Memaparkan catatan dengan label ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ibu. Papar semua catatan

Isnin, 20 April 2015

TERINGIN NAK BUAT CAKE

Salam sayang semua.

Aaihhhhh lahhh..bila tiba2 trnampak kawan kita uplod pic cake hati ni pon berbunga bunga nk baked a cake. Seceria kek yang kawan kita upload tu.

Tambahan efek pic cake sangat menyelerakan..

Tapi sampai sekarang xpandai2 nk bakar cake. Kalo stakat nk kukus tu bole la yang simple n mudah aja la.

Dah cuba bakar kek haritu habis rentung dibuatnya. Sebab sayang kite seniri yang makan tau. Last2 tekak dah xleh telan sbb pahit. Terpaksa masuk bakul sampah. Tapi itu ada lah 1st n last try. Punya la merajuk. Hihihihi..lawak plak bila terkenangkannya..hahaahha

Teringin sangat nk buat kek cheese la. Brownies la. Kek span la. Kek xspan la. Tp tu la bila tak mula memang payah nk mula tp bila dh mula mesti hari2 nk buat kan. Takutnya xdan makan dh buang sebab tak sedap..hahaha..

Jadi mcmna nak mula untuk membaking yek.!?!?!?!?!?

Hurmmmmmmm kena google dengan lebih kerap ni. Tapi buat masa skrng nu xmampu lagi kot. Busy bebenor rasanya. Maybe soon. Yes soonnnnnnn...lepas acara menjahit jahit selesai kita cuba membaking plak yea. Nak cuba jugak. Mesti cuba!!!!!

Jumaat, 17 April 2015

NASI DAGANG

Assalamualaikum dan salam sayang.

"Buurrrrrppppp, alhamdulillah"
Pagi Jumaat ni kekenyangan perut.

Rasanya dh lama x sarapan kat luar time cuti. Asyik malas nk gerak ja pepagi hr. Selalunya lepas subuh, kemas rumah, buat sarapan
Then mandi manda terus melepek depan tv.
Acara menonton sesama anak.
Depa pon pepagi lagi dh berebut siaran.

Harini Jumaat pagi konon anak n abah nk mkn roti canai tp kite nk makan ns dagang dik baby kan..hikhikhik.

Tp memandangkan kedai sepanjang jln ada yg tutup ada yg pelanggan ramai bebenor so asben jalan terusss ja. Lgpun nk ke opis dia sbb nk tgk cegu2nya buat kelas kononnya. Kami follow je..heheh.

Ontheway tu singgah la kedai yg biasa kami singgah kalo nk blk kedah.

"Layan diri yek"
Aik...peliknya. selalu kakak tu amik order air, makanan, kita pon relax satgi dlm ms 5 ke 7 min tu sampai la.
"Layan diri deh"
Ooohh ya ka. Ok kak!!

So amik la pinggan tp dia still dpn periuk nasi. Dia ckp ni nasi lemak,putih & dagang.

Huh!!! Nasi dagang.!?!??!? ok ok ok alhamdulillah memang tgh mencari nasi dagang. Rezki dipagi jumaat. Asalnya td dh trlepas n redha je la asben nk berenti mn pun memandang nk ligan masa.
Lastly , dpt jugak pagini merasa lagi nasi dagang walaupun kurang kick n menyengat belasah juga licin 1 pinggan.

Tadi masa nk layan diri tu naik heran sebenarnya....hahahahahahahahahhaa.
Dia suruh kita layan diri tp dia still dok dpn periuk nasi. Kita nk bubuh dia pun mcm ala2 nk bubuhkan nasi..hihi..
Lawak la kakak.
Lain kali kalo kata layan diri,
Dari senduk nasi ke isi lauk pauk hingga ke suap la layan diri namanya..
Hihihi..kakak pun nk jugek menyendukkan nasi..

Dan ohh..rupa2nya dah bertukar tuan kedai. Kakak yg slalu tu dh x niaga situ. Org lain plak amik alih. OIC. No wonder la lain ketua lain cara kerja. Bytheway tq kak dpt mkn nasi dagang.


Ok la. Apa2 hal pon dh selesai teringin nk nasi dagang pagini.

PS: nasi dagang pic trowback punya yg harini xsempat nk amik pic. Lgpun hpon tinggal dlm kreta.

Tapi kat tekak ni rs mcm lain macammmm ja...

Ok la. Nk tolong asben susun kertas jap.

Babaiiii.

Wassalam.

#diarino3 #prengnencyphase #5months

Sabtu, 14 Februari 2015

1ST TRIMESTER

Assalamualaikum dan salam sayang semua.

Alhamdulillah utk tahun baru perkhabaran gembira menjengah.

Syukur ya Allah.

Dah tiba masanya utk abg danial dan aisy dpt adik.

Masih baru tapi x sabar rasanya nk menulis disini. Pengalaman kalini sangat2 berbeza dr 2 yang lepas. 1st trimister sangat mencabar bagi saya. Tak pernah merasa begini rupa. Dengan morning sicknersnya. Evening sickners. Night sicknersnya. Bermula pada minggu ke 6 lagi. Tapi tak terlalu menonjol. Bila menganjak ke 8minggu bertambah hebat.
Alhamdulillah dapat merasa alahan mengandung yang berbeza utk kali ke 3.

Tak pernah lagi utk minggu ke 8 kena refer ke unit kecemasan di tengah malam buta lewat ke pagi.. cirit birit yang sangat melembikkan dn melesukan bdn. Darah tinggi tiba tiba hit 168. Turun skit 145. Turun lagi 135. Asalnya kena admit. Mohon cara baik dari doc. insyaAllah sy mkn lps kluar dr sini. Nanti sy rasa lesu sy trus ke hosp, bagitau kat doktor . Alhamdulillah. Pukul 1.45a.m dh boleh balik..

Selang 3hari kena lagi cirit birit. Taktau punca. Tiba2 cirit lagi. P plak ke klinik biasa. Lps cek semua doktor bagi ubat n setel MC trus balik n rehat kat rumah.

Selang plak seminggu cirit lagi. Kalini tak teruk sngt. Tapi masih memulas. Sakit sgt perut. Makan je ubat yg sedia ada. Alhamdulillah harini bertahan.. Muntah on off. Tapi alhamdulillah dh banyak lega sebab muntah dh xbanyak mcm minggu2 lalu. Cuma masalah angin dan nyucuk2 masih kuat. Yang abang2 dulu pun masalah nan 1 ni memang ada. Angin. Salah makan memang berangin la satu badan. Esspecially keliling perut. Rasanya tu normal bila hormon badan berubah.

Alhamdulillah minggu ni dh masuk 11minggu + +. Dh nak masuk 3bulan. Harap harap alahan makin beransur dan dapat tenaga lebih skit sebab banyak aktiviti yg kat sekolah kena setel. Macam2. MTQ. KOAKADEMI. KELAS MLM.KELAS PETANG. Semua upcoming nextweek.

Untuk rujukan. ○●○●♡♡●○●○●

How your baby's growing:

Your baby, just over 1 1/2 inches long and about the size of a fig, is now almost fully formed. Her hands will soon open and close into fists, tiny tooth buds are beginning to appear under her gums, and some of her bones are beginning to harden.

She's already busy kicking and stretching, and her tiny movements are so effortless they look like water ballet. These movements will become more frequent as her body grows and becomes more developed and functional. You won't feel your baby's acrobatics for another month or two — nor will you notice the hiccupping that may be happening now that her diaphragm is forming.

See what your baby looks like this week.

Note: Every baby develops a little differently — even in the womb. Our information is designed to give you a general idea of your baby's development.

How your life's changing:

If you're like most women, you're feeling a bit more energetic now and your nausea may be starting to wane. Unfortunately, you may also be suffering from constipation (caused by hormonal changes, which can slow digestion) and heartburn (hormones again, relaxing the valve between your stomach and esophagus). Just remember, all this discomfort is for a good cause.

Don't worry if nausea has made it impossible for you to eat a wide variety of healthy foods or if you haven't put on much weight yet (most women gain just 2 to 5 pounds during the first trimester). Your appetite will likely return soon, and you'll start to gain about a pound a week.

Thanks google

Ahad, 20 Oktober 2013

HARI NIKAH & HARI LAHIR

Nampaknya usia makin laju menganjak jauh dr kita hari demi hari. Masih sehari ada 24jam namun rutin dan  kesibukan menjalani kehidupan harian terasa spt hari2 cpt berlalu. Alhamdulillah masih diberi kesihatan yg baik utk terus mghirup udara segar pemberian Allah swt.

Bulan oktober paling best oke.

Ada anniversary kawen. Ada hari lahir.

Ada mcm2 hadooo... Maknanya ada la super duper double best gift yg akan dapat..waàooooww..
Ceh.mata duitan punya pom.hahha..xpa la sethn skali jo..

Apa yg double trouble tu sangat cik puan oiii.. haha..1st mesti la kek. kek yg paling double trouble best. Lg best sbb suami pilih yg macam2 rasa. So bole la kami anak beranak blasah kek yg mcm2 rasa tu.
Mcm simbolik je perasa2 kek tu.. hihi..mcm kehidupan kita. Dah 9thn kawen. Dah berumur 31 sudah. Ya mcm rasa kek tu mcm tu la khidupan yg sy lalui kini.
Kat sini SR la yg paling best pon. Baskin robin xda la..stakat ni trending utk kek yg plg marbeles dr dia la. Walopoooooonnn cik puan ni dlm diet yg sgt ketat trpaksa gagah jg mamam cream cheese yg super duper best tu..keinginan kembali slim melim sgt besaq dlm diri.moga berhasil insyaallah. Utk sebulan setengah ni dh mnunjukkan progress yg sgt positif. Dgn supliment yg super duper express best dan rutin joging yg sekata. Insyaallah moga berhasil.

Yg 2nd super duper best is haaaaadiiiiahhhhhh...hehe.
Gila la kalo kau kaum pompuan xmo present sempena hr bahagia korang kan.
Xkesah la besaq ka kecik ka. Mahal ka murah ka tp kalo mahal tu extra best laaaa.haha... tp apa pun xde hal yg penting jgn lupa detik2 bersejarah tu..

Sempena hari2 yg bersejarah dlm hidup ni doa ibu agar ibu dpt mnjadi seorg ibu yg mithali utk anak2 ibu. Menjadi isteri yg solehah buat suamiku. Dijadikan anak yg berbakti pd org tuaku.
Harapan yg besar skali supaya kita sekeluarga bersama dpt mnjalani hari2 yg mendatang dan diberi kebahagiaan didunia dan akhirat. Menjadi umat dan hamba yg patuh kpd Allah swt. Kurniakan kami akhlak yg baik ya Allah. Semoga kita beroleh kejayaan itu. Amin yg Allah. Amin ya Rahman. Amin ya Khalikk.

P/s: abah, ibu speechless dgn surprise yg abah buat tu. Xtau nk interprate riak muka camna.. suka or sedih. Rasanya ibu xmampu buat yg sebegitu terbaik utk turn abah nnti. Terima kasih utk kasih sayang yg abah beri tu. Cuma kalo boleh control skit high tempre utk ibu..hahahha..

doa ibu spya kita sama2 berusaha utk lebih dekat pada yg maha Esa.. bersama2 perbaiki kekurangan diri. Sama2 berebut kasih sayang Allah swt.  Love u more n more.

Selasa, 18 Jun 2013

DO NOT TRY AT YOUR HOME!!!!!!!!

As-salamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Pertama kali syukur kehadrat Illahi kerana diberi kesempatan untuk menghirup udara segar utk kali ini. Secukup 30 tahun 8bln 18hr 9jam 58minit 45 saat.

Kedua, segala kesihatan yang berpanjangan walaupun dirundung pening kepala dan kelabu mata yang berterusan masih tetap menikmati keindahan alam ciptaan tuhan yang mahas esa. Amin.

Ketiga, sangat teruja dan dan bersyukur kerana atas2 musibah yang menimpa dapat diatasi dan diharungi dengan tenang. Walaupun macam ada sedikit ranap disitu.

Tak la seranap zaman fynjamal dulu. ooo disini sy mention fyn Jamal oke. sejak dua menjak ni follo stegrem dia, hari-hari mau cakap pasal dia ja. suka akan puisi2 dan kata2 serta caption2 berguna yang sntiasa sy baca. Ringkas kadangkala tapi terpana terasa. Rumit dan mendalam sepanjang masa. Itulah Fyn Jamal dengan kata2 pujangganya... ceeewahhh.. tq sista.

Keempat. Disini nk bgtau pasal laman blog sy yang disayangi ini. hehehee.
semalam punya la bersantai sambil2 godek2 hajatnya nk tukar template baru. tukar punya tukar terlupa nk save yang lama. terus tukar mcm tu ja. hambk kau!!!!!

Menggelabah bewak jadinya. kanapa Tak????.. macam2 ada dan rasa dalam blog ni. biarla penulisan tak la semenggah mana pun. yang penting kenangan tercipta dalam ni.

nak menangis rasa.

Pagi ni lepas keals matematik thn 6 yng berjadual anjal tu terus on lappy then google la
http://blogger-templates.blogspot.com/2004/04/change-blogger-template.html




hajatnnya nk panggil semula template lama tp terjumpa link tu ja.
Alhamdulillah. dapat semula. dengan sekali tekan punat ja.
Rupanya kena get new look design template ataupun upgrade ja kat punat yg dia tunjuk tu.

Terkejut cikgu kat depan dibalik cermin dalam bilik guru nih..hikhikhik..sori cikgu man. saya eksited!!!!!

ALHAMDULILLAH. Kembali  normal.





Ahad, 2 Jun 2013

HARINI. PELIK. HOOOIIIHHH.

Salam.
Harini aku.
Aku memang pelik.
Bila busy nak study time tu la busy nk update blog. Nak tau tak pasaipa. Sebab time ni aku nk meluahkan otak yang tgh beku dengan kata kata.

Pelik.
Memang la. Walopon stakat tulis merapu raban camni. Sekurang kurangnya keluar skit apa yang terpendam dalam otak tu.

Hoiiiiihhh.
Oiii mak jemah oiii. Esok ko nak exam. Sudah2 lah layan blog ni. Study lagik. P buat perbandingan guna pengkaedahan yang sesuai lagik bagooss.
Tak pun guna la tradisi mana kau nak. Tradisi Islam ka. Tradisi cina ka. Tradisi kristian ka janji ada perbandingan. Dan jangan lupa kau rembat la teori or pengkaedahan tematik. Generik. Genetik. Paralle. Pusat. Cepat cepat pilih.

Dan.
Kalo ko dah fenin p mandi. P smayang. P jalan2 amik angin depan rumah.
K bye.

P/s:: letak pic ni bagi aman mata otak jiwa :-P

Rabu, 3 April 2013

Isnin, 11 Mac 2013

HAPPY WOMEN DAY


Salam.
Selamat hari wanita sedunia utk semua wanita wanita hebat yg paling gojes.
Paling amazing. Paling menawan. Paling cantik. Paling vouge. Paling marbeles. Paling cun. Paling wangi. Paling blingbling. Paling segalanya.

Semoga kalian sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt.

Esspecially utk mak dan mama saya.

Happy women day..2013..

Selasa, 27 November 2012

TUMIT

Malunya utk masalah satu ni.
Tak boleh nak semunyik kalo pakai baju kurung.
Kalo pakai jeans ok la slamat.

Dah macam2 produk pakai..elok ja rata selang seminggu dua kembali begitu.
Serius tertekan kalo nak pakai heel.
Lebih slamat kalo pakai kasut.

Skang ni lagi la cepat rosak..segan nak pakai slipar memanjang kan..agak2 la..biasanya kat dapur la jd masalah..kat ruang tamu ruang nonton xjadi hal..sbb ada tai..nak2 la plak tumit kita ala2 org kg..hehe ..org kg sendiri pon xjd gitu..

Mungkin masalah besar sy sbb kulit yg jenis kering.
Ko sapu la segala bagai jenis cream..elok2 abeh cream..tahan 1minggu n 2 camtu dia kembali crack.. tak la teruk sgt tp mencacatkan..

Jadi nk kurangkan itu sy beli ini..so laayyaannnnn malam malam :-)


Ahad, 20 Mei 2012

Hari Guru 2012

 Assalamualaikum
dan
Salam Mesra.

terlambat nak wat entry tapi tetap cuba sedaya utk hasilkan entry yg oke la utk kenang kenangan
pada hari guru kali ke -9 ni
tahun 2012

kali ni sgt spesel sbb danial dah sambut hari guru kat sekolah rendah dia
sekolah sama ngan ibu
hehehehee

dia decide nk bagi frame gambar + penanda buku
so pic kat atas tu adalah design yg direka oleh ibu yg sgt rajin,oke.
design dah lama tp tak sempat habiskan sebb ada emergency call from kampung.
kes pada entry ni

so pd hari kejadian, iaitu hari guru..mcm2 aktiviti tlh dilaksanakan.
best dan meriah.mmg enjoy dan happening. 
semua guru terlibat. semua bg sokongn. semua sporting.
banyak aktiviti menarik like  nyanyian-terimaksihcikgu-dimanadia sayang-dll, lakonan, pentomen, sajak, sukaneka-bowling nyoq-tiup belon-lambungan kasih-susunbata-bolajaring-bolasepak-karaokesumbang-paluan bongo+tamborin+kompang from guru2.tukar-tukar hadiah
pendek kata ada  macammacam la..

danial lak tak sabar sabar nak hadiahkan present to his teachers.
lambat la, isk lambatnya, kenape tak siap lagi la
itula ayat2 yg menunjukkan penasaran dia menunggu turn
utk bagi-bagi hadiah .
cikgu 1st skali dia bagi adalah cikgu BM dia, cg Abdul Manaf Abdullah
mmg feveret teacher tu..

then bila tinggal 1 ja lagi bungkusan..tgn dipinggang,jari tunjuk kanan di pipi, mata ke atas..
"sape lagik yea"
"oooo....awak la ibu"
ibu kan ngajar matematik ngan DM..kikikikii...klakar la danial ni

k lah,
kepada sume guru-guru diluar sana
saya ucapkan
''SELAMAT HARI GURU''
semoga apa yg kita sampaikan
pd murid akan menjadi
'sesuatu' utk mereka
lebih baik dari yang sedia ada
kerana KITA,
mereka datang ke sekolah
datang dengan harapan
pulang dengan kejayaan..

wallahu'alam.


Selasa, 24 April 2012

Ganti Puasa

Assalamualaikum.
Salam Mesra dan Salam Berkunjungan ^^

seperti tajuk tertera, ya, saya sedang gigih mengabeskan puasa ganti.
Almaklumla Ramadhan lepas saya sedang berpantang Danial Hariz Aisy aka Adik Aisy. Sebulan oke!!!
Jadinya sejak bulan Februari lepas saya sudah start ganti sikit2, itu pun bermula hr Isnin dan Khamis saja.
Tolak pulak kalu tiba2 ada aktiviti keesokkannya tu, termasuk la aktiviti kat skolah yg mana banyak gunakan tenaga. lagi pula adik aisy masih berBF time tu, sangat letih dan terlalu dahaga. cuma skang ni ok banyak sebab dia dah mix ngan ANMUM. Jadi dalam seminggu tu bole la express isnin, selasa, rabu dan khamis.. jumaat sabtu,, woooppss..xbole sbb tu time cuti tergugat sket..kikikiiii....

Setakat ni alhamdulillah walopon skit demi skit hampir 20 hari sudah saya gantikan posa ni.. 10 days lagi utk abeskan proses ganti mengganti ni.. moga2 dipermudahkan olehNya utk saya habiskan.


Alhamdulillah, setakat ganti posa ni mmg masak sendiri ja..semangat masak sendiri tu berkobar2 sampaikan asben mintak nak belikan makanan berbuka pon sy tolak...wah..wah..waaaaahhhhh.. perubahan yg positif nih..bole jimat sket,kan..betol, sbb before this mmg sj cari kesempatan ja suh asben beli ..kesnya sbb malas masak. sgt tak baik perasaan tu oke!!!!! cuma last khamis ja asben nak jugak belikan KFC, jadi xmasak la hari tu :))

Macam-macam menu yg simple-mimple ja yg telah dihidangkan... tak kesah la kan janji famili suka dan habes setiap kali berbuka.. mesti ada berkuah + ikan goreng /apa2 goreng + ikan pekasam.
ekceli ni la baru saya cuba2 makan pekasam pdahal org kedah ja pon..and orang cerok mana ja pon..tp xtau la kenapa saya xbole nak jamah ikan pekasam ni sebelom nih..sejak ganti posa ni itu la menu yg wajib ada and sedap dan penambah rasa kami. Asben lagi la suka sbb mmg peberet dia..siap menambah..ngalahkan org yg brposa !! :p

Alhamdulillah kekuatan dan kecergasan diberikan oleh Nya walau ada kelas tambahan walau ada gerko walau ada kelas malam. Walaupun ada yg cakap (sebelum stat posa ) sangat letih kalau posa sambil menyusukan ni..tapi Allah itu sentiasa menguji dan memberi hikmah kepada setiap hambaNya dengan pelbagai cara dan kaedah. Itu semua adalah untuk menguatkan lagi ketaqwaan kita kepadaNya tanpa rasa ragu dan sentiasa bersyukur kepadaNya.. semoga dengan entry ni dpt sy mengajak dan mengingatkan sahabat2 semua untk jgn lupa ganti ye sbb Ramdhan dah nak menjelma lagi.InsyaAllah.

Ahad, 4 Mac 2012

Petang Yang Indah

2nd photoshoot me and Adik Aisy after 6months 20 days



Khamis, 29 Disember 2011

I Am


wallllaaaawwweeeeiiiiii....

ttttuuuuuddddiiiiiaaaa..

ekceli dah lama idamkan..hehehee..alahh bukan pandai jahit bagai2 pon just suka sgt menjahit. jait bodo2 gitu.
dok taram sejak awal kawin dulu lagi, nak beli nak beli..last2 6thn kawin baru tercapai hajat tu. alhamdulillah rezki ada le tu,kan3. tp kalo ikut harga dia mmg pendam lagi la hasrat sbb bukan nk buat baju ka blaous ka baju melayu ka sbb xpandai pon tu tp dah asben soh amik..apa tunggu lagi. bagai kucing dijamu ikan temenung la (ikan kembong) heheheee

baru beli kemarin, rabu. punya semnagat harini khamis trus jait 2langsir pintu..kikiki..kena la tunjuk smg sket kat asben jd xla sia-sia belikan..hahaha..langsir ni dah lama beli kainnya tp mesin jait mak kat kampung rosak lg 2hari nak blk ganu baru ada masa n baru mesin dibaiki jd tergendala program jait langsir. beestnya beli kain kat pekan jitra , murah2 beb dr loq staq.
harini asben meeting kat sklh dia, so masa yg ada cuci ruang tamu vacuum bagai ,lap2 n cuci2 habuk debu n sapu sawang sebelom tu msk spegheti kat abag danial dl then masa yg ada digunakan sebaik mungkin.

mlm ni lak cadangnya nak kemas alatan make up. wah!!! ada ke..kikikii..ade aku kesah??..kau ada??..mesti la ada kan..ala barang2 muka , rambut, aksesori tudung. yg mana rasa tamat tempoh jangka hayat wajib buang!!!

berbalik pd langsir, yg simple2 je yg mampu buat..


BERTUKARRRRR...
dari kaler ini kepada ini

Sabtu, 22 Oktober 2011

LAPTOP :: tq Menteri Besar



assalam to all.

uwaaa fresh from the oven..hehehe..
ni ada alah 1st event yg sy hadiri sempena naik sklh setelah bercuti rehat panjang!!!

majlis penyampaian laptop, kepada guru2 upsr..di dewan utama wisma darul iman..alhamdulillah..terima kasih mb mohad said. atas penyampaian hadiah yg berharga itu kpd guru2 upsr 2011

sempena 20 10 5 2 ini adalah no keramat terengganu!!! wah walllaaaweee :p

Jumaat, 21 Oktober 2011

90 HARI BERAKHIR

Assalamualaikum sahabat2 semua.

Mulakan sesuatu dengan ' bismillahhirrahmanirrahim''
Semuge segala pekerjaan yg saya dan anda lakukan akan diberkati oleh Allah swt. Selamat beramal.

Alhamdulillah kiranya harini adalah genap 90 hari cuti bersalin dgn jayanya saya habiskan. Semoga sepanjang percutian itu tidak mendatangkan kemalasAN UTK BEKERJA SMULA. Almaklumla bgn tido, solat..siapkan sarapan utk anak + suami,siapkan baju skool abg danial... basuh2 apa yg berbaki kat sinki..mandi..tidokan anak..kemas2kan rumah.. layan2 fb + blog .. rehat2 sekejaP.. pastu masak tghari..tunggu abg danial blk dr skool.. fuuuuuuuuuuhhh so heaven walopon penat skit tp syok sbb xyah p keja..hihiii..aci gitu.

so ini adalah jumaat terakhir utk bermalas-malasan tanpa perlu pikir kerja !!!

BUT, 1 thing is..surirumah sepenuh masa adalah terlalu penat oke!! tabek la kat ibu2 yg xkerja but buat sgt bnyk kerja walo kejanya hanya di rumah!! uruskan hal rumah tangga !! anak2 !!

kita yg bekerja ni rasanya time kerja ada jgk masa rest, masa free period..masa lepak2..masa gebang2..masa gossip2..hehehe..tp kalo suri rumah.. non stop !! (betul la apa yg di TAGGED dlm fb kat wall masing2 ttg wanita)

k la ..jom layan pichas2 kat bawah..relese tensen.. next week dah naik kerja !!!

abng danial feel free.....

adik aisy yg nyenyak tito.....

adik aisy kena gomol....

p/s : blom stat keja da tensen bagai..wohohooo.. :p

Selasa, 11 Oktober 2011

"DIA" SUDAH MUNCUL

ASSALAMUALAIKUM.

DIA???
Apakah itu..???
Apakah, Siapakah, benda ke org ke apa ke..??
ahahahahaa...ni nk creta ni..

Bila anak2 dah tdo, ibu yg bergelar suri rumah sepebuh masa utk lagi lebih kurang 2 weeks ni akan menyebokkan diri ngan kerja-kerja rumah. chup!!! kerja asgmen !! melambak weiii.. (isk kaku aihh lama xguna lappy kaler biru ni. jari jemari tak selaju dulu...dah la keypad 'L' ni mcm tersumbat jek. ada benda ka kat bawah dia nih!!)

So maknanya ''DIA'' tu adalah tajuk2 tugasan atau omputehnya cakap assingment !! yg melambak menanti mahasistua ni nk kerjakan. dengan tugasan individunya berkumpulannya dan MUET nya lagi.. maklum la da hampir2 or da saat2 nk sampai thn akhir ni mcm2 le kena sattle. Sambil2 buka portal pjj e-learning USM sempat lagi buat entry ni. ni mood nk ngarang kena bawak mai smula sbb nk bagi lancar sket jari jemari ni utk buat asgmnt ..huhuuuhuuu :p (alasan)

Saya punya PJJ ni dah tunggang terbalik jd nya jadua intensif (tgk tu.. L.. dah kena tinggal) yg sebelom ni masuk pd bulan disember dah kena tuka ke bulan februari la plak.. hadoii.. sy mmg kena masuk dlm usm jd student..tp bia meibatkan dgn permohonan cuti tanpa rekod kat sklh mula la nk pening n runsing2 mai kat kapla ceq ni !!! ya la ngan anak sulong nk masuk year 1.. ngan ada anak kecik agi. Sepatutnya schedule yg sy buat sebeom tarikh intensif tu adaah sgt cantik sbb adik aisy nnt bole la dok ngan abah dia sementara saya masuk usm tp bia da brubah camni, famili kami akan berpecah buat sementara waktu pd bulan februari nnt la plak. Abang Danial stay ngan abah kat tganu.. Adik Aisy stay ngan maktok kat kedah... ibu?? ya sy akan ke penang..sob sob sob.. sedih la plak.

Berbalik pd ''DIA'' td.. utk tugasan antropologi kena ada individu n kumpulan.. seb baik ada portal kalo tak..tertinggal la plak sy utk cari group.. kan senang kalo bt individu jek..or.. buat group tp pusat wilayah yg berbeza pun boleh ke hapa ke..senang sket.. senang kan kalo lect. tu buleh paham problem student2 dia..muahahhaaaa.. apsal xleh lak kan....

ekceli, bole kot kalo kita rajin bertanya !!!! tp sy sgt malas !!! BUT alhamdulillah dah sattle bab2 grup nih!!!

JOM KITA BUAT ''DIA'' BAGI ABEH BUANG... ADA 8 ASGMNT !! HUHUUUUUUU..





Khamis, 29 September 2011

KAMI kami. JE | IBU + ABANG + ADIK


assalamualaikum
antara kami 3 shj ye. almaklom la abah masih dii ganu kite!!!
tp xyah riso ye, lg 2 hari ja kita akan lengkap jadi sebuah keluarga yg lengkap : abah ibu abang + adik ..

aura nk mengarang sedang menuju ke laut !!
jadi ini saja utk entry kali ni.sila abaikan keseronokan yg terpancar di wajah si abang yek :p

Ahad, 11 September 2011

TAMAT




assalam.
hari ni sy sgt suka!
hari ni sy sudah habeh tempoh berpantang! tamat !!
alhamdulillah. smua slamat walo ada mcm2 pancaroba n halagan n musibah yg melanda.

kami 2 branak berjaya jgk abehkan tempoh ini.
kemarin 43 hari jd dh mandi air tawar, mandi nifas n mandi hadas.
siap berlulur lulur gitu..
segar......

masalah kuning adik pon dh hilang.
masalah sembelit ibu pon dh brkurang.
masalah makan ibu pon brkurang.
masalah ubat ibu ja blom.
sbbnya anak kuning tggi,kan so mmg xamik sebarang jenis ubat.
xpa ibu rela n redha.
pasni ibu pulun yea.
masalah berat ibu pon beransur ansur turun.
biar la 1kg turun stiiap kali timbang, janji turun..hehehe
hingga skang dah turun 15.5kg dah..

mmg itu adalah sasaran utama ibu tp yg lebih penting ialah
anak n ibu sihat..
alhamdulillah.


Sabtu, 3 September 2011

36 hari

hari ni adik aisy sgt mengamuk..
risau dibuatnya..
abah pon xdak. klua p tesco beli brg2 utk peninggalan nya ..sbb mlm ni dah nk gerak blk ke ganu..cuti raya dah abeh. esok da stat keja..
mak tok lak xdak. acik pon xdak..klua p beli brg2 utk hantaran tunang pak teh..

mcm2 dah buat..stil cranky.masih nanges..

aleh2 dakap pelok n nenen kat atas katil lam bilik .
aaaaaaaaaahhhh lega..jam 4.48pm br lena..fuhh adik..
nak kata sakit perut. x jgk sbb bila tepok kira oke lg.
nak kata xsedap bdn tempreture oke gak cuma panas skt sbb cuaca sgt panas harini.
nak kata lapaq manjang mulot dok kat nenen..

tp apa pasal dia menangis ja bila letak dlm buai. bila ltk atas tilam..
melalak lak tu bkn slow2..hehehee..owh adik bole tahan ye suara you..hahahaa

at last bt la susu satu botol..abeh. rupanya2 nk susu lg. maklom la anak jantan. kuat nyusu.
patut la time menetek tu siap ada lagu adik buat..ngengengeeeengeee.. ngamok.

niat sy mmg nk fully bf tp disebabkan kuning dia trrlalu tinggi n lama jd doktor nasihatkan sy campur2 bg susu.
skang alhamdulillah last cek kuning raya ke-3 ritu dah turun bnyk so adik aisy dah bebas dr p cek ulang alik kat klinik ksihatan tu. cuma ibu ja last jumpa doc utk check up bp pd 11 september ni. harap2 bebas la jgk ibu dr darah tinggi tu. sblom ni sy mmg bebas dr darah tggi xtau knapa darah jd tggi lepas brsalinkan adik ritu.

smoga anak dan ibu sihat dan bebas dr penyakit2 ini selamanya. amin

Selasa, 16 Ogos 2011

JAUNDIS a.k.a DEMAM KUNING le plak !!

"allah menguji hambanya dengan kemampuan dan kekuatan diri hambanya itu "

xabeh ngan ibu diserang darah tinggi, baby lak kena jaundis.
mmg le sume budak br lahir akan hadapiny. tapi adik aisy terlalu tinggi kuningnya iaitu 330 bacaannya.

skali lagi ibu di uji.

ibu xkuat. ibu tringatkan abg danial dl, 6 hari kena tahan kat wad.
ni turn adik aisy lak. itupun kami br discharge dr wad sehari sblomnya. tp hari ni kena masuk lg skali sbb kuning.

adik aisy pon 6 hr kena tahan. sedih. pilu. sayu. sume ada. ya la hari2 ada 2 - 3 kali adik aisy kena cucuk amik darah. abeh ruang kat tgn n tapak kaki dikerjakan oleh nurse or dokter kat situ.

walopon dah klua dr spital n ni dah msk hari ke 19hari pon adik aisy kena chekup hari2 or selang dua hr utk follow up kuningnya. sampaikan adik aisy kena amik sampel air kencing n darah utk test makmal. ya allah sembuhkan la adik aisy dr kuning itu.

harap2 hari ahad 21 hb ni dah turun n selesai la azab adik kena cucuk amik darah kat tapak kakinya .ibu hanya mampu berusaha n brdoa spya adik sihat n jalani masa2 brpantang kita dgn teratur n sihat..amin.


*GiVe aWay*

See You Again

...... Terima Kasih Di Atas Kunjungan Anda Semua ......
Segala Coretan dan Nukilan Adalah Hasil dan Hak Milik Dari Pemilik Blog ini " DeeAnie Blogspot " tetapi ada jugak yang terselit link dari google. Terima Kasih Bagi Yang Sudi Menjadi Followers dan Meninggalkan Jejak serta Komen.

"
hiduplah seperti lilin, menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."