Memaparkan catatan dengan label poem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label poem. Papar semua catatan

Isnin, 7 Mei 2012

Doa-Doa Dari Mukjizat Sjolat dan Doa

Assalamualaikum dan salam mesra.

Okey mari kita kumpul doa-doa yang agak menarik dan mendalam maknanya.
sementelah banyak page yg saya like kat fb tu
ada jugak termasuk yang ini .http://www.facebook.com/pages/Mukjizat-Sholat-Dan-Doa

Setiap hari mesti ada doa-doa harian yg dipaparkan kat wall.
yang mana sangat sesuai di doakan dan diaminkan.
bagus jugak ada manusiamanusia yg sebaik ini utk mewujudkan ruangan mcm ni.

Bukan yg ni saya kira, bnyk lagi pagepage yg berunsurkan islamic dan muhasabah diri telah diwujudkan.
so kawankawan yg lain meybe ada page masingmasing yg anda like, kan???

Jadi jom kita beramal serba sedikit untuk menjamin kebahagiaan hari esok dan selamnya, insyaallah.

so, ni antara doadoa yg sempat copy&paste.

  • Sahabatku, aminkan doa ini agar Allah melimpahkan keberkahan & nikmat untuk kita,  "Allahuma dzidnaa wa laa tan-qushnaa wa akrimna wa la tuhinaa wa a'thinaa wa laa tahrimnaa wa atsirnaa wa laa tu'tsir 'alainaa wa ardhinaa wardha 'annaa" Ya Allah, berikanlah kami limpahan nikmat & janganlah Engkau kurangi, Muliakanlah kami, janganlah Engkau binasakan. Berikanlah kami, jangan Engkau tutupi. Utamakan kami jangan Engkau abaikan. Jadikanlah kami ridha & ridhailah kami. (HR. Tirmidzi)
  •  Doa ini memohon kelapangan rezeki,  “Allaahummaj’al ausa’a rizqika ‘alayya ‘inda kibari sinnii wanqithoo’i umrii” Ya Allah berikanlah rezekiku yang paling luas ketika usiaku sudah tua dan ketika umurku terputus.”
  • Aminkan doa ini agar mendapatkan rizki yg tak pernah putus, "Allahuma inni as-alukan na'iimal muqiimalladzii la yahuulu wa laa yazuul, Allahumma innii yaumal khauf." Ya Allah, aku memohon kpdMu nikmat yg kekal, yg tdk berpindah & hilang. Ya Allah, aku memohon kpdMu keamanan pd hari ketakutan.''
  • doa ini agar diberi kemudahan menjemput rizki, "Allahuma yassir wa laa tu'assir" Ya Allah, mudahkanlah jangan dipersulit." 
 insyaallah dengan izin Allah.

 

Jumaat, 20 April 2012

Bicara Hati

Assalamualaikum semua.
bercerita pasal satu drama bersiri ni iaitu Bicara Hati, mula tu mmg saya xikut pun tapi selepas berjaya mengabiskan novelnya hati sangat terkuak-kuak (apa kebenda le terkuak-kuak tuh?? ;p) nk menonton sehebat mana watak2 yang berjaya dizahirkan oleh pelakon utamanya..

sementelah pelakonnya adalah artis pebret. sharnaaz. kikikiii.
sedaya mungkin mengasak cik asben utk donlot drama episod tersebut, dengan gigihnya jugak cik asben menurut kehendak bini nya nih..tq darling..bole la i layan time boring2. tapi yg spoil nya adalah, dalam drama tak 100% mengikut novel. jadi hati rasa sikit xpuas hati oke. namun masih berdegil utk memaksa asben utk mendonlot sampai abeh..episod 26. padahal episod 16 baru start main kat tv last tuesday..mcmna nak donlot,kan..ahahahahaa..

so, asben sori yek sebab ketegaq..ala ketegaq manja gitu..kikikiii ;p

then nak dijadikan cerita dok kelebek-kelebek buku2 kat tempat kerja terjumpa plak buku astro guide yg memaparkan kisah hero dan heroin Bicara Hati dan extra lagi gambar2 ini..Jadi bertambah gelodak di jiwa utk menghabiskan menonton drama ini..Kadang-kadang kita terpaksa merehatkan minda dan jiwa dengan aktiviti-aktiviti sebegini utk melepaskan tekanan bekerja. Am i right???

Sabtu, 31 Mac 2012

Hafiz & Adira - Ombak Rindu

Sedang menghabiskan novel ini..sambil-sambil tu layan OST Ombak Rindu 
Jangan jiwaku dilanda ombak sudeeyyy ;p

Afgan - Pada Mu Ku Bersujud

susun kata dan melodi yang sangat menyentuh..

Khamis, 15 Mac 2012

Konsentrasi Yang Tertipu


Menguji sejauh mana konsentrasi kita..

- Jawab spontan, jangan banyak fikir (2saat)
- Baca satu demi satu,
- Concentrate!
- OK KITA MULA! :

Permainan konsentrasi warna :

1. Kertas A4 apa warna dia ?

2. Asap warna dia ?

3. Tisu warna dia apa ?

4. Lembu minum apa ?

Yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sebab lembu minum air..

1. Rambut anda warna apa ?

2. Tulisan ini warnanya apa ?

3. Jalan raya warnanya apa ?

4. Kelawar tidurnya bila ?

Yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu. Sebab kelawar tidur siang hari.

1. Warna cendol apa ?

2. Daun kelapa warnanya apa ?

3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?

4. Harimau makanannya apa ?

Yang jawab rumput itu salah. Sebab harimau makan daging.

Rabu, 14 Mac 2012

Kekasih

Akan ku pintal buih-buih
menjadi tali mengikatmu
akan ku anyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu
akan ku tenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu
akan ku jahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu
akan ku petik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu
akan ku jolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindu
akan ku rebahkan matari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu
Kekasih, hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi
penulis : Usman Awang.
mode : sedang menyiapkan asgmnt untuk ulasan puisi..

Isnin, 12 Mac 2012

Pada Tanah Yang Indah

Puisi : A. Samad Said
tarikh : 16  Disember 1956

Dalam mata yang bersih merayap cahaya yang jernih,
aku sama menagih kemerdekaan kekasih.
Dalam dada yang mesra tenang telaga cinta,

aku janji setia membela tanah pusaka.
Kira ribut mendurja mengancam tanah yang indah
setapak tiada kurela untuk melutut kecewa.
Biar peluru selaksa mendendam liar mangsanya

untuk kekasih pusaka matiku tetap rela.
Dalam hati berlari berbaja kasih di hati,
azam besi berumbi melebur penjajah di bumi!
Dalam rindu berpadu, hitam dendam terpendam,

aku terlalu merindu fajar cemerlang menjelang.
Hati ini seluruh kasihkan kekasih sepenuh,
beri janji yang teguh hingga badan ku luluh!

*GiVe aWay*

See You Again

...... Terima Kasih Di Atas Kunjungan Anda Semua ......
Segala Coretan dan Nukilan Adalah Hasil dan Hak Milik Dari Pemilik Blog ini " DeeAnie Blogspot " tetapi ada jugak yang terselit link dari google. Terima Kasih Bagi Yang Sudi Menjadi Followers dan Meninggalkan Jejak serta Komen.

"
hiduplah seperti lilin, menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."