2 hanya ingin habiskan masa di rumah dan menikmati makanan hasil air tangan ibu. melepak lepak dan guling mengguling di toto kat depan tv bersama adik n abang. Awal pagi siap roti telur n roti jem kami minum pulak milo n oligo panas. relaks2 tgk tv dan layar internet berwifi dan berblackberry la kunon. layan fb, layan blog, layan asaimen sikit2 ;p

kalo time cuti ni rasa kejap je ms berlalu. tadi sarapan ni nak sedia mknan utk lunch lak. kebetulan asben ckp dia nk klua lps asar jumpa kawan yg akan menjayakan mega gathering kelab macy dia.. so istri harusla masak ngan cepat sementara adik + abang bersama apak!!! hehehee..

menu nya adalah nasi putih + kari ayam spesel + udang goreng + telur dadar .

sume siap!! but yg last skali adalah telur dadar (telur+cili+bawang dadu) . minyak da panas berasap skit, slow api then nk capai mangkuk telur tgn terrrkena pemegang kualai. pantas secepat kilat minyak trus tumpah kat jari jemari dan tapak tangan..

aaauuuccchhhh!!! ya allah, abaaaaaaaanngggggg!!! adoi adoi adoi (meleleh air mata) fuuuuuhhhh..fuh fuh fuh..panas, pedih berdenyut s a k i t !!! tangan kiri dah menggeletar. sakit doowwhh.. terus buka paip letak tgn kat air tu, asben suh alihkan nk letak minyak gamat + kicap. panik sgt xtau nk bubuh apa dah. pinjam gel gamat kat jiran. sapu. pastu dia suruh rendam dlm ais. rendam le slama 1jam lebih. slalunya mesti kaku tgn.kan ini tak pun..rasa selesa dan x berdenyut. lega.

kebetulan adik aisy plak nangis nak nenen + berak pulak..kesian kat dia.. terpaksa abahnya ambil alih..kesiannya adik aisy.. ibu dah gaya kurang upaya dh jadinya..

tapi time nk smayang, sakit sgt2..smayang pun dlm keadaan terketar2 tgn kiri tu. selesai ja trus brsiap ke klinik. sepanjang perjalanan tu menggeletar aje. bertiup fuuh3amik ubat dpt mc.

bayangkan kalo terkena setitik dua pun dah sakit menggelembung n lecur tgn,kan..ni kan pula minyak panas tumpah terus ke kulit.. alhamdulillah tgn n jari sy xmelecur cuma sampai harini hanya ada kesan mcm terbakar skit ja. memandang kan sy ni hitam. hitam manis oke kikikiki xla nampak kesan lecur yg banyak.. alhamdulillah.




Sabtu, 30 April 2011

Hari Ini Dalam Sejarah


Belom penah terjadi selama 7thn tinggal di kuarters sini terjadi perkara macam ni. Rumah Kuarters sini ada 2 buah ja. Kalo jiran blk kampung tinggal la kami skuarga 3 branak. Kebetulan harini tinggal 2 branak ja, asben ada exam lak. Kala ni pon asben xbalik lagi.. Maybe dia xrisau kot..

Lepas main psp, makan, minum, letih2 si danial tu nak terberak lak.. Jadi tunaikan la hajat dia tu..so pintu yg nak ke toilet bilik belakang tu terbuka la lepas selesai hajat danial tu.. Lagipun musim panas so pintu tu biarkan la terbuka.. Toilet masih di dalam rumah oke, jgn salah paham.. cuma di asingkan pntu ja..tapi masih di bawah bumbung n dinding yang sama..yang pasti toilet dalam rumah yek.. ;p

Jadi pintu terbuka ja la, but pintu utama keluar masih tuutp n kunci lepas tu saya trus ja amik wuduk n solat kat bilik utama. Tapi masa tgh takbir terperasan sebalik dindng rumah ada bayang2 lelaki berjalan terus ke belakang rumah.. benti jap, tggu sat tp xnmpk patah balik pon. Jadi teruskan solat. Selesai solat zohor tu.. Tiba2 ada bayang2 kaki di pintu utama. Time tu tgh on9 fb. Sedap kan hati fikir maybe guard sklh ni tgh raound2 kot. Tgk kawasan sekolah n asrama skaligus tgk2kan rumah saya skali. Rupa2 nya TIDAKKK !!!!

Lama jgk bayang2 tu kat pintu utama, saya ngendap tepi tu..nmpk kaki trus berjalan kat belakang.. Saya ok lagi. xsampai 5 saat..risau smula, trus ke dapur n kat pintu tadi yg terbuka tu p tutup ,kunci n lock skali.. Terperasan lagi ada bayang2 tepi pintu belakang skali tu.. Trus jadi gelabah n takot gila..

Then trus call kat jaga tanya sapa yg kerja siang.. Cek2 geng jaga, tgh jaga kat sklh sana..

Apalagi ..dengan kuatkan semangat , trus ja buka pintu ..pastu dok lawan ngendap..aku tgk ko..ko tgk aku..last2 aku jerit..

""HOIII..SAPA TU??..HOIII..SAPA TU?? SAPA TU?? HUH??..AKU TEPON POLISSSSSSS!!! JAGA KO !!!???!!!'''''

Menggigil rasa.. takot tp beranikan diri jgk.. Padahal kalo aku dok diam mesti budak tu kena tangkap ngan geng2 JAGA sini.. silap aku jugak..kalo tak, lagi sedap..boleh tangkap..bole tau sapa..bole aku pon blasah dia skali.. biaq la dlm peknen2 pon..kurang asam..bekas anak murid aku rasanya yg xbrapa nk buleh blajaq tu kot !!! serius sakit hati n geram bila dpt agak2 mengagak budak tu sapa dia.. siap aku nmpk ciri2 budak tu..pakai sluaq pendek, slipar merah.gelap2 gitu..baju kale tak nampak.. tp gelap jgk kalernya..

Tapi alhamdulillah..perkara buruk tak sempat berlaku. Ya Allah selamat kan dan peliharalah keselamatan rumah, diri, dan segala2 yang ada disini dari malang2 dan pencerobohan orang2 yang tak berguna ini, Ya ALLAH..amin.


Khamis, 4 Jun 2009

Sekadar Renungan~~

~ JIKA…KALAU.. ~

KALAU SUAMI
Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia.

Kalau suami meninggi suara..
Itu tandanya dia dah ada mak wa.

Kalau suami selera tak ada..
Itu tandanya dia nak pasang dua.

Kalau suami lambat balik aja.
Itu tandanya dia dah syok kat org kedua.

Kalau suami tidur di ruang tamu..
Itu tandanya dia dah jemu.

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu..
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu.

Kalau suami garang macam singa..
Itu tandanya hati dia dah tak cinta.

Kalau suami asyik komplen aje..
Itu tandanya dia dah tak suka.

Kalau suami mula sepak terajang ke muka..
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA.

Kalau suami mula delete sms berjela..
Itu tandanya dia dah pasang dua.

Kalau suami mula sumpah seranah ..
Itu tandanya dia dah benci tahap amah.

Kalau suami mula guna barua,b*bi,p*ki,celaka..
Itu tandanya dirimu wahai isteri tidak dianggap anugerah tuhan yang esa.

Sedarlah wahai isteri,kau bukan insan yg dicinta,disayangi dan dihormati si suami.

..............
JIKA SUAMI

Jika suami sayangkan isteri..
Dapat gaji semua diberi.
Jika suami sayangkan isteri..
Kerja rumah rela dikongsi.
Jika suami sayangkan isteri..
Kereta diberi suami naik LRT.
Jika suami sayangkan isteri..
Duit poket diberi setiap hari.
Jika suami sayangkan isteri..
SMS dikirim tanda rindu di hati.
Jika suami sayangkan isteri..
Kongsi masalah nasihat dikasi.
Jika suami sayangkan isteri..
Diberi ciuman setiap pagi.
Jika suami sayangkan isteri..
I love U, I miss U katanya setiap hari.
Jika suami sayangkan isteri..I
steri gemuk, dikatakan seksi.
Jika suami sayangkan isteri..
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari.
Jika suami sayangkan isteri..
Ke mana sahaja dibawa pergi.
Jika suami sayangkan isteri..
Sentiasa jujur perihal diri.
Jika suami sayangkan isteri..
Status berkahwin bangga sekali.
Jika suami sayangkan isteri..
Cintanya suci hingga ke mati.

PESANAN KEPADA ISTERI2:
Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori ini?
JIKA SUAMI... lebih banyak dari KALAU SUAMI... maka bersyukurlah kerana rumahtangga anda umpama SYURGA.

TETAPI.... KALAU SUAMI... lebih banyak dari JIKA SUAMI... maka berhati-hatilah. Wahai kaum isteri jangan sampai rumahtanggamu umpama NERAKA.

PERINGATAN KEPADA SUAMI2 :
Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia NERAKA ?????
JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI .. KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI..

DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIAYA DITERIMA ALLAH YANG ESA TANPA HIJAB...

Rabu, 6 Mei 2009

No Words

Dalam otak ni bnyk sgt benda yg nk ditulis,tapi xtau nk mula camna.So me harap pic kat bwh leh menerangkan apa yg terjadi today.Kejadian ni akan menjadi memorable yg sgt mendalam dan meninggalkan kesan yg tragis dalam perjalanan yg me tempoh untuk profesion yg sgt mulia yg me pilih skang.

bukan kaler gray but in green.

p/s : jgn percayakan mimpi tapi jdkan ia sebagai satu peringatan untuk kita,kadang2 mimpi itu mmbri petanda buat kita,samaada kebaikan ataupun keburukan.Well,cam xde kaitan jek,tp me sorg je yg paham..biarrllaah..

Isnin, 20 April 2009

Ngeri nya sepotong ayat.

Bebaru ni ada tertengok 1 drama kat tv.Tak ingat lak pe tajuknya.Tapi mmg drama ni memebuatkan me terfikir sejenak n tertusuk dalam kalbu.de ke patut suami yg disayangi sang isteri dicintai sepenuh hati,beserah jiwa dan raga,berkorban apa saja untuk si suami,sorang lelaki yg pertama bertakhta dijiwa n paling dipercayai sanggup melemparkan kata2 n ayat2 yg ngeri untuk halwa telinga n terus tertusuk dijiwa sang istri.Ini kerna si suami mmg dikenali sbg penyayang,caring,gentleman,mmg baik lah kalah suami2 malaya ni.Tapi disebabkan 1 pertanyaan dr si istri "abg dah makan ke lum" tau tak apa di jawab si suami keparat tu "kau ni BANGANG ke BODOH,dah aku kluar mesti lah aku dah mkn,lgpon ak dah lepak lama kat cafe tadi."so ni lah antara ayat2 ngeri lg berbisa yg istri dpt dr suami yg dicintai nya..........so me terfikir sejenak n memohon dari Allah semoga jauhkandan jangan la suamiku jua berkata2 ngeri spt tu jika pertanyaan tu berbau mengada ngada or mmg xde makna skali pon. Ini kerna jiwa dan perasaan me terlalu lah ampuh utk menahan telinga mendengar bait2 ngeri spt tu.Hargailah ibu2 n wanita2 yg bergelar isteri untukmu wahai sang lelaki bergelar suami.

*GiVe aWay*

See You Again

...... Terima Kasih Di Atas Kunjungan Anda Semua ......
Segala Coretan dan Nukilan Adalah Hasil dan Hak Milik Dari Pemilik Blog ini " DeeAnie Blogspot " tetapi ada jugak yang terselit link dari google. Terima Kasih Bagi Yang Sudi Menjadi Followers dan Meninggalkan Jejak serta Komen.

"
hiduplah seperti lilin, menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."