Sabtu, 26 Disember 2015

PERSEDIAAN SEKOLAH 2016

Persediaan Sekolah 2016:::

Assalam dan selamat pagi semua. 2015 dh tak lama nk meninggalkan kita semua. Semoga segala yg berlaku sepanjang tahun ini sentiasa dalam lipatan memori yg indah dan baik baik saja utk kita kenang kelak. Apa yang penting cubalah perbaiki diri dari masa ke semasa utk lebih baik.

Ini ada sedikit nota yg copy n share dr fb utk peringatan kita semua..

::Persediaan Sekolah 2016:::

Bukan beg baru
Bukan uniform baru
Bukan alatulis baru
Apatah lagi ...
Pasti bukan HP baru
Pasti bukan motorsikal baru

Yang lebih utama:
SIKAP baru
NILAI baru
KOMITMEN baru
HALATUJU baru
MATLAMAT PEPERIKSAAN baru

Itu untuk anak kita.

Untuk kita sebagai ibubapa:

KEPEDULIAN ...
Sibuk tak habis.
Kerja tak habis.
Urusan itu ini tak habis.
Ambil peduli anak kali ini.
Beri masa bersama mereka.
Check kerja2 sekolah mereka.
Nasehat agar mereka bijak pilih kawan.

KETEGASAN ....
Jadi Mak-Ayah yg berfungsi.
Tegur, tegas, bantu malah hukum mereka jika perlu.
Bukan Mak-Ayah dayus yg takutkan anak.
Bukan Mak-Ayah penakut yang ikut semua kemahuan anak.
Bukan Mak-Ayah lembik yang tiada pendirian ttg sesuatu perkara bila berbicara dengan anak.

AKHLAK DAN IBADAH ...
Wajib bimbing, terap dan lazimkan anak dengan ...
Minimum 34 kali sujud pada Yang Masa Esa tiap hari.
5 waktu = 17 rakaat = 34 sujud
Cari jalan rajin berjemaah dengan anak.
Usaha rajin baca Al-Qur'an + Terjrmahan Maksud + Asbaunnuzul bersama anak. Cantik tiap hari. Tidak boleh 2 hari sekali. Paling lekeh seminggu sekali
Bantu anak hormati guru, ibubapa.

PANTANG LARANG
Ini my personal charter
-- No handphone hingga tamat SPM. Cari Nokia 3310 utk kegunaan umum anak yg disimpan di rumah dan dibawa ketika special school trip/event.
-- No girlfriend-boyfriend.
-- Belajar dulu. usah galak, toksah gatal, jangan gedik !
-- Utamakan pelajaran.
-- No motorsikal ke sekolah (kecuali bagi 5 syarat ... syaratnya bincang lain kali)
-- No TV mlm sekolah kecuali special programe with special permission from parents

HALATUJU
Bantu anak bina halatuju
Tolong anak buat matlamat peperiksaan.
Dari situ bimbing anak cari kawan yg membantu bukan membantut.

KASIH SAYANG
Ini kemuncaknya.
Tindakan di atas dibuat kerana sayangkan anak, kerana mahu lihat anak terjamin masa depan, kerana mahu cipta kecemerlangan buat anak.

SILA SHARE untuk faedah rakan FB kita.

Dr.Shukri Abdullah, Yan Besar
Jumaat 12.30 pagi 25.12.15

2 YOUR COMMENT... 8-):

Cara Mengobati Gejala Hipertiroid berkata...

Terimakasih Informasinya

aarongrey112 berkata...

Hi, can I contact you through your email? I've something to share that might interest you.

Aaron
aarongrey112 gmail.com

*GiVe aWay*

See You Again

...... Terima Kasih Di Atas Kunjungan Anda Semua ......
Segala Coretan dan Nukilan Adalah Hasil dan Hak Milik Dari Pemilik Blog ini " DeeAnie Blogspot " tetapi ada jugak yang terselit link dari google. Terima Kasih Bagi Yang Sudi Menjadi Followers dan Meninggalkan Jejak serta Komen.

"
hiduplah seperti lilin, menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."