Memaparkan catatan dengan label peristiwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peristiwa. Papar semua catatan

Isnin, 17 Februari 2014

TALI YANG BERNAMA PINGGANG

Aduh..
sakit.....
sakit....

B,,, sakit ni..

Mata sayu dipandang.
kekadang marah bertempat.

Aduhhhhh..
sayunya rengekan.
Aduh..
seksanya jiwa.
tapi hati memberontak.
Walau macam mana pon kena kau
malam ni..kena.
malam ni kena kau.
kau kena malam ni.

Aduh.
pilunya suara.

Kesalahan yang patut didenda.
tapi.
Letak kena yang tak patut dituju.

Isnin, 13 Januari 2014

SALAM MAULIDURRASUL


بسم الله الر حمن الر حيم
  السلا م عليكوم ورحمةالله وبر كا ته

Mari berselawat beramai ramai ke atas nabi junjungan kita NABI MUHAMMAD S.A.W  wahai ummat  إسلام sekalian.

Ahad, 20 Oktober 2013

HARI NIKAH & HARI LAHIR

Nampaknya usia makin laju menganjak jauh dr kita hari demi hari. Masih sehari ada 24jam namun rutin dan  kesibukan menjalani kehidupan harian terasa spt hari2 cpt berlalu. Alhamdulillah masih diberi kesihatan yg baik utk terus mghirup udara segar pemberian Allah swt.

Bulan oktober paling best oke.

Ada anniversary kawen. Ada hari lahir.

Ada mcm2 hadooo... Maknanya ada la super duper double best gift yg akan dapat..waàooooww..
Ceh.mata duitan punya pom.hahha..xpa la sethn skali jo..

Apa yg double trouble tu sangat cik puan oiii.. haha..1st mesti la kek. kek yg paling double trouble best. Lg best sbb suami pilih yg macam2 rasa. So bole la kami anak beranak blasah kek yg mcm2 rasa tu.
Mcm simbolik je perasa2 kek tu.. hihi..mcm kehidupan kita. Dah 9thn kawen. Dah berumur 31 sudah. Ya mcm rasa kek tu mcm tu la khidupan yg sy lalui kini.
Kat sini SR la yg paling best pon. Baskin robin xda la..stakat ni trending utk kek yg plg marbeles dr dia la. Walopoooooonnn cik puan ni dlm diet yg sgt ketat trpaksa gagah jg mamam cream cheese yg super duper best tu..keinginan kembali slim melim sgt besaq dlm diri.moga berhasil insyaallah. Utk sebulan setengah ni dh mnunjukkan progress yg sgt positif. Dgn supliment yg super duper express best dan rutin joging yg sekata. Insyaallah moga berhasil.

Yg 2nd super duper best is haaaaadiiiiahhhhhh...hehe.
Gila la kalo kau kaum pompuan xmo present sempena hr bahagia korang kan.
Xkesah la besaq ka kecik ka. Mahal ka murah ka tp kalo mahal tu extra best laaaa.haha... tp apa pun xde hal yg penting jgn lupa detik2 bersejarah tu..

Sempena hari2 yg bersejarah dlm hidup ni doa ibu agar ibu dpt mnjadi seorg ibu yg mithali utk anak2 ibu. Menjadi isteri yg solehah buat suamiku. Dijadikan anak yg berbakti pd org tuaku.
Harapan yg besar skali supaya kita sekeluarga bersama dpt mnjalani hari2 yg mendatang dan diberi kebahagiaan didunia dan akhirat. Menjadi umat dan hamba yg patuh kpd Allah swt. Kurniakan kami akhlak yg baik ya Allah. Semoga kita beroleh kejayaan itu. Amin yg Allah. Amin ya Rahman. Amin ya Khalikk.

P/s: abah, ibu speechless dgn surprise yg abah buat tu. Xtau nk interprate riak muka camna.. suka or sedih. Rasanya ibu xmampu buat yg sebegitu terbaik utk turn abah nnti. Terima kasih utk kasih sayang yg abah beri tu. Cuma kalo boleh control skit high tempre utk ibu..hahahha..

doa ibu spya kita sama2 berusaha utk lebih dekat pada yg maha Esa.. bersama2 perbaiki kekurangan diri. Sama2 berebut kasih sayang Allah swt.  Love u more n more.

Ahad, 20 Mei 2012

Hari Guru 2012

 Assalamualaikum
dan
Salam Mesra.

terlambat nak wat entry tapi tetap cuba sedaya utk hasilkan entry yg oke la utk kenang kenangan
pada hari guru kali ke -9 ni
tahun 2012

kali ni sgt spesel sbb danial dah sambut hari guru kat sekolah rendah dia
sekolah sama ngan ibu
hehehehee

dia decide nk bagi frame gambar + penanda buku
so pic kat atas tu adalah design yg direka oleh ibu yg sgt rajin,oke.
design dah lama tp tak sempat habiskan sebb ada emergency call from kampung.
kes pada entry ni

so pd hari kejadian, iaitu hari guru..mcm2 aktiviti tlh dilaksanakan.
best dan meriah.mmg enjoy dan happening. 
semua guru terlibat. semua bg sokongn. semua sporting.
banyak aktiviti menarik like  nyanyian-terimaksihcikgu-dimanadia sayang-dll, lakonan, pentomen, sajak, sukaneka-bowling nyoq-tiup belon-lambungan kasih-susunbata-bolajaring-bolasepak-karaokesumbang-paluan bongo+tamborin+kompang from guru2.tukar-tukar hadiah
pendek kata ada  macammacam la..

danial lak tak sabar sabar nak hadiahkan present to his teachers.
lambat la, isk lambatnya, kenape tak siap lagi la
itula ayat2 yg menunjukkan penasaran dia menunggu turn
utk bagi-bagi hadiah .
cikgu 1st skali dia bagi adalah cikgu BM dia, cg Abdul Manaf Abdullah
mmg feveret teacher tu..

then bila tinggal 1 ja lagi bungkusan..tgn dipinggang,jari tunjuk kanan di pipi, mata ke atas..
"sape lagik yea"
"oooo....awak la ibu"
ibu kan ngajar matematik ngan DM..kikikikii...klakar la danial ni

k lah,
kepada sume guru-guru diluar sana
saya ucapkan
''SELAMAT HARI GURU''
semoga apa yg kita sampaikan
pd murid akan menjadi
'sesuatu' utk mereka
lebih baik dari yang sedia ada
kerana KITA,
mereka datang ke sekolah
datang dengan harapan
pulang dengan kejayaan..

wallahu'alam.


Jumaat, 18 Mei 2012

Pergi Selamanya

Assalamualaikum
dan salam mesra..

Kesempatan yg ada
mohon readers sume sedekahkan al-fatihah kepada arwah nenek saya.......
Amin dan terima kasih, semoga rohnya tenang dan ditempatkan ke dalam golongangolongan orang yang beriman dan beramal soleh.

Dalam famili sy, cuma ada nenek sebelah ayah sahaja yg masih bersama kami sehingga 13 May 2012. bersamaan 22 JamadilAkhir 1433 pd usia 83tahun.
tarikh tersebut menjadi memori dalam kehidupan saya.
pertama kali dapat melihat detik hembusan terakhir dari anak cucu Adam dan Hawa, berakhirnya sebuah kehidupan, putusnya amalan, tamatnya perjalanan hidup, terhentinya degupan jantung, hilangnya hembusan nafas. Hanya kiriman doa dari anak yg soleh dan hadiah bacaan al-quran yang mampu diberikan.

Dengan 3 kali tarikan nafas yg panjang dan tersekat-sekat
bermula getaran di hujung jari kaki, lutut, bahu dan gelengan lembut dikepala
terdengar tarikan suara dikerongkong (seperti berdehem)
dan terhentinya turun naik nafas..seterusnya berakhirlah kehidupan Pn Zainab binti Ayub di dunia yg fana ini untuk bertemu penciptaNya.
dengan tenang dan aman dia pergi mengadap Illahi. semudah itu.
Semoga Rohnya akan ditempatkan ke syurgaMu ya Allah. Amin

Rentetan pemergiannya..
1- Jumaat , 11 may 2012, terjatuh di dalam bilik air waktu pagi.
2- tak sedarkan diri, kaki tangan tak boleh bergerak, mata dan mulut telah terkunci.
3- terus dikejarkan ke hospital.
4- sedar tapi sebelah kiri tangan dan kaki tak boleh digerakkan
5- percakapan sudah tidak jelas
6- terus dihantar ke HSB,alor star.utk check-up tahap stroke. dpt result, stroke tahap paling sikit.dibawa blk ke HKN,kuala nerang.
7- saya dpt panggilan pd pukul 12.30 tgh then buat keputusan nk blk melawat.kebetulan cuti weekend.
8- sy sampai di kedah pagi sabtu, jam 6.15am..bayangkan 12jam dari terengganu ke kedah.kesnya sbb asben sgt mengantuk n penat baru blk dr berkhemah.tu pun campingnya tak tamat lg. dengan baby lg.
9-Sabtu, 12 May 2012. masuk melawat time melawat jam 4.30-7-30pm tapi kami klua kol 8pm. sbb nampak nenek mcm dah terlalu kritikal.
10- xray, check anak mata, lemah. nurse bg nasihat suruh banyakkan brsabar dan baca yassin.
11- bacaan yassin xpernah putus dari ahli kluarga.
12- Doktor pggl waris terdekat. ahli kluarga lain ramai yg datang melawat. 
13- lepas ajak ayah,mak adik2 makan mlm tepi hospital trus ke hospital lg, kali ni cuma drop kan ayah utk bermalam jaga nenek. sbb mlm 1st tu mak sy dah amik turn, sian dia pon ada darah tinggi, awal pagi mmg kena amik BP.. ayah n adikadik ayah yg lain yg jaga.
13--- kebetulan mak dan adik ada persidangan kat Putrajaya, p separuh jln ja sbb dah dpt berita tu, trus drop kat simpang pulai then patah blk trus ke hospital dan bermalam disitu. jaga nenek.
14-  Ahad, 13 May 2012, check-up awal pagi sume stabil.- tekanan darah, - suhu badan, - degupan jantung lemah tp stabil.
15- tengahhari niat asalnya lepas melawat kali terakhir kami akan terus gerak balik Terengganu. tapi bila time sy masuk utk ziarah ruparupanya itu kali terakhir utk sy melihat nenek. kebetulan mak sy sdg baca yassin, dikelilingnya anak-anak dan cucu. memang sangat2 nazak. dalam hati terdetik. mata saling pandang sesama saya dan mak. kami redha.kami akur.kami pasrah dengan ketentuan Mu ya Allah.
 Jika itu adalah hari yg Kau telah janjikan iaitu " dari Mu ya Allah kami datang kepada Mu jua lah kami pulang"
kami redha.
16- sy panggil staff nurse then doktor sampai. buat prosuder dan cek segala bagai.. doktor putuskan masa meninggal dan segala urusan pengkebumian di uruskan kaum keluarga.
17- 2.40pm masa meninggal dan 11.00 pm dikebumikan..
18- Anak cucu yang memandikan,membentuk liang lahad dan mengangkat jenazah ke liang lahad. semoga segala perjalanan mu menuju syurga dipermudahkan oleh Allah swt, amin.

AL-FATIHAH.



Selasa, 1 Mei 2012

JOm Cuti

1st of May. Sedia maklum adalah hari pekerja. maknanya cuti!!!
Jom Cuti, Jom relax2. Jom lepak2. Jom rehat2.
Just stay at Home !!

Ahad, 8 April 2012

3 in 1


Assalamualaikum dan salam ceria buat teman

cantiknya shila amzah ni.bertuah sharnaaz dpt wanita secantik dia..tambahan pulak sharnaaz pun hensem..ni sume penangan BICARA HATI novel + drama..beshhhh3..

ceeehh..tgh buat entry ni sambil layan ABPBH edisi ke-25 apa nak kata..laaaaayyyaaaannnnn.wow..dan best lagik sbb anugerah seri perak telah dimenangi oleh artis peberet saya Dato Siti Nurhaliza..bravoooo3
best jugak sbb ZIZAN pun menang..mak suka..ahaha..dan kenapa Aznil Nawawi buat aksi spontan mcm tu, klakor nye ;p
cuma si Johan tu xxbrapa ekspek dia dpt pelakon komedi fofuler..sbb xberapa kenan sket..
and Najwa Latif, why pakai baju camtu..Tak Sessssuuaaaiii gitu, just ngan skirt comel ala2 kiut miut tu saya suka..Rosyam Nor mcm poyo sket..tak pasal-pasal kau pun kena ngan mak ,kan3. dan jacklyn mcm syok sendiri..Ziana Zain saya sgt suka!!!
wah ini dah gaya pengulas anugerah kaedahnya..manusia adalah pengomen yg terbaik..allllllaaaa nama pun dunia artis,kan mestila penuh dengan komen2 n gossiipp..so jgn marah yea..

ok, berbalik dengan pic yag diuploadkan ni.
gini story nya, kalo teman-teman perasan sy reingkali upload pic si abang danial ngan gambar ini..kenapa yek???
sebabnya.....
ini adalah pic dalam koleksi saya yg menunjukkan kehenseman senyuman danial haziq yg sebenar-benarnya..sebab pic lain sumenya spoil..adaaaa ja memek muka yg tak boleh blah yg ditunjuk dan dihasilkan..naik geram dibuatnya..
itulah kalo si adik don wori, sy bole snap ikut sesuka hati walo dia ready or tak..lgpun dia kecik lg, xpandai nk kata NO!!
ekceli xperlu la nak dibuat entry, kan..ahahahahhaha..blasah ja la..ni kan blog AKU..ada aku kesah..kikiki....

sejak 2,3 minggu ni adik aisy sering diganggu dgn tidur malam yg tak berapa nak lena. asyik nk menangis dgn tiba-tiba, bukan itu aje siap menjerit-jerit mcm kena geget semut. tp mata still pejam. andaian sy ialah SAKIT PERUT. dan bila siap sapu minyak yu yi jd ok sket. kadang-kadang naik penin sbb xpasti puncanya apa..

abang Danial lak last week kena injektion. 2 kali lak tu.kat bahu 1 kat muntot 1.sian dia. siap demam sat mlm nya tu. and telan jugak ubat demam. bgn pagi dah segar dan bole p skolah paginya tu..
oooo skang ni bila djah 1 mmg kena dua enjektion ye.


smoga hari-hariku dipenuhi barakah Mu ya Allah..Amin.

Khamis, 22 Mac 2012

Mencemar Duli

Assalamualaikum dan salam ceria.
amboiiii, segak noo semua orang pakai baju batik rini, khamis..cantik cun melecun belaka.
di mulakan dengan bismillahhirrahmanirrahim..

Alhamdulillah setelah hampir 8 tahun saya menetap di Terengganu Darul Iman, ini adalah julung-julung kalinya, Sultan dan Sultanah Negeri Terengganu akan mencemar duli untuk menziarah dan melawat kawasan pemerintahannya yang begitu kecil dalam peta negeri ini, iaitu Bukit Mundok dan Masjid Alor Lek.

Dalam keberangkatan masuk baginda ke sini bertujuan untuk merasmikan pembinaan masjid baru di kampung ini. Sementelah hampir 2tahun masjid tersebut berdiri kukuh dan menjadi tempat beribat bagi kaum melayu yang beragama Islam.

Alhamdulillah.

Bersempena peristiwa penting ini maka serba sedikit malah telah banyak perubagan drastik dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk menyambut kedatangan baginda.
Jalan, sudah semestinya wajib dilebarkan kerana mana mungkin boleh bawa masuk kenderaan diraja melalui kawasan bukit Mundok & Alor Lik dan setikarnya, Jambatan, wajib diambil kira langkah keselamatan dengan tambahan besi penghadang yang sebelum-sebelum ini telah diabaikan selama berpuluh-puluh tahun untuk penduduk hulu ini..

Manakala kebersihan kiri dan kanan jalan juga turut menjadi perhatian, syukur dipanjatkan ke atas Allah swt kerana ada pihak-pihak yang bertanggungjawab telah melaksanakan tanggungjawab ini. Papan Tanda, yang mana kali pertama mak ayah saya dari kedah datang menziarah kami disni telah sesat untuk masuk kepedalaman ini untuk melawat kami anak beranak Juga telah dinaikkan untuk pandu arah DYMM untuk merasmikan masjid tersebut, Syukur Alhamdulillah selepas ini kedatangan mak ayah atau sesiapa sahaja ke Bukit Mundok dan Alor Lik tidak akan sesat lagi..atau "musing ketang" kata orang Terengganu.

Alhamdulillah dengan keberangkatan masuk Tuanku telah banyak merubah rupa paras dan wajah kawasan pedalaman ini menjadi lebih teratur dan lebih keperwatakan kehidupan dalam bumi yang merdeka ini.
Dengan ini patik-patik yang hina berbesar hati menerima kedatangan Tuanku dan Permaisuri ke kampung ini.. 

Selamat Datang, Tuanku.
 Selamat Datang, Tuanku Permaisuri.




Ahad, 1 Januari 2012

Happy New Year


assalamualaikum semua
selaamat tahun baru yallss..

Selasa, 1 November 2011

TARIKH INI

1.11.11
11.11.11
20.11.2011

just a number
but
it is unik

cuba ni, kuiz yg unik tentang number..
tp tungguuuu..akan di update nnti..hehehe

Jumaat, 7 Oktober 2011

''HAPPY BESDAY IBU ''

HAPPY BESDAY IBU
YG KE- __
rahsia...

adik pon nk celebret gak.. jom nenen!!!

ni utk ibu + abah + abam Danial je tauu..
kek????
tapaow je kek.

ini tukang pengabeh mknan.. ;p
tq bang, bw kami anak branak makan kat sini.
hadiah xdak ker???

ahahahahaahahaa..

note : mood nk ngarang tgh ke laut..jd ini yg sempat bt entry kali ni ;p

Khamis, 6 Oktober 2011

"HOME SWEET HOME"

.ASSALAMUALAIKUM.

Harini baru relak sket..sket ja..sbb dah penat. pinggang pun da rs smcm ja.
Lgpun kan ke br abeh pantang, ceewahh..(ngelat)
tp btoi senarny..sakit sgt dah pinggang..


sbb apa tu ??
hadoiiii la .. rasa mcm nk pengsan bila buka pintu rumah.
Ya Allah. Ya tuhanku. Ya Rabbi.. Ya Kariim..


Hanya Allah yg tau betapa srabut nya kapala bila tepandang setiap sudut rasa mcm nk terMUNTAH. (ala2 morning seekness gitu)...whhooppss jgn2, adik aisy br 69 hari umo ;p
nak tau x knpa, pasaipa..AWAT???!!!!


Rumah dah ala gempa bumi dah, nauzubillah jauhkan la dr malapetaka itu .
tp seyes, berselerak berantakan kacau bilau
gara-gara anai menyerang haritu
asben dh punggah n alih segala bagai barangan yg ada ditempat asal kpd mcm2 tmpt.
Kalo kain baju ,jgn ckp la..raga baju yg sebesar alam tu kami beli 3, sume penuh ngan baju2 yg bertimbun2 ala-ala bundle jual selai satu hengget tu..


itu baru bilik kedua,
kalo bilik pertama mcm kapal sampah..hahaha..
segala toto, bantal, tikar, carpet, bakul baju lagik, beg baju lagik..ya Allah,,,PENIN!!!
Bayangkan mlm sampai tu n pijak lantai pun xdak ruang kosong sume ada benda.
aku mula la nak HANGIN 1 BDN, aku mula la nk TENSEN!!..mula la mrungut sorang2..
padahal laki aku pon dh xtau nk stat kemas yg mana satu sebelom blk amik kitorng kat kg ritu.


Mmg betui, kesian kat asben i tau.
dia dah bertungkus lumus kemas sikit2 cuma xsempat nk habiskan keja tu je, tup2 dh tiba hr nk amik kitorg kat kg..


ok, smbung smula..
kat dapur lak..astaghfirullahhalazim..
tongkang pecah!!! itu yg mmpu diungkapkan..

nasibbaik la, adik aisy berperangai baik.
bg pluang ibu utk kemas apa yg ptut bg 2-3 pat hrni..
stkt ni ibu smpt kemaskan dapur dan bilik utama..


oke2 out dl..adik dah bgn nk nenen!

Selasa, 4 Oktober 2011

ANNiVERSARY YG TERLUPA

Assalamualaikum

sila tgk kat DaisyPath tickers kat sebeah kiri tu :p
yup!! anniversary dah menunjukkan 7yrs and 2 days..hahahaha...

Serius kali ni sgt terlupa..padahal mmg dah naik kat wall hp pon. tp xtertengok pon.. bukan sy je ye somi pon camtu. ayyoo baru anibersari yg ke-7..uhuk uhuk uhuk..

Alkisahnya begini sbb kami mmg sebok sket bkn sket tp bnyk la pd date before n after tu sbbnya mengemas sgala barang utk pulang ke rumah setelah selesai brpantang di kampung.
manakan lg somi plak br blk dr lawatan sklahnya di langkawi xtdo 2mlm berturut2 katanya.

Saya..!!??
sebok !!

packing segala bagai barang2 n beg2 n alat2 yg ada utk di bawa pulang..
sungguh !! kalo x mmg nak wat lontong atau pulut kuning n rendang ayam kampung mkn time pagi2 seblom bertolak blk ganu..tp dah terlupa jd tak terbuat la. makan reramai seblom pulang..itu je xdak la sampai hajat or nazar apa2..xpa lah xdak rezki la tu..len2 kali lak la buat.

so layan je la pic2 ini sebelom berangkat pulang...

ini adalah PILOT kami pd hrtu yek, alhamdulillah save journey..
ummwaahh..kiss for u.
happy anniversary, darling.

ini pulak, CO-PILOT.
Steady la abg danial, teman abahnya sampai Jertih.,.
umwah3... kiss for u too
dan ini pulak
VVVIP PASSANGGER!!!
Adik Aisy yg menten tdoq bila dipangku..
umwah ummwah ummwah..utk bby baru.tudia
barang2 smpai ke bumbung..
sebok ngemas mende2 nih la yg buatkan sy terlupa anibesri
;p

Sabtu, 10 September 2011

RUMAH KAMI



sambil dok layan tv, dpt la image view dr whats app dr asben..sedihnya tgk. apa la nasib. lama xtgk rumah. hampir 2 bln jgk la..

habeh rumah kena serang ngan anai2..
mcm ni la kalo dok kat kaw luar bandar. bila cuaca xmenentu menatang tu la yg serang rumah. tp kalo rumah ja bole thn lg...ni abeh baju2 keja saya oke...uhuks uhuks..xrela oke!!!

ni pon asben n pekerja swasta sklh tu tlg bersihkan n buang sgala brg yg tlh diserang.. rasanya entry pasal anai2 dh bnyk kali kot..n dah byk kali dh antar report kat ppd setiu utk bt renovate or buat baru trus ja rmh ni..

tp apakan daya antar le brapa bnyk report pon slagi xde musibah, kemalangan or something trjadi slagi tu la pihak atas tu xamik tindakan..terlalu kesal ngn sikap org2 ni..

penah dl nyaris2 nk antr report kt tv3 . ngan tajuk " guru luar bandar tidak dihiraukan"
ye la kat kawasan ni mn da rumah sewa lain. ntah la bila la kes2 ni akan selesai.

so sementara sy masih cuti berpantang asben brtungkus lumus bersih n kemas rumah utk sambut org baru ke rumah kami "home sweet home"

tp hari ni genap 43 hari sy brpantang dan sudah selesai brpantang. alhamdulillah.

berbalik kes anai2 tu..hati sy sgt luluh oke sbb mengenangkan xtau baju mana 1 yg kena makan oleh anai2 tu.. haaaddoooiiiii..

Isnin, 5 September 2011

HANTARAN TUNANG


wah wah wah...
ibu sgt busy oke.
anak2 sila tdo dgn aman yek.
walo dlm pntg,
gigih nolong org buat gubahan hantaran.
simple2 ja.
abang kedua sy br nk tunang yek.
adiknya iaitu saya sudah beranak 2 yek
harap maklom..
hikhik..so layaaaaann..
tema oren gitu.

*GiVe aWay*

See You Again

...... Terima Kasih Di Atas Kunjungan Anda Semua ......
Segala Coretan dan Nukilan Adalah Hasil dan Hak Milik Dari Pemilik Blog ini " DeeAnie Blogspot " tetapi ada jugak yang terselit link dari google. Terima Kasih Bagi Yang Sudi Menjadi Followers dan Meninggalkan Jejak serta Komen.

"
hiduplah seperti lilin, menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."