Khamis, 17 Januari 2013

Sekolah Mula.

Allahuakbar... Allah maha besar.
Kesempatan yg ada saya cuba setelkan apa yg terdaya. Skolah dah mula dan menginjak ke minggu ketiga. Dengan rutin harian dan rutin tambahan. Sebagai pemegang guru kelas yg dah nk masuk kali ke-10 tahun ni masih terasa bagai baru ja nak mula.

Dengan segala bayaran -- buku-pensel-lencana- hingga ke baju sukan guru Kelas kena setelkan sebelum masuk bulan 2. INGAT ni adalah tugasan wajib utk semua guru kelas. Sebagai panduan lagi segala maklumat murid dan penjaga wajib kena update di -apdm- harap maklum. Semoga lancar kerja2 dan tugas anda semua dan termasuk saya.Walaupun murid sikit atau ramai isi tetap isi.

Tadi adalah urusan murid. Yang ni pula urusan kelas. Sebelum masa berginjak ke bulan 2 jgk tuan guru besar tlh edarkan checklist utk para guru kelas bg menyediakan segala list trsebut dan siap sedia di tampal atau ditambah atau dibaiki dalam kelas anda -kelasku rumahku- . Bila difikirkan terasa spt baru pindah masuk rumah baru gayanya. GB ckp biar la suasana kondusif utk anak2 didik kita terpelihara. Ok done!!!
Dalam peringatan cikgu...terima kasih. In sha Allah sy cuba usahakan utk siap sbelum sy masuk USM.

Anak2..
Ya. Anak sulong saya thn ni dah masuk darjah 2. Sronok sgt pada mulanya;;kata si abg ni dia xsabar nak belajar kelas thn 2. Alasannya sy suka duduk kelas bawah tak payah naik turun tangga 3tingkat tu. Tp harapan musnah sbb kelas thn 2 itu akan menjadi tetap dan berpencen sehingga Adam kanak2 OKU tamat darjah 6. Atas masalah kesihatan tidak boleh berjalan dan hanya menggunakan kerusi roda. Jadi danial nak merasa duduk kelas aras bawah kena lupakan terus. Ahamdulillah juga segala kelengkapan anak utk sekolah saya lebih selesa membeli di kedah. Banyak pilihan dan banyak yang offer2 berbanding di terengganu. -- hipotesis awal dan akhir barangkali.

Utk  anak kedua saya belum selesai dgn alatan2 dan kelengkapan serta keperluannya --susu-pampers-mandian-baju basahan-- belum lengkap lagi memandangkan thn ni dia pun dah berubah saiz fizikal. Utk itu ibu kena klua dan berbelanja lagik. Ok adik.!! Perkembangan stakat ni bkn sahaja bertambah saiz tp bertambah akal dan penguasaan kata. Air. cak. (cicak). Aisy. Abang. Abah. Bu. Hurhh.. (ya). Tummy. Nanan. (tangan). Aki. (kaki). Aaamm(ayam). yinge.(telinga). jee (kerje)..yiii (lori) Mak. Waaan

Ok itu permulaan tahun dan sekolah saya-anak-anak serta merangkap permulaan tahun baru kami.
Elok2 setel semua..ibu plak kena tinggalkan mereka utk kelas intensif pjj USM -berkampung di situ selama 3 mnggu-- tahun akhir-- thun banyak cabaran.

Aja aja FIGHTING!!!!!!

0 YOUR COMMENT... 8-):

*GiVe aWay*

See You Again

...... Terima Kasih Di Atas Kunjungan Anda Semua ......
Segala Coretan dan Nukilan Adalah Hasil dan Hak Milik Dari Pemilik Blog ini " DeeAnie Blogspot " tetapi ada jugak yang terselit link dari google. Terima Kasih Bagi Yang Sudi Menjadi Followers dan Meninggalkan Jejak serta Komen.

"
hiduplah seperti lilin, menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."