Ahad, 3 Februari 2013

SOLUSI ; Danial dan Telinga

As.salam to all of you.

Entry sebelom ni saya berintensif di USM. Tinggalkan anak-anak bersama maktok sorang ngan tok mama sorang. Berpisah sekejap. Terima kasih Mak. Thanks Mama. Pertolongan kalian sangat-sangat dihargai. Tak terucap rasa.

Pagi-pagi di USM kalo tak ke kelas common activities is siapkan asgmnt atau nonton sidang video utk peperiksaan berterusan. (PB) atau ke library.

ok,
untuk kali ni hati dan jari jemari gatal-gatal takmo duduk diam. nak jugak hasilkan entry ni. Rujuk tajuk post ni. Yes. Danial dengan telinganya. Masuk yang ini dah kali kedua pasal telinga dia kami rujuk ke klinik biasa, klinik poliklinik dan yang terakhir ke specialist ENT.

Kenapa?
Yang 1st , thn 2011 - telinga termasuk serpihan gabus. siap warna kuning lagi itupun sebab ternampak time nak cuci telinga dia. macam mana terrmasuk...wallahua'lam... yang itu kami suami isteri just bw jumpa doktor klinik swasta biasa then Doktor cuma masukkan sesuatu yang boleh capai so kepit terus bawa keluar. Simple dan berjaya. dah penah buat entry tu WW kat sini

Yang 2nd, Januari thn 2013 - haaaaaaaaa....yang ni kena tarik nafas panjang-panjang sket. istighfar banyak-banyak. Kes ni terjadi memang time ketiadaan ibu, itupun dia dah sakit-sakit baru bagitau kat abah dia time ontheway balik dari ganu ke kedah untuk jumpa ibu semasa intensif. Kiranya baru 3, 4 hari yang lepas la.

Kebetulan musim skarang adalah panas, berangin dan kering kontang. Keadaan ni memang mendorong serangga-serangga atau mikroorganisme kecik2 ni berterbangan dah mudah terkena di badan manusia. Agaknyalah. Ibu ni bila dah lama tak jumpa anak dengan cepat dan mudah terus dapat detect something tak kena pada si anak ni. Sama la kes danial..terpandang ja muka dia dalam kreta setiba dari terengganu tu terus tanya " danial tak sehat ka?????" itu 1st soalan yg kluar dari mulut ibu.

Yes!!!
elok pijak handbreak, asben pon cerita yang danial baru  bgtau dia sakit telinga. Zasss-capai torchlight dlm dashbord, suluh2 teruss ternampak "sesuatu" dalam telinga. SEKENIT--PIRAS.
telinga dan pipi memang dah nampak agak-agak benjol gitu. plus muka danial sekarang dah nampak square face maybe % ngikut jejak ibu tu besar..hohohooo..muka penuh. Gitu katanya ><
Kesian pulak sebab nak tengok kiri kanan dah macam robot.Petang lepas selesai makan dan solat bawa danial jumpa doktor kat klinik swasta. Niatnya nak suruh buang.

sebelum tu macam-macam petua tradisional dah cuba antaranya ;
1- titik air tembakau
2- titik minyak wangi mekah.
3- titik minyak cap kapak
4-cuba korek guna besi membuat bunga pahar.
5- cuba jerut guna tali sabut kelapa
6- titik susu badan ( ini tak sempat buat-tiada stok )

Kali pertama jumpa doktor, memang telenovela habis. macam-macam diolog tagih simpati untuk elak dari kena memasukkan sesuatu ke dalam telinga danial mula la berlaku. berbekas jugak la kami 3-4 orang dok menahan dari danial bergerak.Malangnya tak berjaya. Doktor cuma berjaya cucuk sekenit tu biar pecah sikit. Then bagi ubat  tahan sakit, vitamin, surut bengkak dan ubat titik.

Kali kedua jumpa doktor - pun tak jalan. ini kat poliklinik mutiara, alor star. Doktor taknak amik risiko katanya dah hampir gegendang. Dia suggest p kat Klinik Ali. ini memang specialist ENT.

Kali ketiga, amik appoiment tunggu sekejap then terus kena buat operasi... Alhamdulillah - berjaya buang sekenit-piras dengan jayanya. Asben cakap, doktor guna -masuk-kepit-sedut- dan bayaran RM 130 bersama 4 jenis ubat semuanya pil.

so lepas ni sesapa yang mengalami masalah sama seperti ini. Just walk-in ke KLINIK ALI, No.1539 Jln Sultan Badlishah, 05000 Alor Star, Kedah -tel- 04 7318405 -fax- 04 7306405.

Alhamdulillah, ibu yang berada di USM ni lega, tenang, dan tenteram. Masalah danial dah selesai.

0 YOUR COMMENT... 8-):

*GiVe aWay*

See You Again

...... Terima Kasih Di Atas Kunjungan Anda Semua ......
Segala Coretan dan Nukilan Adalah Hasil dan Hak Milik Dari Pemilik Blog ini " DeeAnie Blogspot " tetapi ada jugak yang terselit link dari google. Terima Kasih Bagi Yang Sudi Menjadi Followers dan Meninggalkan Jejak serta Komen.

"
hiduplah seperti lilin, menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."