Memaparkan catatan dengan label abah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label abah. Papar semua catatan

Ahad, 20 Oktober 2013

HARI NIKAH & HARI LAHIR

Nampaknya usia makin laju menganjak jauh dr kita hari demi hari. Masih sehari ada 24jam namun rutin dan  kesibukan menjalani kehidupan harian terasa spt hari2 cpt berlalu. Alhamdulillah masih diberi kesihatan yg baik utk terus mghirup udara segar pemberian Allah swt.

Bulan oktober paling best oke.

Ada anniversary kawen. Ada hari lahir.

Ada mcm2 hadooo... Maknanya ada la super duper double best gift yg akan dapat..waàooooww..
Ceh.mata duitan punya pom.hahha..xpa la sethn skali jo..

Apa yg double trouble tu sangat cik puan oiii.. haha..1st mesti la kek. kek yg paling double trouble best. Lg best sbb suami pilih yg macam2 rasa. So bole la kami anak beranak blasah kek yg mcm2 rasa tu.
Mcm simbolik je perasa2 kek tu.. hihi..mcm kehidupan kita. Dah 9thn kawen. Dah berumur 31 sudah. Ya mcm rasa kek tu mcm tu la khidupan yg sy lalui kini.
Kat sini SR la yg paling best pon. Baskin robin xda la..stakat ni trending utk kek yg plg marbeles dr dia la. Walopoooooonnn cik puan ni dlm diet yg sgt ketat trpaksa gagah jg mamam cream cheese yg super duper best tu..keinginan kembali slim melim sgt besaq dlm diri.moga berhasil insyaallah. Utk sebulan setengah ni dh mnunjukkan progress yg sgt positif. Dgn supliment yg super duper express best dan rutin joging yg sekata. Insyaallah moga berhasil.

Yg 2nd super duper best is haaaaadiiiiahhhhhh...hehe.
Gila la kalo kau kaum pompuan xmo present sempena hr bahagia korang kan.
Xkesah la besaq ka kecik ka. Mahal ka murah ka tp kalo mahal tu extra best laaaa.haha... tp apa pun xde hal yg penting jgn lupa detik2 bersejarah tu..

Sempena hari2 yg bersejarah dlm hidup ni doa ibu agar ibu dpt mnjadi seorg ibu yg mithali utk anak2 ibu. Menjadi isteri yg solehah buat suamiku. Dijadikan anak yg berbakti pd org tuaku.
Harapan yg besar skali supaya kita sekeluarga bersama dpt mnjalani hari2 yg mendatang dan diberi kebahagiaan didunia dan akhirat. Menjadi umat dan hamba yg patuh kpd Allah swt. Kurniakan kami akhlak yg baik ya Allah. Semoga kita beroleh kejayaan itu. Amin yg Allah. Amin ya Rahman. Amin ya Khalikk.

P/s: abah, ibu speechless dgn surprise yg abah buat tu. Xtau nk interprate riak muka camna.. suka or sedih. Rasanya ibu xmampu buat yg sebegitu terbaik utk turn abah nnti. Terima kasih utk kasih sayang yg abah beri tu. Cuma kalo boleh control skit high tempre utk ibu..hahahha..

doa ibu spya kita sama2 berusaha utk lebih dekat pada yg maha Esa.. bersama2 perbaiki kekurangan diri. Sama2 berebut kasih sayang Allah swt.  Love u more n more.

Ahad, 20 Mei 2012

Hari Guru 2012

 Assalamualaikum
dan
Salam Mesra.

terlambat nak wat entry tapi tetap cuba sedaya utk hasilkan entry yg oke la utk kenang kenangan
pada hari guru kali ke -9 ni
tahun 2012

kali ni sgt spesel sbb danial dah sambut hari guru kat sekolah rendah dia
sekolah sama ngan ibu
hehehehee

dia decide nk bagi frame gambar + penanda buku
so pic kat atas tu adalah design yg direka oleh ibu yg sgt rajin,oke.
design dah lama tp tak sempat habiskan sebb ada emergency call from kampung.
kes pada entry ni

so pd hari kejadian, iaitu hari guru..mcm2 aktiviti tlh dilaksanakan.
best dan meriah.mmg enjoy dan happening. 
semua guru terlibat. semua bg sokongn. semua sporting.
banyak aktiviti menarik like  nyanyian-terimaksihcikgu-dimanadia sayang-dll, lakonan, pentomen, sajak, sukaneka-bowling nyoq-tiup belon-lambungan kasih-susunbata-bolajaring-bolasepak-karaokesumbang-paluan bongo+tamborin+kompang from guru2.tukar-tukar hadiah
pendek kata ada  macammacam la..

danial lak tak sabar sabar nak hadiahkan present to his teachers.
lambat la, isk lambatnya, kenape tak siap lagi la
itula ayat2 yg menunjukkan penasaran dia menunggu turn
utk bagi-bagi hadiah .
cikgu 1st skali dia bagi adalah cikgu BM dia, cg Abdul Manaf Abdullah
mmg feveret teacher tu..

then bila tinggal 1 ja lagi bungkusan..tgn dipinggang,jari tunjuk kanan di pipi, mata ke atas..
"sape lagik yea"
"oooo....awak la ibu"
ibu kan ngajar matematik ngan DM..kikikikii...klakar la danial ni

k lah,
kepada sume guru-guru diluar sana
saya ucapkan
''SELAMAT HARI GURU''
semoga apa yg kita sampaikan
pd murid akan menjadi
'sesuatu' utk mereka
lebih baik dari yang sedia ada
kerana KITA,
mereka datang ke sekolah
datang dengan harapan
pulang dengan kejayaan..

wallahu'alam.


Jumaat, 24 Jun 2011

KAMI



ptg kemarin , abah dah tanya kat kami nak sarapan mana esok
kebetulan ada iklan kat tv tunjuk hot cake n gcb burger
jadi harini awal2 pagi dah bgn bsiap2 utk klua bekfes
alah kebetulan nak bayar bil2 segala bagai
jadi kami trus bekfest kat sini


lps bekfes rutin mmbayar bil trus diusahakan oleh abah

kami dua branak nunggu kat dlm keta la

mmg boring tahap gaban la, jgn ckp la org mnunggu ni mmg ada mcm2 rasa la

tgk la tu.....

Ahad, 19 Jun 2011

HARI BAPA with LOVE


No words, just to say
" HAPPY ABAH'S DAY"
to
my lucky man, Isyar RAsyidi bin Ishak.
sbb u sudi jadi bapak kat anak2 i, oke.
then jadi abah yang sangt bertranggungjawab.
abah yg sangat prihatin.
abah yang sangat memahami.
abah yang sangat penyayang.
dan segala-galanya u adalah yang terbaik bagi family kita.

Semoga lebih jadi ABAH
yang
lebih lebih lebih lebih lebih lebih
lagi dari segala hal

semoga ALLAH merahmati
kehidupan berkeluarga kita
semoga ALLAH menjaga
hubungan kekeluargaan kita
semoga diredhai ALLAH swt
serta
sentiasa di dalam
LINDUNGAN
ALLAH swt, amin.

Darling, selamat hari bapa untuk U. Love U Forever.


Rabu, 27 April 2011

MC Today

Malam td seyes xbole bgn . Penat sgt rasa badan ni. Lepas maghrib biasanya baca quran 2-3 muka surat. Smabil2 ajar iqra kat danial. Tapi lepas isyak tu trus terdampar kat katil sampi pagi ni.. Makan malam derang 2 branak la yg uruskan..

Tapak kaki n tapak tangan dah menunjukkan tanda2 awal nak sakit sbb siang tu keja kuat sgt kot. heheh.. Kat skool ada gotong royong, blk rumah kol 6.30 lepas mandi trus menyental peti ais. Cuci2 then masukkan brg2 baru plak dlm tu..

Penat dah time tu.. tgn saya kalo bnyk kena air mmg akan krem kejang bagai.. tapi mikir sbb dah beli barang dapur kalo peti ais kotor n busuk. xbest jgk nk isi brg2 baru beli.stok la katakan..

Pinggang pon mula menyerang sakit, alih pulak ke lutut.. sedang sakit2 tu mikir lagi, gamaknya yg teruk sgt ni mgkin sya sudah terlalu gemok n bert badan sgt2 dah naik kalo nak banding masa preggy danial dulu. Ye la baru lagi.. badan kurus kering. perut dah nk sampai bulan pon br sikit nampak alih2 nak branak dah..

Sebab tu saya akur bila preggy kali ni sakit mcm2 dirasai sbb berat badan sya sudah naik sebelom sah preknen dulu..

so pagi ni asben tanya nk p klinik ka.. mula2 tu jawab xmau sbb ingat nk rest pastu oke kot. Tp bila dok pkir esok n lusa saya ada exam lagi jd trus decide nk p klinik amik ubat. Justify FullTakot dibuatnya esok pagi2 buta xley bangun n jalan jenuh la saya nk p exam mcmna..

Jadi pagi ni p la klinik, angkut skali danial. dia pon mc.. abahnya pon mc..saya lagi la mc..huhuhu..abeh anak branak mc la harini..

gara-gara ini sume org mc harini..

dan ini juga


sedih sbb ibu sakit tp apsal muka cam boring je.. ;p

Jumaat, 22 April 2011

PULUT DURIAN



Story ni dah lama. Dah basi pon.. Kalo nasi lemak dah lama naik berkulat kalo xmakan. Pulut tu pon dah tumbuh spora kat periuk.. Tapi biar la nak tulis gak entry yangmenarik ni..

Before exam start hrtu, kelua bando (org ganu sebut gitu ;p) sbb nya nk amik ubat danial, hidung dia berdarah+ hingus sikit2 ja tp bila jd la taik hidung yang keras hingga tersumbat2 n menutupi lubang hidung sebelah kiri. Jumpa doc dia ckp infection ja. Dapat la ubat 2,3 jenis. Sementara tunggu abah danial selesai solat jumaat kat masjid selang beberapa lorong dr klinik Pusat Perubatan Intan tu kami anak branak lepak2 la kat klinik tu dulu sambil memerhati gelagat org sakit n xsakit kat situ.

Haritu kami keliling seluruh kuala terengganu dan daerah setiu kesnya lepas sarapan p tgk budak2 netball yg lawan peringkat daerah kat Smk Saujana, kira ok la smpai tahap semi final pon, kan. Abes tu naik smula kuala terengganu sbb pegi klinik amik ubat danial la. Selesai tu p mkn tghari kol 2.30 ptg. Lepas tu lalu2 kat pasar payang dan ternampak buah durian 2, 3 longgok org menjualnya.. Time tu buah xbrapa bnyk lagi sekilo RM10 , kau..

Teringin sgt padahal sebelom ni xdak la nk usaha p mencari. Kesnya bila tengok fb ustaz md noor nmpk 1 album pic dia n family buat kenduri derian kat kampung, trus sy jd teringat nk mkn jgk..hahaha. Jd hrtu beli la. Blk rumah dah petang. Mlm tu trus masak pulut, belah derian, santan fresh beli ms ontheway blk rumah td, apa lagi melantak abeh sebiji derian n pulut berkuah santan. Nyummyyy..saya n suami saja mkn yek, danial xlalu n xsuka pon..hahaha

ni ha pulut n santannya

dan ini buahnya..sedap sangat..
bagi sesapa yang xmakan tu xpe la..cari ja buah lain yg bole dimakan..

dekat London sebiji RM100 tau..tu bila dah diconvert ngan duit depa la ;p nasib baik kat tmpt n negara sendiri sekilo Rm10 ja, so mampu la lagi ngan gaji sbg seorg guru ni, saya membelinya 3kilo.. ;p


* Apa la kau anak, nikmat pulut durian tu bkn selalu ada cuma bermusim ja tau !!

Jumaat, 28 Januari 2011

Breakfast Here.. !!!

Dulu Tetiap cuti hujung minggu mmgsusah nk bgn awal, lepas subuh ja trus melebor lg. Tapi kini dah nk tuka la cara iaitu xmo tdo smula lepas suboh. Mmg x elok,kan..tp dulu2 mmg gitu le peel.. alih2 pukul 9,10 br bgn smula trmasuk la anak jantan sorg ni..

Ini taun lain kaedah la plak kan.. kena ubah la peel buruk n teruk tu..nnt kang rezeki xmsuk..mmg btol pon itu adalah salah satu hadith yg kerap dibacakan ketika kuliah subuh.

Jadi disebabkan xde buat apa2 pagi ni, hubby pon ajak g breakfast kat sini.


Alang-alang dah klua beli la skaligus barang2 dapur yg dah kehabisan stok tu. Alah, bukan slalu pon.. kadang2 ja..

mana pic ibu?? saja xnak letak, sbb abah dengki..snap dan menjadikan ibu trlalu gumoks..huhuu.. ;p

p/s : i'm preggy about 13 weeks 1 day

Rabu, 19 Januari 2011

Jalan Wekend

Sabtu bebaru ni, xla baru sgt sbb dah nk ketemu sabtu pulak dah br nak upload story..hahaha
tak sempat la, bnyk sgt keja kat skolah..

Weekend last week ikut Abah amik module OUM yg akan start klas 29hb ni..

Kami xlepaskan pluang mengekor..hehee

Lepas tu, sempat la posing2 kat sini.. Anak beranak..


berlatar belakangkan, Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

p/s : i'm preggy at 11 week.. ;p

Khamis, 13 Januari 2011

Setem



Di kala mlm jumaat nan indah dah berehat-rehat sbb dah cottiii..best jgk layan filem SETEM. Sesuai la dpt bnyk anugerah sejak dia masuk pertandingan tu, da xingat anugerah apa..

Bole dipuji la cara n jln citer ni..Biar pun dah lama kat panggung tp me n hubby br je layan kat tv astro ria ni..

Hubby ckp, memang 1 Malaysia btoi la citer ni..Apa maksud dia pon xtau la..sbb sy tgh busy wat entry ni sambil2 nonton.. ;p

Lagipun sy suka pelakon-pelakon ini..

tq pak google n web tu sbb ada pic ni, ;p


Dan satu lg best sbb afdlin asyik dok dlm bonet kreta jek.Sampai la nk abeh crita..huahuaha

Khamis, 6 Januari 2011

Me n School


Permulaan sklh yg sgt happy. Bebanan dan tekanan dari pihak atasan sudah ngak ada. Kerana beliau sudah berpindah.. so, paham2 je la..muahaha

Minggu2 berlalu, hujan turun setiap hari.. Pagi, tengahari, petang, malam, tengah malam, subuh..mcm tu la rutin hari2..

Suasana sgt la sejuk, oke.. kawasan bukit kalo time hujan2, air nya mcm ais. nak mandi pon takot..sejukk amat.

Kat sklh haruslah sama sbb weols duduk kat kuarters guru. so sklh pon dlm kaw rumah, rumah pon dlm kws sklh..

Hari ni, sbb mlm td hujan turun dgn sgt lebat, makanya banjir sudaaa..so my asben kena la dagtar diiri kat sklh yg paling hampir..so naik la sama2 kat sklh..tinggal danial tdo sorg2 kat umah then abah dia blk smula, kejutkan, mandikan, pakai bajukan..siap2kan danial then bw naik ke sklh bersama..



so today..merangkap minggu pertama sklh begini la kisahnnya..

Jumaat, 5 November 2010

Doa Ku untuk Mu


Selamat Hari Lahir sayang.

Terima kasih Ya Allah atas kurnia usia yang kau berikan kepada suami ku,
Terima kasih juga atas segala rezeki yg Kau berikan utk suami ku,
Terima kasih atas setiap kebahagiaan yang Kau kurniakan untk suami ku,
Terima kasih Ya Allah atas segalanya,

Dalam usia begini, aku berdoa kepadaMu Ya Allah..semoga lebih dekat dia dan aku kepada Mu Ya Rahman,
Dalam usia yang jauh ini, dia dan aku ingin lebih merindui Mu Ya Rahim,
Dalam Usia meniti senja ini, ingin sekali aku dan dia lebih penuh kepada Mu Ya Al Malik,
Dalam usia ubanan ini yang hanya aku dan dia inginkan adalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih antara kami terhadap Mu Ya Allah.

Ya Muhaimin..pimpinlah tngan hamba Mu ini..pimpinlah langkah hamba Mu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran Mu,
Ya Al Quuddus..sebagai hamba Mu yg hina, kami tak kan mencapai sempurna, tapi kasihanilah kami..bimbinglah kami sentiasa agar kami mampu meniti titian silaturrahimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Terima kasih Ya Allah atas takdir yang engkau tentukan utk aku dan dia. Maka di hari lahir nya ini aku bermohon Ya Allah kau pimpinlah kami untuk terus menuju jalan Mu Ya Allah, Peliharalah aku dan dia agar terus agar berpegang teguh pada tali Mu Ya Allah.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Satu Per Satu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

So setelah lama mmbusykan diri dgn tugas2 yg perlu dilaksanakan kini blog ini akan kembali menyiarkan aktiviti n urusan yg perlu ditulis. Almaklumla tahun pun dah diakhir garisan untk 2010 mcm2 kursus n program kena ikut samada utk diri or utk tugas. So satu per satu akan dikhabarkan . so enjoy it !! ;p

> Pada 14 oktober lalu weols tlh mengadakan camping kat pdg sklh . Walaopon disambut dgn kehadiran hujan n ribut tetapi setelah itu perjalanan camping berjalan dgn teratur didalam cuaca mendung tetapi tiada hujan , syukur. so ni antara pichas-pichas semasa camping

***


> Ni pula tugas utk negara..Cewwah cewah cewahhhh..
Tugas utk kursus kenegaraan yg berlangsung selama 5 hr di Kem Bina Negara (KBN) Kuala Lipis, Pahang. Wah2 hebat n marbeles penuh dgn LDK, Pembentangan Kertas Kerja, Kecergasan Diri, Senam Seni, Daya ketahanan dan kePatriotikkan. Semua tu ditempuh bersama my hubby sbb dia pon kena p jgk utk melengkapkan kenaikan pangkat Beliau.. yuhhuu..

Dengan ini terpaksa la lepaskan anak dibawah jagaan Mak Mertua, Ipar duai dan Mak ayah di kampung. Nasib baik la bole mnggunakan telepon spnjng kursus trsebut so bole terubat rindu pada anak teruna kami.

Sepnjang berkursus mcm2 perkara ada tp tu semua dah disimpan dlm poket sluaq. Terlipat kemas terkunci rapat bg kami suami isteri.

Tapi 1 hal yg bole i simpulkn kat sini iaitu ''Saya sangat di Sayangi dan di cintai oleh suami'' dont wori sayang, me too .. ''saya pun sayang dan cinta kamu.''

* * * pichas-pichas utk BTN tu nextweek br upload. sbb skarang sdg berada di kampung.


with kak hasnida, kebetulan dpt BTN tmpt yg sama..tu pun jumpa kat sana dah..padahal berdekatan ja sklh kami.. ;p


Selasa, 12 Oktober 2010

Me & Son

Mr. Hubster off to Kuantan .. Menghadiri course selama 3hr di sana..so tinggal berdua aja..

Me & son..

Apa aktiviti kami??

errrmmmm...

1st day me telah meng'open'house kan untuk sesi urut mengurut.. Kan ke hr sabtu lepas terjatuh kat bilik air.. so mlm td terpaksa la manggil tukang urut merangkap bidan di area sini mai rumah utk urut me seluruh badan..FUHHH..!!! bestnya..cerah biji mata..ringan 1 bdn..lega sakit kpala..relax 1 bdn.. melayang ja 1 bdn.. best nyaaaaa...''woods, aaaaaAAAaaaahhh'' . L.E.G.A

2nd day, sgt tak serunut..sebab bergaduh besar ngan anak bujang ni, danial haziq. Dah le br blk dr GERKO, kol 5.15 ptg..

Haddoiii, riuh 1 rumah..pening kepala..meleleh hingus mingus..eeyyeeekkkk!!!Bergaduhnya cuma pasal kawan2 dia ja.. dah budak2 tu pon nk blk le kat rumah diorang, nel oiiiii..Kan dah mlm..isskkk..anak..anak..anak...!!!
uhuk..uhuk..uhukk

ibu tanak dah pristiwa yg 2nd day tu berulang utk episod esok.. xlarat la, penat dah ni..tu baru 3day drama Me&son..

Hopefully, our day will be oke without Abah..
p/s : dear, abah..we miss u a lot..ummwahhh *_*

Khamis, 7 Oktober 2010

Our Celebration !!

A cake to celebrate our 6th Wedding Anniversay..

A bucket of KFC...


And a BIG Love and Happiness we have.
Alhamdulillah.

Sabtu, 2 Oktober 2010

Ulang Tahun Perkahwinan


Alhamdulillah..
Syukur ke hadrat Illahi, hari ni genap lah 6 tahun usia perkahwinan kami
sejak 02 10 2004 hingga 02 10 2010

Pelbagai pahit manis selama tempoh itu sangat2 mencabar usia muda rumah tangga kita, kasih sayang,
cinta mencintai, lengkap melengkapi, masam manis, bergaduh gaduhan bertengkar tengkaran adalah asam garam hidup berumah tangga kita
adalah adat kehidupan di dunia ini.

Walau bagaimanapun, cayang bahagia dengan kehidupan kita sekarang
susah payah kita harungi bersama,
sakit demam kita lalui berdua
kesenangan dan kesusahan kita tempuhi bersama.

Cuma cayang harap kita akan lebih mendekatkan diri kepada yg maha Esa atas kurniaan yg diberikan ini , dan supaya
kita lebih mengingati NYA walau bagaimana skali pun keadaan kita..
tetap bersyukur dan lebih beribadat kepada Nya,
kerana KehendakNYA
kita masih kuat bersama mengharungi kehidupan berumah tangga,
kerana redhaNYa
kita tetap saling sayang menyayangi walau pelbagai dugaan yg datang.
Selamat HAri Ulang Tahun perkahwinan kita
Suamiku,,,Sayang dan Cinta Kamu.


Khamis, 5 Ogos 2010

Kenapa begini jadinya ..??

Slamat mlm sume,

Hari ni padat dengan aktiviti memasing..Aku, Asben And Danial cara masing2. Aku br je tamat Kursus Peningkatan Profesionalisma Guru Matematik 2010 utk 2011 yang bermula pd 3rd till 5th Of August, Jauh tu beb, 1jam 15min tu perjalanan . Asben lak dgn tugas guru penolong kanannya n tambah lg skoolnya ada lak camping mlm ni slama 3day 2night. So mlm ni dia berkampung la dulu di sana..tinggal le me dua branak..Danial lak mcm biasa rutin dia. Bgn pagi pegi rumah ngasuh then siap bagai trus ke sklh then blk 12.30tgh , mak ngasuhnya yg amik dr skolh. Senang crita pegi & balik mengasuh yg uruskan. Ibu harap thn ni je la mcm tu kekdahnya , Kesian gak sbb kadng2 dia nk sgt ibu or abah dia yg antar & amik dia dr sklh. Jeles agaknya tgk kawan2 dia makayah derang yg amik.huhu..sabar yea anak.

Alkisahnya dr pagi td lg, mcm ada sesuatu nk berlaku..

1st,
cari mencari benda tersembunyi.....iaitu kunci rumah..aleh2 asben aku lock guna pedal ayam jek, pintu xkunci pon..seb baik dlm kwsan sklh, so slamat la sket.

2nd,
aku drive keta, seb baik xterjatuh dlm sungai..sebabnya ada divider ciput kat sebelah kiri kanan dia..so terkena rim je la.itu pon sbb mengelak dr lubang kat jambatan kecik tu..maklumla ngajar kaw pedalaman...mcm2 kena ngelak antaranya lubang, lopak, tahi lembu n ranting pokok...ni la namanya experience.Yg ngajar kat bandar kalo ko try rasa dok kat sini barang sebulan dua ,hermmm.nangeh xberlagu la jawabnya...neway, shhyy. xbgtau kat asben lg..

3rd,
paling lewat sampai kat tmpt mnggu keta, kami gilir2 keta ye kawan2..1st day aku bawa, 2nd day kak wahida, 3rd day kak tini..sian derang terpaksa terlambat skali nga aku..

Bukan itu tajuk pokok utamanya.

Gini storynya. Kan td dah ckp my asben kena tugas mlm ni kan. So tanggapan aku mesti la dia sapu bersih sgala alatan utk dibawa ke sana. Biasanya mcm tu le. Dia kan asben aku, so aku tau la..hehehe..Smasa di tempt kusus td ( maknanya aku la) bateri hset e71 aku tu dah melalak-lalak bgtau yg dia dah nk abeh (bole ckp ke bateri hset tu???konpius.ele yg alarm warning tu le ;p). So Dipikiran aku, blk nnt la aku nk charge.Kat tmpt mcm neh nk cekau kat mn? so x pikir dah le..selamat

TAPI MALANGNYA...

Time nk cucuk buntut hp tu, tercari-cari lagi, nmpknya sampai kesudah xjumpa..p solat hajat pon dgn bateri weeeeeeeeeeeek.

Sampaikan minta tlg kawan se FB tlg bgtau kat asben ttg charger itu..UNTUNG ada FACEBOOK.

Kesudahannya..adalah .........................................CHARGER berada di tempat bukan tmpt kebiasaannya..!!!!!! BUkan disebabkan my asben yg angkut skali camping..tu la sampai menyusahkan kawan2 yg duduk jauh nun di slangor suruh sms kat asben bgtau charger hset..

KNAPA JADI BEGINI ..???





Isnin, 26 Julai 2010

Kami Bertiga


Entry kali ni rasa berbunga telah bertaut dijiwa..Terubat kembali rasa-rasa semak dan tersentuh hati last week..

Alah, biasa le kan..hati pompuan mcm kerak nasik, keras..keras..keras..kena air trus lembek lenyek penyek n nyet-nyet..tp tetap menten ngan rajuk hati..ekkekee..Walo en husben xlayan sgt. ;p

Tapi, ada sorg tuh, tersangat hepi giler2 la ngan weekend kali nih..sape lg kalo bukan cik awang donde (terikut-ikut lagu noraniza idris) Danial Haziq. ''saye sukeeee, ibu abah..saye sukeeee jalan2''

Anyway, thanx darling..


abah : nel, wat muke cute..
danial : mmmmm mcmni ke abah !!!


ibu : nel, nak burger tak ??
danial : nak.nak.saye rase laparr la..
(kalo xtanya, xmintaknye )


Isnin, 5 Julai 2010

5 July kembali utk kali ke-


Uols nk tau x, mcm mana bole terciptanya '' d'anie '' ni, padahal nama sebenar xde pon mcmni.. oke mai sini nk creta.. :-)

Ini adalah tahun ke- 10 weols raikan hari yg sgt2 bermakna bagi saya dan encik suami.. pada tarikh inilah weols declare nk jd sepasang kekasih..muahahaa..sangat lucu dan sangat kelakar..

neway, darling hubby..happy 10th anniversary of deeani. may Allah bless our relationship till the end of life, insyaallah.. saaaayaanng kamu.. i Love u Forever.

Nanti2 la i sambung cerita yek..skarang mcm dah rasa mngantuk plak..


p/s: darling jom tdo, stopkan la chatroll tu.mode bilik dah harum n membunga dah tuuuh...hiihihihik..

Rabu, 19 Mei 2010

Telenovela of D'anie and The Imperial

Selamat menonton..!!! :-)




You walk beside me...
You take my hand and the way is clear.
You smile at me and the
sun is a little brighter...
the world a little more beautiful
and each day is a bridge
to a wonderful tomorrow,
because you are beside me...
because you care..

I Love both of U.
D'anie and The Imperial

Ahad, 16 Mei 2010

Selamat Hari Guru



















GURU KU OH GURU
TERIMA KASIH GURU
SEGALA ILMU GURU
TAK KAN KAMI RAGU..

GURU KU OH GURU
SELAMAT PAGI CIKGU
GURU KU OH GURU
SELAMAT HARI GURU..

GURU KU OH GURU
GURU KU SELALU
GURU KU OH GURU
KAMI SAYANG KAMU.

nukilan;
teacher d'anie


*GiVe aWay*

See You Again

...... Terima Kasih Di Atas Kunjungan Anda Semua ......
Segala Coretan dan Nukilan Adalah Hasil dan Hak Milik Dari Pemilik Blog ini " DeeAnie Blogspot " tetapi ada jugak yang terselit link dari google. Terima Kasih Bagi Yang Sudi Menjadi Followers dan Meninggalkan Jejak serta Komen.

"
hiduplah seperti lilin, menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."