Jumaat, 18 Mei 2012

Pergi Selamanya

Assalamualaikum
dan salam mesra..

Kesempatan yg ada
mohon readers sume sedekahkan al-fatihah kepada arwah nenek saya.......
Amin dan terima kasih, semoga rohnya tenang dan ditempatkan ke dalam golongangolongan orang yang beriman dan beramal soleh.

Dalam famili sy, cuma ada nenek sebelah ayah sahaja yg masih bersama kami sehingga 13 May 2012. bersamaan 22 JamadilAkhir 1433 pd usia 83tahun.
tarikh tersebut menjadi memori dalam kehidupan saya.
pertama kali dapat melihat detik hembusan terakhir dari anak cucu Adam dan Hawa, berakhirnya sebuah kehidupan, putusnya amalan, tamatnya perjalanan hidup, terhentinya degupan jantung, hilangnya hembusan nafas. Hanya kiriman doa dari anak yg soleh dan hadiah bacaan al-quran yang mampu diberikan.

Dengan 3 kali tarikan nafas yg panjang dan tersekat-sekat
bermula getaran di hujung jari kaki, lutut, bahu dan gelengan lembut dikepala
terdengar tarikan suara dikerongkong (seperti berdehem)
dan terhentinya turun naik nafas..seterusnya berakhirlah kehidupan Pn Zainab binti Ayub di dunia yg fana ini untuk bertemu penciptaNya.
dengan tenang dan aman dia pergi mengadap Illahi. semudah itu.
Semoga Rohnya akan ditempatkan ke syurgaMu ya Allah. Amin

Rentetan pemergiannya..
1- Jumaat , 11 may 2012, terjatuh di dalam bilik air waktu pagi.
2- tak sedarkan diri, kaki tangan tak boleh bergerak, mata dan mulut telah terkunci.
3- terus dikejarkan ke hospital.
4- sedar tapi sebelah kiri tangan dan kaki tak boleh digerakkan
5- percakapan sudah tidak jelas
6- terus dihantar ke HSB,alor star.utk check-up tahap stroke. dpt result, stroke tahap paling sikit.dibawa blk ke HKN,kuala nerang.
7- saya dpt panggilan pd pukul 12.30 tgh then buat keputusan nk blk melawat.kebetulan cuti weekend.
8- sy sampai di kedah pagi sabtu, jam 6.15am..bayangkan 12jam dari terengganu ke kedah.kesnya sbb asben sgt mengantuk n penat baru blk dr berkhemah.tu pun campingnya tak tamat lg. dengan baby lg.
9-Sabtu, 12 May 2012. masuk melawat time melawat jam 4.30-7-30pm tapi kami klua kol 8pm. sbb nampak nenek mcm dah terlalu kritikal.
10- xray, check anak mata, lemah. nurse bg nasihat suruh banyakkan brsabar dan baca yassin.
11- bacaan yassin xpernah putus dari ahli kluarga.
12- Doktor pggl waris terdekat. ahli kluarga lain ramai yg datang melawat. 
13- lepas ajak ayah,mak adik2 makan mlm tepi hospital trus ke hospital lg, kali ni cuma drop kan ayah utk bermalam jaga nenek. sbb mlm 1st tu mak sy dah amik turn, sian dia pon ada darah tinggi, awal pagi mmg kena amik BP.. ayah n adikadik ayah yg lain yg jaga.
13--- kebetulan mak dan adik ada persidangan kat Putrajaya, p separuh jln ja sbb dah dpt berita tu, trus drop kat simpang pulai then patah blk trus ke hospital dan bermalam disitu. jaga nenek.
14-  Ahad, 13 May 2012, check-up awal pagi sume stabil.- tekanan darah, - suhu badan, - degupan jantung lemah tp stabil.
15- tengahhari niat asalnya lepas melawat kali terakhir kami akan terus gerak balik Terengganu. tapi bila time sy masuk utk ziarah ruparupanya itu kali terakhir utk sy melihat nenek. kebetulan mak sy sdg baca yassin, dikelilingnya anak-anak dan cucu. memang sangat2 nazak. dalam hati terdetik. mata saling pandang sesama saya dan mak. kami redha.kami akur.kami pasrah dengan ketentuan Mu ya Allah.
 Jika itu adalah hari yg Kau telah janjikan iaitu " dari Mu ya Allah kami datang kepada Mu jua lah kami pulang"
kami redha.
16- sy panggil staff nurse then doktor sampai. buat prosuder dan cek segala bagai.. doktor putuskan masa meninggal dan segala urusan pengkebumian di uruskan kaum keluarga.
17- 2.40pm masa meninggal dan 11.00 pm dikebumikan..
18- Anak cucu yang memandikan,membentuk liang lahad dan mengangkat jenazah ke liang lahad. semoga segala perjalanan mu menuju syurga dipermudahkan oleh Allah swt, amin.

AL-FATIHAH.



4 YOUR COMMENT... 8-):

syafisyifa' berkata...

al fatihah...takziah na ani....sabaq tau...

Raimi Syazwan ♌¹³ berkata...

My condolences
Al Fatihah

D'aNie berkata...

To pejah : amin, trimakasih pejah.. Redha

D'aNie berkata...

To raimi: thanks ..amin

*GiVe aWay*

See You Again

...... Terima Kasih Di Atas Kunjungan Anda Semua ......
Segala Coretan dan Nukilan Adalah Hasil dan Hak Milik Dari Pemilik Blog ini " DeeAnie Blogspot " tetapi ada jugak yang terselit link dari google. Terima Kasih Bagi Yang Sudi Menjadi Followers dan Meninggalkan Jejak serta Komen.

"
hiduplah seperti lilin, menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."