Memaparkan catatan dengan label adik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label adik. Papar semua catatan

Ahad, 8 September 2013

CAMPAK a.k.a CHICKEN POX /Jintungang

Ini kisah demam campak. Orang selatan,barat dan utara panggil demam campak.
orang ganu paggil jintungang.2 minggu lepas adik n abang kena demam campak. Sy memang x penah ada pengalaman mnguruskan perihal anak anak yang kena campak.

As a mother gelabah is the best word to discribe that feeling.
Sapa tak risau. Anak anak kena demam campak. Dah la demam tambah plak gatai seluruh badan. Jenuh kita sbg ibu nk mententeramkan jari2 depa nak menggaru. Nasib baik la si abang tu tak banyak naik bijinya. Cuma si adik tu penuh skit la kat atas belakang.

Rupanya campak ni ada 2 jenis.
1. Biji kecik kecik, merah, halus, besar penuh badan.
2. Biji besar besar. Berair. Merah hitam. Bertaburan jauh jauh antara satu sama lain. Bila pecah akan menanah atau berair.


Tapi si aisy ni kena yg besar besar. Bila pecah cuma berair saja. Serupa dengan si abang. Jadi bila kondisi campak mcm ni mudah skit nk uruskan sapu ubat cream. Hanya spot kat biji bijinya saja. Kalo yang kecik tu sukar sbb banyak nak sapu ubat mesti kena sapu seluruh badan. Time ni la yg merimaskan anak anak kalo jd yg jenis 1 tu
.

Simpton awal campak. Ini mengikut kes anak anak saya.

1. Demam. 2, 3 ari sebelom nampak biji. Tapi dia demam on off ja. Bkn melarat sgt. Kadang2 xperasan yg dia demam sbb aktif..hihi.

2. Lepas demam mula nmpk biji berisi air. 1st naik kat dahi tepi kiri dekat anak-anak rambut
.
3. Suhu badan on off memanjang.

4. Selang 4 jam mcmtu biji dah mula naik. Tapi still dua tiga ketul ja yg naik.masih aktif.

5. Bila seebiji dua yg dah pecah. Campak2 g lain akan mula merebak dan jd banyak.

6. Selama biji naik boleh mandikan dengan air rebusan daun semambu. Daun ni pon bole buat lapik tidor. Saya masukkan daun2 semambu trsebut dlm sarung bantal yg agak2 xblh nk sarung tu then jahit trus jd daun2 tu xboleh klua n bersepah atas katil anda. Heeehe

7. Minta air tawar dr orang2 yg mahir dlm ubatan tradisional. Minta nak air tawar demam campak. Jd org mahir tu akan buat air tawar n tanah liat/tanah yg sesuai buat ubat la. Xpasti tanah /batu liat..warna mcm batu kapur.

8. Tapi kes aisy ni demam dia ada yg shoot 40°c temp dia. Jd mlm yg 1st kena campak tu dah kena bergegas ke pusat perubatan INTAN 24hrs sebab panas tinggi hingga badan menggigil. So to ibu ibu bersiap sedia mental n emosi time ni.

9. Doktor suggest 3 jenis ubat. Ubat antivirus. Ubat allergi. Ubat cream sapu. (Nanti sy update semula nama cream tu) lagi satu ubat demam la ofkos standby sbb anak anak akan demam. Tapi doktor akan cakap jgn terlalu kerap bg ubat takut nanti kuman campak tu xmo klua habis.

10. Take time ok mama mama ibu ibu. 1week. Lps tu biji biji dah bnyk yg pecah n proses baik pulih akan brlaku...jangan lupa sapu cream n ubat kampung td all the time. Selang seli la. Kalo ms lepas mandi dh sapu cream spital. 2jam lps tu sapu la pllk air tawar n campuran tanah liat tu. Buat mcm bedak sejuk tu
.
11. Bila dah agak2 nak kebah campak. Anak anak akan diserang demam skali lagi. Berhati hati. Demam ini pon akan kuat juga. Tempreture akan hit tinggi jgk. So bertabah la yea.  basahkan bdn anak. Guna air suam pon oke. Air asam jawa pon ok. Guna coolfever pon ok. Tp still kena pantau anak.

Alhamdulillah dan terima kasih kepada sahabat/adik/teman/mak atas nasihat dan cara2 nak handle anak-anak time derang kena demam campak ni.

Selasa, 20 Ogos 2013

ADIK AISY TURN to 2

Assalam.

Ooh ya punya la kalut nk beraya haritu trlupa plak nk wat entry pasal Birthday adik aisy.
Happy birthday DANIAL HARIZ AISY yg ke-2 tahun.
Tanggal 30 Julai lalu genap adik aisy 2thn. Kebetulan skolah ada buat majlis berbuka puasa di arabia restaurant syed al idrus, gong badak. Kuala terengganu. Di situ tumpang la makan2 reramai ngan famili2 kawan2 sekerrja. Tp xsmpat beli kek. Cadangnya nk potong2 kek la kat situ tp memandangkan masa sgt fix maka xjadi la nk potong kek adik aisy.

Selesai majlis berbuka.solat maghrib jemaah kami gerak blk ke rumah n ontheway tu sempat la beli seekor kek utk adik aisy.. Ni haaaa..


Sampai ja kat kedai tu trus menjerit "nak anggeii birddddddd" "bu..bu.buu..nak anggeiii bird..."
Hahahahahaa...amik la sekoq angry bird kale fink gitu..dah itu ja yg ada kat kedai kek tu..jadi balun ja la adik. Tu pon dh rezeki ada seketoi tu ja kek yg cantik plus berpatutan harganya. Lagipon sedap jgk rasanya. Siap berbulu bulu creammy lagik. Dalam tu ada buah2an plak tu. Memang sedap. Kiranya berbaloi la. Beza ngan kek time birthday danial hrtu. Mahal tp xsedap sgt pon. Cuma harapkan edible boboiboy ja yg ok. Rasanya sgt2 biasa. Next danial kita beli kek birthday yg ready made kat kedai oke. Xyah tempah2 dah..hihi.. Kali ni danial siap demand minta kek birthday aiskrim lagik. Baskin robin yea.. Hahhhaa...kita nk cekau kat mana la kek tu kat ganu ni danial oiiiiii...hehehee...

Balik rumah. Masing2 dah penat. Ondaway suma dh terbongkang so acara potong kek kena postpone plak. Malam esoknya baru la potong memotong angry bird tu. Bahagian muncung bagi kat jiran. Bahagian tepi bagi kat pengasuh bahagian tepi tepi lagi bg kat abang2 yg slalu bw jalan2 naik motor. Dan yg selebihnya makan kami berempat. 

Alhamdulillah.
HAPPY BESDAY, ADIK.
SELAMAT HARI LAHIR, ADIK
Ok. Adik aisy ibu abah sentiasa doakan yg terbaik buat adik yea. Moga sentiasa diberi petunjuk dan hidayah untuk menjadi anak yg soleh,berilmu,berjaya didunia dan diakhirat.
Moga hari hari adik sentiasa mendapat kasih sayang dr Allah swt berpanjangan..
Kami sayang adik.

Hadiah abah dan ibu untuk adik. Sama2 main ngan abang danial ok. Berkongsi itu adalah lebih baik.

Rabu, 24 April 2013

Jumaat, 15 Mac 2013

BAAAAHHH-- CUCHU.

Salam n morning di pagi jumaat penghulu segala hari.

Alhamdulillah, perkembangan positif anak lembut hati nk solat subuh bersama.

Usai solat, berggas siapkan saki baki asgnmt usm saya.

Tup tap tup tap-- derapan kaki anak bongsu kejut dari tdo.

Capai hset trus snap beberapa pic deorang berdua.

Ke hulu ke hilir. Masuk keluar masuk bilik. Si adik tiba2 minta ini --
"baaahh.. Cuchu.. Baaahh. Cuchu"
So sweet adik.
Pahm yea. 2. 3. Harini ibu busy setelkan asgmnt yg xpenh2 nk tamatnya ni.

K la itu saja utk hari ni.. Jom renung kata2 copy n paste ini.
-- menegur jangn smpai menghina,
    mendidik jangan sampai memaki,
    meminta jangan sampai memaksa,
    Memberi jangan sampai mengungkit.

Selasa, 12 Mac 2013

LUKA DILUKAI

Salam..

Petang Ahad lepas abeh kelas turun padang teman+tolong kawan setempat kerja --cewah, pjg la plak-- senang ckp,cikgu la jgk--training sukan utk daerah.

Lps tusyen tu blk rumah, siap apa yg patut niat asal nk bw anak2 main beskal kat kawasan rata sekolah tu..tp budak2 asrama ni bt training jd follow la skali.

Elok2 main dgn si kakak2 tu..adik aisy, nak dijadikan cerita,  lg skali nk melekat lagi parut kat tepi mata. Betul2 tempat haritu.. Ms umo setahun. Ini utk kali kedua setelah umo 1 thn 8bln. Dah elok2 parut haritu hilang timbul plak bekas baru.. Sian adik. Hero la katakan. Tp kesian plak.

Jatuh tangga. Terus terhumban kat tar tapak perhimpunan. Muka plak meleset. Benjoi. Berdarah. Nanges.

Jadi macam ni..
.
.
.
.
.
.

.
.
.

Isnin, 25 Februari 2013

TEMA :: Adik Aisy

Salam,
Kepada semua selamat menjalankan rutin hidup. Yang wajib yang sunat serta yang harus.
Semoga sentiasa beroleh ketenangan dan kekuatan dalam menjalani kehidupan harian.
Amin.

Alhamdulillah, tempoh hari genap adik Aisy 1thn 6bln. Pada tarikh 30 January 2013.
Ini bermakna rutin cucuk mencucuk untuk antibiotik serta serum pelbagai tu dah tamat utk kesekian umurnya. Tapi malangnya tak sempat nak tunaikan tepat pada tarikh tersebut atas kekangan masa ibu dan abahnya. Maaf dik Aisy. Walo pon begitu  ibu dah laksanakan bahagian adik. Rabu lepas itupun terlewat 2minggu. tapi ibu dah make sure kat misi sebelum ni dia kata bole lewatkan sikit utk cucuk terakhir ni. Lega.

Hebat jadual ibu sejak balik dari intensif course ni. Dalam satu hari last week memang padat. Macam2 dok ada. Kelas ibu pagi macam jadual biasa, kelas wajib danial si abang seperti jadualnya dan kelas KAFA sebelah petang, kelas tambahan UPSR sebelah petang-masa utk ibu gasakkan anak-anak didik hadapi UPSR 2013, dan petang pulak aktiviti 1Murid1Sukan. Pikir punya pikir tang mana nak p cucuk adik. Haaaaaa. kat celah-celah masa yang sikit lepas kelas tambahan thn 6 tu le. Nasib baik la klinik desa selang dua blok dan sebelah pagar dari kuarters sini. Alhamdulillah boleh la rushing dan lompat pagar..kikikii..

Awal-awal lagi dah minta abah blk awal skit tak macam selalunya yg sampai kat rumah hampir-hampir pukul 4.30pm tu sbb nak minta tolong pegangkan dik Aisy. memandangkan masa cucuk setahun tu punya la kuat dia keraskan kaki nk cucuk tp seelok ja jarum masuk bole plak dia relax kan n lembutkan kaki..misi tu cakap kuatnya tenaga Adik Aisy ni, kebetulan badan dia pon besar dan tinggi. Tambah plak- ibu yg gerun tgk jarum-- teeeeeettttt--. Bukan takut tapi ngilu ja. org kedah panggey seriau..hehehe..rasa mcm darah naik sampai kat kapala.. dan kebetulan jugak misi kat klinik desa tu cuma sorang yang ada (sorg lagi cuti bersalin) dan baru pindah masuk ke situ. Ok, good job sbb cekap dan pantas buat kerja. Sama seperti sebelum ni. Cuma ibu ja yg gegalak tak konfiden..huahuahuaa..sori misi..ya la kan, nak cucuk kat badan anak kita,kan.. risau la jugak. Sebenarnya misi-misi ni dah terlatih dah.  Dah lali. Dah masak.  Dah pro.  Dah master bab-bab cucuk mencucuk budak-budak kecik nih. kan ke itu kepakaran diorg.. apa-apa pun terima kasih ye puan misi.

Selesai.
Kesian si kecik tu dapat hadiah. Elok plk skarang ni dah pandai bunyi mulut. Kalo Lapar tu dah pandai minta, kalo nampak haiwan lintas tu dah pandai panggil hujung2 dah. ni kan pulak kalo sakit..kaki pon terenjut-enjut bila menapak. kesian. hehe..don wori, adik Aisy kan BAT (hebat)..heheh..ayat dia.. Then Malam tiba maybe terasa berat dan sengal-sengal kot. dah tak berjalan dah. duduk diam kat sofa ja.Jjadi malam tu masuk tido pon awal la.

Alhamdulillah, hari ni dah sihat sepenuhnya. ala last week lagi kan.. dah 5 hari berlalu.. semuanya sihat dan cergas serta aktif bermain. seronok dapat tgk anak-anak membesar depan mata. Alhamdulillah.

Untuk anak-anak ibu, moga sentiasa beroleh kesihatan yang baik berpanjangan. Amin.
Ibu Sayang anak-anak ibu sepenuh hati tanpa keraguan...xoxo..


Ahad, 30 September 2012

Tiba-tiba teringat cg muzik

Harini genap 1thn 2bulan danial hariz aisy.
Adik aisy sorang ni mcm2 dpt peringatan antaranya kaler-kaler yg separa bole sental la kot. Harap2 beransur pulih yea. Dari segi pemakanan alhamdulillah sume dia bedal. Pantang lalu depan btg hidung ja mesti berdesup msuk dlm mulot. Sebut ja makan, "mamamammaam" itu la pkataan yg klua dr muloot dia. Rasanya adkk aisy ni ngikut spesen abahnya kot. Makan bnyk2 tapi badan menten...kkkiiiikiki.. tapi rasanya sesuai dah tara usia ngan berat badan. Dulu masa nk cukup setahun muka nmpk runcing tapi kini muka dah boolat dah. Lain tu, oke dah terer sebut "A, E,S, J " ahahahah sweet la adik. Oke la tu kan...dan lagi, bila sebut 1.2.3 dia jawab "opppppaaaa" ahahaha sungguh xbole tahan gelak.. dan satu lagi peel yg ibu rasa gerrram ja stakat ni adalah menjeret merebeh meraung jika ibu melangkah masuk bilik air nak mandi nak amik wudhuk... haddoiii adik oiiiiii rasa mcm nk picit2 ja eeeeee geram...nak2 time maghrib.iskkK time tu la adik nk melalak bagai kena sakit jatuh dari kuda adik tu kan...tapi rasanya jatuh dr kuda tu pon xmlalak camtu , siap bgn naik smula lagi.

Ok ok ok, xpa la janji adik aisy makin sihat makin bertambah akal makin cerdik makin positif.  XOXO
Alhamdulillah. Next 27 oktober kita p klinik utk montly check up yea ;-)

Orait cite pasal tajuk entry kali ni adalah serius tiba2 tringat ckgu yg ngajar muzik masa skolah rendah dulu. Sungguh mmg cantik. Sungguh mmg putih melepak..sungguh mmg chinnese look.
Sebab memang dia bangsa dan berketurunan CINA ;-)
Kisahnya ni sebab sy sedang berkursus selama 4 hari bagi KSSR DUNIA MUZIK :-P

Tringat zaman tu meriah dengan wakil sekolah masuk pertandingan muzik. Saya pemain melodian yea, sila maklum..wah ayat bangga gila!!! Saya rasa kalo awak awak semua pun camtu jugak,kan...time kecik2 dulu zaman jahiliah tu kalo wakil sekolah syok plus bangga jangan cakap la. Blk dr pertandingan sure jalan mengepak ja. Biar la kalah ka xdak mombor ka... kalo menang plak mesti lagi kecoh. Dan yag pasti memang pakai skirt pendek.. wah ko!!! Itu la zaman kanak kanak rebina. Dan skang tak sangka plak saya mmg mengajar muzik berkemahiran piano dan kibod serta rekoder tahap sekolah rendah.  Kalo tahap sekolah menengah sy akan kompose lagu dan jual!!! Muahahahaha..Gitar dalam proses belajar, belajar sendiri ja beb, stakat google ja la!!! Walo apapun sy disini major ngajar matematik bila stress hadap nombor sy akan turun bilik muzik layan piano or kibod ;-)

P/s :: entry meroyan...kampoi semua tajuk..huhuhuyuuuu ;-$



Selasa, 31 Julai 2012

HAPPY 1 Year OLD

Assalamualikum dan salam mesra.

Julai 30 adalah tarikh genap usia adik aisy@Danial hariz Aisy satu tahun. alhamdulillah masih diberi kesihatan yg baik oleh Allah swt.

kebetulan tarikh 30hb tu nnt tgh berpuasa, jd birthday adik aisy di advance kan.. siap hadiah pon advance kan skali.

tempat fav. kami sefamily sudah semestinya SR, secret recipe lah.. lagipun kat tganu ni xde cafe or restoren yg ala2 SR tu..skurang-kurngnya Black Canyon ke or Noodle Station (dulu dah ada tp dah tutup) bukan apa, setahun skali sambut birthday anak2 tunaikan la request diorang ni..kan3.. tp ni bukan request from adik asiy la tp si abang Danial la yg nk mkn kat situ....

sebenarnya ni pon dah dalam bulan ramadhan..kiranya 2 in 1 la..
iftar + sambut hari lahir..

Adik Aisy,
ibu abah dan abang doakan smoga adik akan sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik
dihiasi dengan budi pekerti yg mulia
membesar menjadi anak yg soleh, beriman dan bertaqwa
dikurniakan akal fikiran yg cerdik
serta berjaya di dunia dan akhirat.

Adik..
ibu, abah dan abang danial sayannnnnnnnnng sgt kat adik.


DANIAL HARIZ AISY
adik bersama ibu
adik bersama ayah wan

adik bersama acu

adik bersama achik
selamat hari lahir yg pertama.

Jumaat, 4 Mei 2012

The New Born "GiGi"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Wow, aura menge'post' entry sangat meriah this week.
syabas diucapkan. ^^
maybe aura header baru kot. **

Ok la this week, story pasal kerja sgt best,
sebab ada cuti hari pekerja
then naik kerja trus kena p kursus 2hri,
then hari ni dah cuti smula,jumaat.
kursus tu kursus pengintegrasian e-book dan kelas maya.
banyak input yg dpt kat situ.
sambil tu ble rest dari masuk skolah
kadang-kadang guru ni nak jgk environment lain.
 xbest jgk kalo asyik terperok kat sklh
asyik ngadap budak ja bosan tgk(owh statment maut nih ;p)
x da apa
kadang2 tu jenuh otak asyik pikir pasal
BUDAK, CLAsS, EXTRA CLASS,EXAM,SILIBUS,UPSR.
nnt bila blk sklh dah fresh
and bnyk idea br utk my pupls.(ayat cover blk ;p)

Ok..jom cite pasal tajuk harini,
tapi kejadian tu dah  4hari berlalu.
yes, anak saya sudah tumbuh gigi.
time tu cukup 9bulan 1 hari
tapi harini dah 9bulan 4 hari
gigi tu baru timbul skit ja
gigi sebelah bawah kiri.
baru naik syenonet kat gusi tu
patut la semalaman plus sesiangan merengek,melalak n nangeh serba tak kena
plus air liuq menjejeh lagi
rupa2nya hero ni nak tumbuh gigi

So skang ni asyik nak mengunyah ja
maybe terasa gatal or sakit2 area gusi tu kot
jadi lepas ni, ibu kena berhatihati n ready merasa terjahan gigi sulong
plus lagi dah belajar tateh skit2 dah, brani sgt la hero yg kedua nih.

So, adik Aisy welcome to the new born gigi comey..

3 months

Isnin, 30 April 2012

9mths Young ,Adik Aisy

Assalamualaikum
dan
salam ziarah.

alhamdulillah hari ni genap 9bulan adik Aisy.
masa cepat berlalu, 
rasa mcm baru ja terasa sakit2 kontraksi 
dan nangis2 manja kat bahu asben tgh hari tu.
hikhikhik..
tak tahan sakit.
hari ni dah genap 9bulan umo adik Aisy, dia dah hampir2 nak menapak dah.
menggagah diri utk bgn n atur tapak demi tapak.

harini kebetulan genap umonya, wahhh..pagi2 lagi dah menjejeh air mata.
adik aisy ni mudah sgt tumpahkan air mata dia tu, cebek sket2 pon dah berjujuran kat pipi.
maybe sakit perut kot. maklum la apa ja org makan depan mata mesti dia pon laju ja tarik tgn suh suap dia skali..so sweet.hikhikhik...xmemilih lgsung makan. semua dia telan.

harini nak masak utk berbuka posa pon terpaksa mendukung ja, kebetulan asben lmbt blk kerja. ada urgent form kena sahkan..
menu nya mudah ja, mee goreng meatball n cendawan butang..tapi memandangkan peel n tantrum adik aisy meningkat umo ni xbrapa elok. dah ber Azan baru leh siapkan menggoreng. hmmmmm.

oke la adik, smoga membesar menjadi anak yg soleh, menyenangkan hati ibu abah, berjaya di dunia dan akhirat, amin. itu doa ibu untuk dua hero ibu yg macho ni..
 

Sabtu, 21 April 2012

Adik Aisy:: Berdiri::Telentang::Makan

Assalamualaikum dan Salam Sayang.
untuk hari ini, Adik Aisy sudah menjangkau umur 8 bulan 3minggu.
dan beratnya telah menjangkau 9.7kg
setakat ini perkembangan Adik Aisy sama ada fizikal atau mental adalah positif, Alhamdulillah.
untuk itu, Adik aisy telah berusaha untuk bangun sendiri dibirai katilnya. tgk la tu..ini baru permulaan, lama-lama bila dah boleh berdiri, seronok la gamaknya..tup tup, gedebooookk..terus telentang. sebab dengan terernya lepaskan tangan. Adik Aisy oiii, awak tu baru cuba-cuba nak bangun berdiri la, mmg le tak boleh berdiri sendirinya lagi..tak pa tak pa usaha tangga kejayaan.
memang telentang . hero la katakan..ni ha gayanya..lepas ni kena berhati2 untuk tinggalkan dia dalam baby cot tu.punya la kesian muka,,cebeikk ja.
terus belanja makan biskut..last2 ini la kekdahnya bila dapat makan, terus senyap..
oke la adik, tak pa..slow-slow improve kan perkembangan adik yea..ibu abah dan abang akan sentiasa terus menuggu apa-apa sahaja kebolehan adik walaupun skrang ni memang gigih menarik dada ke mana sahaja hala tuju adik yg cepat tu, hilang ja dari pandangan mata ibu abah terus ja menerpa ke pintu dapur, tak pun terus menarik kain langsir ibu. dan spot yang paling adik gemar skali ialah meja study abang..abeh sume kerusi meja terbalik terlangkup and seangkatan dengannya..tunggang-langgang..itu baru dengan badan, kalau dengan walker lagi haru biru keadaan rumah kita dik oiii.. dan yang tak boleh lepa mata ialah benda-benda kecik termasuk gegelang getah abeh dimasukkan ke dalam mulot comel awak tu..

teringat lak time berbuka posa ptg rabu, sempat lagi adik capai getah dan masukkan dalam mulot bila ibu suapkan nasi patut le terasa nak muntah sebab getah dah tersangkut kat kerongkong nasib baik ibu sempat nampak so cepat2 tarik..kalau tak, harusla adik telan masuk dalam perut, .setengah nafas ibu menggelabah..please adik,len kali jgn la msukkan benda2 kecik lagi ke dalam mulot awak yea..

walau apa pun, ibu akan cuba sentiasa mengawasi pergerakan Adik Aisy. tapi kadang-kadang terlelap mata jangan curi-curi merangkak ke sana sini ye..penat mengejar ^^
sayang Adik Aisy.



Isnin, 23 Januari 2012

ALL ABOUT....

Adik Aisy...

skang ni, adik aisy dah 5 bulan 3 Minggu.. Alhamdulillah bertambah sihat. bertambah berat badan dan yang penting brtambah akal.

Terima kasih ya ALlah atas kurniaan ini.. Abang Danial pon alhamdulillah sihat dan bertambah mendengar kata. Suka membantu dan suka merengek!!! muahahahhaa.. ''asyik..asyik..asyik abannnnng ja'' huhuuuu..alah bang, ibu nak suruhkan sape lagi kalo bukan abng danial yg ensem sorg ni.. abang danial tgk la, dalam rumah kita orang pompuan , ibu sorg ja..jd abang kena la tlg ibu buat kerja n tolong ibu ambilkan sesuatu.. hehehehee ^_______^

Berbalik kisah adik Aisy, sebelum ni dah post pasal cubaan memanggil ibu, yup. betul dia dgn bersungguh2 cuba nak panggil word itu. bersembuq air liuq jdnya.. lagi nak clear time dia nangis n time nak bermanja-manja.. skang ni dah pandai n bnyk akal dan dah cam sgt2 dah ibu, abah n abang!!

Mlm td lak cubaan nak menyuluq..alaaa cubaan nak mengangkat bontot yg bambam tu. Maklumla muatan BERAT jd lambat skit la nk merangkak bagai.. blk ja dr mkn mlm tu letak atas toto dia , niarap then angkat bontot mcm nk merangkak le gamaknya..

Ini satu progresif yg +VE ttg adik aisy iaitu ke fasa merangkak la plak kot.. kalo spupu spapat dia umuq cam dia dah boleh meredah pelbagai cerok tp dia blom lagi. xpa la adik lambat pon janji adik sihat dan ceria..

Ibu sayangkan anak-anak ibu hingga akhir hayat
Semoga sentiasa menjadi kebanggaan dan kesenangan ibu dan abah.

Ahad, 13 November 2011

ALHAMDULILLAH


assalamualaikum semua..
alhamdulillah setelah klua dr wad slps 5 hari ritu,
adik aisy semakin sihat.
walaupun batuk masih ada
namun semakin reda.
adik aisy pun nmpk mcm dah sihat, cerdas, cergas dan aktif.
alhamdulillah ya allah..
begitu hebat ujian dan dugaan yg ibu tempuh
utk mmbesarkan putera ibu yg kedua ni.
ya sy tau, org lain lebih dasyat dugaannya..
tapi bg sy cukup la ujian spt ini
sy xmampu utk menanggung yg lebih teruk..
allah menguji hambanya dgn tahap kesabaran yg hamba nya miliki shj..
mgkin ini sj yg mampu sy brtahan..perjalnanan yg allah tentukan sejak di tiupkan roh ke dlm jasad hambanya utk menguji ketaqwaan kita kepadanya allah swt..

walau apa pun, ibu dan abah serta abang danial bersyukur adik aisy sudah sembuh.walau x sepenuhnya kita akan ikhtiar utk kesihatan adik lebih baik lg.. kita hanya mampu berusaha yg selebihnya biar allah yg tentukan..


Rabu, 9 November 2011

WORDLESS WEDNESDAY |ADIK :: WARDED





xde apa yg boleh di tulis lg just uplod pic ni je la sambil tggu adik tdo kat katil dia.
masuk ni dah 4 hari kat ward.
kes : demam + batuk berkahak.
date n time : 6 nov 2011, 9.00 am
age : 3 moths 1 week
weight : 7.02kg.

Khamis, 29 September 2011

KAMI kami. JE | IBU + ABANG + ADIK


assalamualaikum
antara kami 3 shj ye. almaklom la abah masih dii ganu kite!!!
tp xyah riso ye, lg 2 hari ja kita akan lengkap jadi sebuah keluarga yg lengkap : abah ibu abang + adik ..

aura nk mengarang sedang menuju ke laut !!
jadi ini saja utk entry kali ni.sila abaikan keseronokan yg terpancar di wajah si abang yek :p

Ahad, 18 September 2011

ADIK day 48


good morning all...jom layan pic terbaru adik aisy utk day 48..tapi rini dah day 49 (korang mesti terer ngira jgk ,kan3 :p )

kira morning lg la kan, ada lagi stengah jam nak ke p.m...hehehehe
kemarin, time ptg2 tu dok main2 n nyembang2 ngan adik aisy...suka sgt sbb sempat la rakam utk vids adik dok sembang2.. sembang2 ala2 baby gitu..

day 48 la kemarin ni..
bukannya baru nk mula pandai nyembang2 dh lama dia dok pulun cakap2 cara dia.. tp kemarin baru sempat rakam..


Jumaat, 16 September 2011

AQiQaH dan BERENDOI


assalamualaikum..

sempena cuti "hari malaysia" kami adakan majlis aqiqah €dan berendoi utk adik aisy..

harini pagi2 lagi mak sy sgt kecoh2 dan sebok2.
ke hulu ke hilir , bawa pisau bawa parang, kelek nyoq kelek serai..
xcukup serai p beli kat rumah jiran tetangga..
tebang pisang segala bagai kat tepi rumah..

kesian , terima kasih mak terchenta.

suami? ayah ?
haaa.. orang2 ni klua pegi beli barang2 basah utk majlis mlm nnt. utk bahan2 org mai ptg nak rewang.. alhamdulillah segala brg2 dah trsedia utk dimasak. ptg lps zohor smpai la tukang penyembelih. niat asal sy adalh jurukamera tp mcm anak jgk la. awal2 oke lg bg kambing mkn daun pisang tp bila skali dia mengemmbbeekk abeh lari lintang pukang. xcukup tanah dah kekdahnya..sama jugk ibunya nk jd jurukamera kunon..alih2 bila pisau kat leher kmbing tu ja dh jd takut, ngilu, kesian n gelabah..huahuahua..trus pggl adik hulur kamera kat dia.. penakut rupanya saya yek :p

biasa la hidup kat kg amalan gotong royong ni masih kuat!!!
so dari sembelih, lapah, serai lengkuas, bawang cili kering, tumis menumis,basuh membasuh..sume buat bak "yg berat sama dipikul yg ringan sama dijinjing", alhamdulillah masih di amalkan hingga la ni..

saya dan adik pompuan dh sattlekan beg cenderahati utk 6 org marhaban dan berzanji. dah selesaikan buaian yg nk guna time 'berendoi' tu nnt. dulu time abg danial, kami adakan waktu siang. tp utk adik aisy kami wat mlm lak..utk keselesaan n kesesuaian masa adik beradik n saudara mara dan para jemputan. ala majlis ni pon bukan buat besar sgt pon, cukupla utk yg wajib!!

kambing utk aqiqah ni dah lama booking, maknanya masa adik aisy dalam perut lg..hehee..seb baik booking awal sbbnya susah skang ni nk cari yg sihat, gemuk, cukup umur n berpatutan harga.. jd kami amik langkah slamat booking awal..

jadi lepas isyak brmula la majlis.. tahlil n baca doa, pastu makan2..then baru la start marhaban n berzanji..dan berendoi a.k.a naik buaian..utk foto2nya nnati sy aplod oke sbb 2,3 harini line internet sgt slow..

Selasa, 13 September 2011

CUBAAN PERTAMA


assalamualaikum..

harini adik aisy tdoq kat atas katil ja.
bla ltk dlm buai, ada kot 5 saat..pastu terjaga..

rupa-rupanya nk lena atas katil tilam empuk ibu yea..
di kala buat entry ni kol 2.00 pm , adik masih tito..sarung tgn pon sampai tercabut..kuatnya adik menggeliat..
dari pukol 11.30 am - 2.00 pm dik.. xbgn2 lagi nih..kira sesuai la kan terjaga kol 6.00am

haaa.. senar nya nk bgtau ni.. pic kat atas tu adalah cubaan prtama saya utk hasilkan baju berbentuk itu.. tak tepat bentuk pon xpe la janji kaler itu n lebeh kurg gitu lah..

harap maklom yea, sy jait ngan tangan yek.. mesin kat umah mak buat hal lak..tp tgk la kalo mesin jait kat umah sppupu tu free bole la pinjam gedek2 sat..huhuuu
tgk la keadaan kalo menjadi bole la adik aisy pakai utk majlis aqiqah dia hari jumaat mlm tu..

insyaallah, kami akan adakan majlis aqiqah dan berendoi utk adik aisy. kawan2 dijemput hadir yea :-) tarikhnya 16 september bertempat di rumah bonda sy ye kat kuala nerang ni ha..sila, sila, sila..

note ::: sila abaikan kedudukan gambar itu ye, sejak akhir2 ni publish entry guna blackbery makanya susah nk ubah n alih2 kan kedudukan pic.. heheheh..layaannn!!! :p

Sabtu, 3 September 2011

36 hari

hari ni adik aisy sgt mengamuk..
risau dibuatnya..
abah pon xdak. klua p tesco beli brg2 utk peninggalan nya ..sbb mlm ni dah nk gerak blk ke ganu..cuti raya dah abeh. esok da stat keja..
mak tok lak xdak. acik pon xdak..klua p beli brg2 utk hantaran tunang pak teh..

mcm2 dah buat..stil cranky.masih nanges..

aleh2 dakap pelok n nenen kat atas katil lam bilik .
aaaaaaaaaahhhh lega..jam 4.48pm br lena..fuhh adik..
nak kata sakit perut. x jgk sbb bila tepok kira oke lg.
nak kata xsedap bdn tempreture oke gak cuma panas skt sbb cuaca sgt panas harini.
nak kata lapaq manjang mulot dok kat nenen..

tp apa pasal dia menangis ja bila letak dlm buai. bila ltk atas tilam..
melalak lak tu bkn slow2..hehehee..owh adik bole tahan ye suara you..hahahaa

at last bt la susu satu botol..abeh. rupanya2 nk susu lg. maklom la anak jantan. kuat nyusu.
patut la time menetek tu siap ada lagu adik buat..ngengengeeeengeee.. ngamok.

niat sy mmg nk fully bf tp disebabkan kuning dia trrlalu tinggi n lama jd doktor nasihatkan sy campur2 bg susu.
skang alhamdulillah last cek kuning raya ke-3 ritu dah turun bnyk so adik aisy dah bebas dr p cek ulang alik kat klinik ksihatan tu. cuma ibu ja last jumpa doc utk check up bp pd 11 september ni. harap2 bebas la jgk ibu dr darah tinggi tu. sblom ni sy mmg bebas dr darah tggi xtau knapa darah jd tggi lepas brsalinkan adik ritu.

smoga anak dan ibu sihat dan bebas dr penyakit2 ini selamanya. amin

Ahad, 28 Ogos 2011

28hb = SEBULAN adik Aisy

pejam celik pejam celik
ulang alik ulang alik ke klinik
sedar xsedar
hari ni adik aisy dah genap sebulan umo nya.

tp history jaundis adik blom abeh2 lagi.
risau ibu di buatnya. tp alhamdulillah ada penurunan sikit demi sikit.
cuma ibu perlu kuat tabah dan sabar menempuhi itu.

bila dah umo sbulan ..apa lagi kan..adik kena cucuk la kan.
adik aisy ni dah lali sgt dh ngan cucuk mencucuk ni..kesian sgt.
tp rini trpaksa la dua kali kena cucuk.
1 cucuk amik darah test kuning 1 lg cucuk utk umo sbln..

sbb dah bnyk kali sgt kena cucuk,adik ni fobia gamaknya.
sbbnya bila kena ja benda tajam tu menangis meraung sekuat-kuatnya.
sekuat-kuat tenaga budak 4kg..sobsobsob..sedih ibu abah nengoknya.

sape xsedih..sape xkesian. dah hari2..pastu selang 2hari..pastu selang 5 hari kena amik darah kat tumit kaki kecik adik utk test jaundis. hingga la umo sbln pon masih kena bt camtu..

adik,
ibu berdoa siang mlm nk bg jaundis adik cepat2 hilang.mcm2 petua n ubat dah cuba dik.
smoga lg 5hari nk p cek ni adalah kali terakhir adik kena amik darah kat tumit kecik adik ye.
ya allah kau permudahkan sgala urusan ini.amin.

apa pon slamat hari sebulan bt adik danial hariz aisy.

*GiVe aWay*

See You Again

...... Terima Kasih Di Atas Kunjungan Anda Semua ......
Segala Coretan dan Nukilan Adalah Hasil dan Hak Milik Dari Pemilik Blog ini " DeeAnie Blogspot " tetapi ada jugak yang terselit link dari google. Terima Kasih Bagi Yang Sudi Menjadi Followers dan Meninggalkan Jejak serta Komen.

"
hiduplah seperti lilin, menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."