Memaparkan catatan dengan label pragnancy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pragnancy. Papar semua catatan

Selasa, 26 Julai 2011

GET 'A'

alhamdulillah, mlm td dapat berita dari tuan guru besar melalui sms, hehehe..sempoinya gb baru i oke..dia bgtau ada budak dah dapat 'a' dalam subjek matematik .

syukur alhamdulillah... akhurnya dapat jgk budak tu 'a' dlm maths..
maknanya last2 kopak yg sy bg tip2 tu berjaya jgk budak2 tu aply dlm mnjawab trial upsr hr ahad n isnin kemarin..

sepeninggalan sy dlm cuti berpantang ni, guru besar akan ambil alih dlm mengjar n membimbing budak2 thn 6 matematik...bukan calang2 orang oke guru besar i tu, sbbnya beliau penah ngajar selama 18 thn matematik thn 6.. setelah naik pangkat sbg guru besar br dia stop involved dlm upsr..kiranya sgt bruntung budak2 i thn ni..harap2 dapat 'a' lebih ramai lagi tahun 2011 ni.. insyaallah..

mode : tgh tunggu turn nak chek up kat doktor kat klinik kuala nerang,kedah sudah..kan saya sedang nunggu brsalin di negeri tumpah darahku..cewaah3..heheh

Sabtu, 23 Julai 2011

Cara Menyambut Kelahiran


Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada suami akan beratnya kesakitan yang dihadapi oleh isteri ketika hendak melahirkan anak dan menuntut suami supaya sentiasa berada disamping isterinya agar beban kesakitan dapat dikurangkan. Kaedah ini juga bagi membimbing suami supaya dapat menyambut kelahiran anak mengikut cara yang digarispandukan oleh Islam.

1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin.

Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-lebih lagi bagi ibu yang pertama kalinya atau kedua kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak beristighfar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa' dan surah Al-Hasyr.


2. Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri
.
Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah.

3. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas.
Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah

ini merupakan info asas untuk menyambut kelahiran dalam Islam .. Jika ada kelapangan lagi sy edit lagi ye..sekian.

Rabu, 20 Julai 2011

::WORDLESS WEDNESDAY ::


hadoiiiiiiiii.. sakitnya..uhuk3..tu la drive sgt dr banjaran titiwangsa hingga baling..sbbnya asben i sgt2 ngantuk..!!

SUDAH BERCUTI


Assalamualaikum warah matullah hi wabarakatuh.

Hari ni, 20 Julai sempena hari keputeraan Sultan Terengganu, bermakna dah start cuti lah utk saya bagi menunggu kelahiran baby adik.
Rasa mcm lega dan hilang stress utk menunggu saat2 tersebut.

Entry ni di buat mengikut schedule, jadi sy tulis ni awal lagi la..hehehehhe.
Otomatik publish..kikikiii..
Kalau2 saya dah bersalin ke ..

Tapi start hari ni saya sudah bercuti dari bekerja naik turun tangga ke kelas sana sini.
Bekejaran itu ini specialy budak2 UPSR tu..
hheeerrrmmm..dah cuti pon masih terfikir-fikir pasal budak2 tu..harap2 la dapat la derang jawab UPSR trial next week..25-27 Julai ni.. Teacher doakan awak2 semua beroleh kejayaan dan 'A' dlm matematik..

ok..ok..ok..ok dah..dah..ingat xmo fikir dulu la bab2 kerja.. nak stop sat..

Saat ni dah menunggu masa untuk melahirkan..
Ya Allah selamatkan dan permudahkan lah urusan kelahiran baby adik ke dunia ini, Amin.

Selasa, 19 Julai 2011

TUGASAN AKHIR 2011

Salam to all.
Hari-hari terakhir sebelom bercuti pjg 3 bulan, dpt plk surat utk p kursus kat Permaisuri. Mmg Jauh.. Drive sendiri oke. Tengah sarat2 ni..
Ye, saya tau org lain lg teruk hari2 kena drive jauh ke tmpt keja walo peknen..ini stakat sehari ja pon da psiko..hahahhaaa.. alah apa2 ja la kan...

Hari ni, klua pagi2 drive slow2 ..(slow ke???hikhik) then sampai tmpt kursus..kira oke la sbb ramai sampai cam waktu saya sampai td.hahahaa..

Blk pulak , alhamdulillah semua slamat.. cuma terasa gegaran n berenti bnyk tempat tu sbb tapow makanan utk hero2 kat rumah yg tgh menunggu..

Oke da all, ibu dah selamat sampai..

Esok, maka dengan resminya saya telah mula bercuti selama 3 bulan .

Kebetulan esok adalah cuti sambutan hari keputeraan Sultan Terengganu.
Khamis?? Khamis mc sbb nk p cek telinga saya yg berdengung dan bengang tak hilang2 lagi ni.. ingt nk soh doktot masukkan kamera n tgk n cuci kalo ada apa2 yg memudaratkan..sbb dah tak tahan..rasa mcm naik tempat tinggi tlinga jd berdengung..

So esok gerak blk kampung!! babai terengganu utk kami bertiga kali ini...balik semula kami akan berempat di rumahku syurgaku at Kuarters Bukit Mundok.

Rabu, 13 Julai 2011

:: WORDLESS WEDNESDAY ::




Kedua Terakhir untuk Check Up Pregnency di sini !!!

Ahad, 10 Julai 2011

PAGI AHAD




AS-SALAM TO ALL..

Pagi ni rasa ceria ja nak p keja. Suasana pon beshhh.. Bukit Mundok di hiasi dan di penuhi ngan kabus-kabus dingin dan sejuk yg sgt tebal dan sgt sejuk yg sgt besh.

Hati saya pon berbunga jgk pagi ni.. Harap-harap perasaan tu kekal sampai la nk bersalin nnt. Perasaan cam ni akan membuatkan saya suka dan hati pon tenang.Walaupon kaki ni dah longlai nk melangkah membawa perot yg membuyong ini.

Pagi ni ada assembly mingguan. Besh jgk sbb sejuk n berkabus la katakan so xlah panas n berpeluh dibuatnya..punya la beshh sampaikan terlupa nak snap kan pic tu tadi..

Semoga kesihatan juga terjaga sampai la masa bersalin nanti. Insyaallah, Amin.

Jumaat, 8 Julai 2011

KEJANG + KREM

DAH 3 HR BERTURUT-TURUT DAH KREM URAT SARAF & BETIS NI TAU.
SETIAP MLM TIDUR SENTIASA TERGANGGU SEJAK AKHIR2 NI.
KEBETULAN MINGGU NI SGT TERUK + SIBUK + BUSY + KALUT + KELAM KABUT + KENA OBSERVE + KENA PANTAU + KENA ZIARAH + NAIK TURUN TANGGA 3 TINGKAT = MAYBE NI SALAH SATU PENYEBAB KOT..

DULU MS AWAL-AWAL 2 BLN PEKNEN DAH START KREM BAGAI URAT BETIS TU..
YUP !!! MMG AWAL DPT KEJANG2 NI..

TAPI BILA DAH NAIK BULAN2 TU DAH HILANG...EEEHHH ALIH2
2, 3 HR DAH DEKAT2 NK BERSALIN NI BUAT PLK KEJANG2 N KREM2 NIH..

TERKEJUT BERUK CIK ABANG BGN DI TENGAH MLM TLG URUT KAKI N BETIS NI..SEB BEK LA ASBEN PAKAR PENDIDIKAN JASMANI..HUAHUAHUAAA..!!!!

SEMUA KAEDAH N CARA DAH BUAT !!
> LETAK KAKI ATAS BANTAL.
> PAKAI STOKIN..
> SAPU YOKO2 SBLM TDO..
>RENDAM KAKI NGAN AIR GARAM..
SEMUA DAH BUAT !!!

NI SEMBAP PON DAH SAMPAI KE BETIS DAH...


TAK PA LA REDHA LA DULU SEMENTARA NK TUNGGU MASA BRSALIN NI..
BUKAN NAK MERUNGUT YE..
CUMA NK BT ENTRY PREKNEN KALI KEDUA JA..
SAPA SUDI BACA, BACA LA..
KALO TAK,,XPE..

Khamis, 7 Julai 2011

GENAP


Alhamdulillah, harini genap 36 weeks preknen.
That's mean 9 mthns already..
cuma tinggal 17 hari lebih kurang.
Kalo baby adik ni pon mcm abg danial nak jenguk dunia dlm masa terdekat 38week 3days.

Betul lah, org cakap kalo dah tahap sarat2 cenggini rasanya nak cepat2 ja deliver.
Sebabnya xlarat n xdaya dah badan ni nk wat keja ngan membuyong camni..eeerrmmm..

Tapi ada la member2 kat tmpt keja ckp : ''eh, kira awak ni kuat la tuh!! masih steady wat mcm2 lagi'' huh!!!?? terpaksa dek oiiii.. gagah juga diri ni n pulun kan jgk langkah longlai kaki ni.

Tapi walau xsabar mana pon sy nak deliverkan 2nd baby ni..sebenarnya hati sangat takut n berdebar2 sgt.. Harap2 semua slamat dan sempurna lah kelahiran ni. Ya Allah permudahkan utk aku bersalin..Amin.


****
Di saat tgh sarat2 ni, ada lak emosi terganggu... eeeemmm sungguh tak suka perasaan ni.. terasa hati oke!!! sgt tersentuh oke!!! xsuka ngan situasi camni !!!

Rabu, 6 Julai 2011

Ahad, 3 Julai 2011

AIR GARAM

" ni air garam from pak google oke "

Aduh..!!!!
Sakitnya kaki saya.
Setelah berchat di fb bersama sorg kawan lama, pejah .
Dia ada bg tau 1 petua, kalo sembap n kaki bengkak bole rendam ngan air garam.

Lepas je berchat2 tu.
trus je masuk dapur n buat air garam.
rendam dlm 1jam gitu.
rasa segar skit.

yg ni lak ada air sabun lak tu..biasa la pic dr pak google..hikhik

Elok je lepas tu urus diri serba sikit.
trus masuk tdo.
kaki berstokin n letak tinggi2 kat atas bantal.

Nyenyak jgk tdo.
tp dlm kol 3.30 am gitu, terjaga.
sebabnya jari jemari tgn lak rasa lenguh2 & xbole nk genggam lak.

tgk2, mmg dah sembap blaka.
urut serba skit.. tahan jgk2 pastu cuba lelapkan mata.
then tdo la smpai kol 6.30 am.

Bgn subuh ja, kaki dh oke skit.
cuma jari n tapak tgn ja rasa kebas & lenguh2...

Walau apapun ,
air garam td mujarab jugak utk merawat kaki sembap.
kaki pun dah hilang kebas & lenguh2.

Thanx to pejah ye.
Pagi ni bgn pagi bersarapan ngan 1 biji roti canai n 1/2 nasi kerabu.
Alhamdulillah...kuantiti yang sgt berjaga2 oke.

kena akui jgk, sbb saya sudah diawal 9bln mengandung..
Waktu2 yang perlu sgt dipantau
dan
berjaga2 untuk kelahiran tiba..
Sebarang petanda dan kelainan perlu dititikberatkan.


NOTE & MODE : Hari ni cuti sempena Larian 1Murid 1sukan 1Malaysia.


Jumaat, 1 Julai 2011

SEMBAP

Alhamdulillah..badan saya sihat ..alaa sehat mcm ibu2 ngandung la. Tak kan la plak sesihat org2 biasa yg len yg boleh joging 4-5km sehari..

Syukur la dikurniakan dalam keadaan camni..

Padahal, rutin kerja harian adalah sgt penat sejak akhir2 ni. Maklum la cuti awal yg dipohon tu sudah di approve kan. Jadi kerja dengan serta merta jadi sgt kalut n bnyk utk disiapkan sebelum sy bercuti nnt. Lagi pula next week jemaah nazir dan PPD akan datang melawat sekolah. Kalo melawat saje2 xdak masalah la kan.. haruslah mai mlawat utk check segala fail2 panitia dan perancangan2 utk darjah 6 dan fail2 kantin. Sebabnya saya memegang jawatan itu....

Mula2 tu xprasan pon. tp bila wat cek up kat klinik desa setiap 2 minggu skali tu nurse ada tanya, cikgu, kaki sembap dok?? dgn slamba sy jwb , tak pon..skali dia tekan kat tmpt spatuttnya dia cek..mak aihhhh ..tahap kritikal.. patut la bila time nk duduk mencangkong or seangkatan dengnnya tu terasa abeh sluruh badan. Nak berdiri lama pon terasa menyengat ja tapak kaki, lipatan lutut, peha dan segalanya..

Owhhhh.. rupa2nya kaki ini sangat membengkak dan sembap !!! Kandungan saya juga telah menurun sedikit dr bulan2 sebelom ni.. Ya Allah, minta2 sempat la sampai permohonan cuti yg dipohon tu, amin..



p/s : UTK ADIK POMPUAN SAYA TU, KAk cik.. HAPPY BIRTHDAY TO YOU..SMOGA BAHAGIA, DAN DILINDUNGI OLEH ALLAH SWT HENDAKNYA..

Jumaat, 10 Jun 2011

Cara Penyusuan

Oleh kerana sudah lama, saya sgt perlu dan sgt2 mahukan info ini.

Memandangkan masa Danial Haziq dulu cuma sempat 3 bulan lebih ja menyusu, (kesian, kan anak saya..ni sebab2 n masalah2 tertentu yg terpaksa sy hadapi..uhuk..uhuk) jadi sy rasa terlalu lama tidak menyusukan baby.

Rasa mcm dah lupa n kaku lak nanti. Haruslah saya betul2 belajar n dapatkan bnyk info tentang BF ni..

Saya pon nak jugak menyusukan anak kedua ini selama 2thn jugak.. walopon berselang seli ngan susu formula pon xpa, janji saya akan mnyusukan anak saya hingga umo camtu..Ini azam n semangat baru saya.

tengah dok godek2 kat pak google, maka terjumpa ini.......

Persediaan untuk penyusuan

Sebenarnya agak sukar untuk menyediakan puting payudara anda untuk memulakan penyusuan, tetapi anda boleh dan perlu bersedia dari segi minda. Ia membantu anda mempelajari sebanyak mungkin mengenai penyusuan sebelum bayi anda lahir. Para bapa juga perlu belajar sebanyak mungkin, supaya mereka dapat menyokong dan menggalakkan isteri mereka yang menyusukan bayi.

Bagaimana untuk menyusu

Oleh sebab penyusuan boleh mengambil masa dari tujuh minit hingga ke 40 minit, pilihlah tempat yang selesa untuk anda. Keadaan persekitaran adalah sangat penting, terutamanya pada peringkat awal anda mula menyusukan bayi, sebab anda perlu membiasakan diri. Jika anda mudah diganggu oleh bunyi bising, cari tempat yang senyap. Jika anda mudah bosan, anda mungkin mahu menyusukan bayi di hadapan televisyen, tetapi hanya jika penyusuan sudah menjadi perkara yang selesa untuk anda dan bayi anda. Cubalah beberapa tempat yang mungkin dahulu sehingga anda menjumpai tempat yang sesuai untuk anda.

Pegang bayi anda dalam posisi yang tidak membuatkan lengan dan belakang anda sakit. Letakkan seberapa banyak kusyen di sekeliling anda untuk sokongan. Ramai wanita mendapati posisi melengkok seperti buaian adalah paling selesa untuk mereka walaupun kegemaran ibu mungkin berkainan. Pilihlah tempat yang selesa untuk anda dan bayi anda sebelum mula menyusu. Perhatikan bagaimanakah rasa pada buah dada anda semasa bayi anda melekap padanya. Bayi sepatutnya menghisap satu mulut penuh tisu buah dada anda. Jika pelekapan menyakitkan, lepaskan lekapan – dengan memasukkan jari kecil anda di antara gusi bayi anda dan puting anda – dan cuba sekali lagi. Apabila bayi anda dapat melekap dengan baik, dia akan dapat menjalankan apa yang perlu seterusnya.

*** Saya sgt suka, n tq to this link.. http://www.babycenter.com.my/malay/baby/menyusu-kali-pertama/

Khamis, 9 Jun 2011

Toy Museum, Penang

Morning All.

oke , hrni nk apdet ngan jalan2 kat penang kemarin.

entry pon nk wat pendek2 ja..hahahaa..

1st haruslah naik jambatannya..ni haaa JAMBATAN PULAU PINANG.


Then subjek utama adalah tmpat ini.. TOY MUSEUM, dah masuk dlm book of record tau..
(sakit hati sbb elok ja blh snap 2 pic ngan DLSR, bateri lak da habes..padan muka knapa tsk charge awal2 ;p)



Selesai tu, trus jenjalan kat Batu Feringghi..xde p
ic sbb xturun dr keta pon. Then benti kat Masjid situ. Asar. elok ja kluar dr pintu masjid trus nmpk mat2 n minah2 saleh dok bertenggek kat bar sebelah tu..hehhee.. Batu Feringghi ibarat Hawaii Malaysia.. ermmm..
(tq pak google)


Pehtu trus ke Queensbay Mall.. seingat sy la kalo ke situ rasa2nya tak penah jelajah abeh sampai hujung sini ke sana.. Just smpat sampai suku ja.. dah penat. xlarat nk menjelajah..hakhak..
(tq pak google)


Then dinner kat nandos.. hahaha berjaya jgk abah dia snapkan pic yg terbaek danial blh kasi..haha ni dia..


Kat Quensbay Mall tu mmg dah xde plastik utk pembelian barangan ke. maklom la time2 cuti gini je la dpt p sana pon..hekheks ;p

knapa tajuk entry nga toy museum, sbb nya subjek utama adalah tempat tu..yg lelain tu sampingan je.. ^_^

Selasa, 24 Mei 2011

Ibu Rehat Sikit



Alhamdulillah, dekat2 nak cuti skolah ni saya rasa mcm bole rehatkan suara n badan sikit untuk ngajar. Last week dah cover kelas tambahan utk persediaan dak2 kat sklh ni nak exam pertengahan tahun.

JAdi minggu ni rasanya bole simpan suara n tenaga sikit sebelom bercuti. Minggu budak2 sekolah exam. jadi bole la saya menguruskan kerja2 utk peninggalan sebelom cuti pertengahan thn ni. Sediakan bahan2 cuti terancang utk derang. satlekan borang2 or surat2 yg berkehandakan..Yang bestnya bole la kurangkan sikit bercakap sbb batuk, selsema, sakit tekak, suara sengau belom reda n pulih lagi ni dah nak msuk 4 minggu mcmni..tambah lagi satu bengang telinga maybe sebab bnyk sgt srreettkan hingus tu telinga jd bengang ja.. bila time bengang tu pening semacam ja.. mcm nk pitam.. mula tu risau takut darah tinggi tp bila check ok ja tekanan darah hati lega sikit :-)

Sakit dan Perit ja leher ni nak bercakap kuat2 n ngajar. Tu lah salah satu kesukaran cikgu apabila mengalami sakit2 macm ni. Sebab benda terpenting cikgu adalah SUARA. !!!!
hikhikhik..xpayah ckp la kan..semua org tau...hahhahahakkkk !!! ;p

Selasa, 17 Mei 2011

Hari Wesak



Salam semua.. nak bagitau ni bersesuaian ngan kandungan dah masuk 7 bulan lebih2 makanya entry kali adalah tentang, saya yg kali pertama dan start beli baju utk new born baby adik ye.. hikhikhik..teruja sangat..hahhaa ;p

Harini cuti wesak.
Saya mmg xde plan nk ke mana2 tp asben dh saound mlm tu nk klua.
Saya sgt malas sbb bdn xbrapa nk sehat
Selsema batuk n sengau masih ada. N menjadi2 lagi. Hingus mingus jfn ckp la..alepas2 dr ssrrreettt5 manjang'Sakit n geli krongkong tahap gaban dah ni. Siap bw bekal.
Dl time 7 bln ni. Kuat n bertenaga manjang. Pntang free or cuti msti klua
Tp kali ini kalo boleh nk mlepek atas sofa. Baring2 n nonton tv. Huhu

Kat perut n bagian lain2 pon turut skit sana sini. Dugaaaaann dugaaaaann dugaan.

Dalam keadaan yg xbrapa nk sihat kaki ttp kuat menpak. cuti wesak tu klua g Kota Bharu. Beli brg2 bby serba sedikit... sambar la 6, 7 lai baju n sarung tgn bby.. tu je la.. then blk rumah sampai lam kol 1.30 pagi gitu.. soknya trkoyong2 siap nk g keja.. huhu

Rabu, 11 Mei 2011

I'm at 7 moths

Danial sayaaaaaaang Ibu.



Pejam celik..
pejam celik..dah 7 bln..maknanya countdown dah makin menurun ni.. lg 91 hari dah nk bersalin.
kala ni tgh selsema. itu le salah saya jgk..tgh sedap bercakap2 ngan asben ''bestnya , alhamdulillah xselsema lagi stakat preknen ni'' ..sekali esok tu dah hassyyem5 bersin..

Time tulis entry ni..
saya mmg tengah selsema, hidung n lidah xbrapa nk merasa yang enak2 tp syukur lagi sebab bole melantak dengan jayanya..

Pedih ulu hati..
tau kalau xmakan dengan teratur n perut kuat berdendang n berkeroncong lagu 1 malaysia..hahaha

NI adalah..
saya waktu 7 bulan mengandung anak kedua..apakah akan mencecah 80 kg sebelum melahirkan. kalo camni mmg bertegang urat la saya nk menguruskan or nak stabilkan berat mcm sebelum preggy ni..uhuk..uhuks..

tp green space, saya suka cara anda buat entry,hany, jd saya tiru bole ..???

Ahad, 8 Mei 2011

Saya selsema !!!

uwaaa..
sedih ni. tekak rasa perit. hidung tersumbat sebelah. mata suda pedih2 sikit.. dah nk msuk 4hr dah mcmni.. selsema.

Biasanya..
org trismester pertama ja yg alah-alahan ni.. lepas tu dah oke n kuat dah.. saya terbalik gamaknya..ataupun mmg musim dia kot. maklom la cuaca pon dah x nentu.. sat2 dia hujan..lama2 dia panas..sat2 dia mendung..lama2 panas terik kontang sgala bagai ada..

Tapi ..
syukur jgk sebab time dok berjaga, tidoq xtentu, makan xtentu time exam tu kuat la plak..xde rasa sakit or longlai semacam ja..syukur alhamdulillah. bole lalui dengan jayanya time2 exam ritu..

Jadi..
kiranya saat ni rasa cam xsedap badan x slesa ja rasa. kalo pressure sure panas serang, peluh serang.kalo nak marah kat dak2 sklh ni..mula la menggelisah, peluh menitik2 kat dahi.. tangan mula basah ngan peluh.. hati dap dip dup kencang..rasanya..xbole nk control pon rasa panas n peluh meleleh ni..

apa kjes????

tapi adik baby tetap aktif bergerak ke sana ke sini.. :-)

Sabtu, 23 April 2011

109 days To Go


Setiap kali bgn pagi, mesti adik baby bgn n menggeliat kaki n tgnnya dlm tummy ibu..
Kadang2 terasa sakit..kadang2 terasa ngilu..kadang2 terasa terganggu sbb sakit..
Tapi yang penting..ALHAMDULILLAH..adik baby sihat seadanya dalam sana..
Syukur Pada Nikmat-Mu ya Allah.

Lagi 109 hari lagi untuk adik baby keluar n merasa hidup kat luar tummy ibu lak..Rasa angka n nombor tu mcm lama lgi, tp pejam celik pejam celik bulan 8 ni insyaallah kejap ja berlalu..
Sepanjang itu lah adik baby akan sentiasa bersama melakukan aktiviti yg sama ngan ibu..

Ibu harap adik baby sihat2 dan duduk elok2 dalam tummy n luar tummy ibu nanti..

Selasa, 19 April 2011

Adik Baby Kuat Gerak

mcm lagu ni ""I like to move it move it, i like to move it move it...i likeeeeeee to.. move it""

Kenali Corak Pergerakan Bayi

Aktiviti bayi iaitu menendang, berguling dan bergoyang yang anda rasai berbeza sepanjang tempoh kehamilan. INTAN JASTINA JAMALUDDIN membantu anda memahami corak pergerakan bayi.

Pengalaman merasai bayi berputar, menggeliut, menumbuk, menendang dan tersedu merupakan salah satu daripada fasa kehamilan yang anda lalui. Ada ketikanya anda mungkin gusar tentang pergerakan bayi. Persoalan seperti adakah bayi cukup menendang atau terlalu banyak selalu muncul di minda. Tidak kurang juga ada yang beranggapan bayi mempunyai 2 pasang kaki disebabkan kekerapan dia menendang.

Trimester Pertama
Bermula daripada awal usia kehamilan hingga penghujung 3 bulan pertama, trimester awal ini merupakan masa di mana perkembangan pantas dan menakjubkan berlaku. Namun, jangan pula menjangka sebarang pergerakan bayi. Ketika ini, bayi masih terlalu kecil untuk membolehkan anda mengalaminya. Biarpun begitu, di dalam rahim, ketahuilah dia sudah boleh melonjak tetapi sayangnya, anda tidak mungkin dapat merasainya.

Trimester Kedua
Pada trimester ini, bayi anda sudah mampu sekurang-kurangnya menghisap ibu jari, menendang dan menghentam. Sesetengah wanita yang terlalu kurus atau yang pernah hamil sebelum ini mungkin boleh merasai pergerakan pertama bayinya seawal bulan ke-4. Namun, kebanyakan wanita tidak perasan atau mengenal pasti sentakan dan pergerakan pantas di mana ia dapat dirasai seperti angin atau kekejangan otot.

Pada bulan ke-5 pula, kebanyakan wanita dapat merasai kegelisahan dan rasa gemuruh bayi. Pergerakan bayi akan mula menjadi seperti gerakan akrobatik sebaik sahaja ototnya kuat dan kemahiran motornya berkembang. Namun, dia masih kecil untuk melakukan pergerakan tungging terbalik.

Apabila anda mula merasai “karate” pertamanya, jangan panik jika ia berlaku semula selepas beberapa jam. Malah ada juga yang merasainya selepas sehari atau dua. Pada tahap ini, saiz bayi masih kecil. Jadi, adalah normal untuk anda tidak merasai pergerakan yang tetap. Walau bagaimanapun, jika anda tidak merasai sebarang pergerakan sehingga pertengahan bulan ke-5, pastikan doktor yang merawat melakukan ujian imbasan ultra bunyi untuk memantau keadaan bayi.

Bayi akan mula banyak bergerak setelah usianya mencecah 6 bulan. Pergerakan kakinya lebih mengikut irama dan anda akan mula perasan tepukan kaki si kecil. Disebabkan kesibukan anda menjalani rutin harian, anda mungkin perasan bahawa bayi lebih aktif sebaik anda beristirehat terutamanya di waktu malam. Malah selepas anda mengambil snek pun, dia menjadi aktif apabila kandungan gula dalam darah memberi tenaga tambahan kepadanya. Antara lain, sewaktu anda berasa gemuruh, pengalaman yang sama dapat dirasai kerana adrenalin memberi kesan yang sama kepada bayi.

Trimester Ketiga
Pada usia kandungan 7 bulan, rahim semakin sempit. Namun, bayi masih mempunyai ruang untuk berpusing dan melambung. Dia juga semakin kuat. Jadi, tumbukannya benar-benar boleh membuatkan anda terkejut. Perlu anda ingat! Bayi adalah individu. Corak pergerakannya dengan bayi yang lain adalah berbeza. Jadi, jangan bandingkan pergerakannya dengan bayi dalam kandungan wanita yang lain. Malah, anda jangan tertekan jika bayi kurang aktif.

Berat bayi yang semakin bertambah pada usianya 8 bulan membuatkan ruang dalam rahim semakin sempit. Pergerakan akrobatiknya semakin berkurangan tetapi anda akan tetap boleh merasai dia menggeliang geliut dan berputar. Pada ketika ini juga, anda mungkin boleh merasai tusukan siku dan lututnya.

Pada usianya 9 bulan, anda tidak dapat merasai tendangan yang menumbuk-numbuk tetapi lebih kepada senggutan dan sepakan hingga menyentak anda daripada apa sahaja yang sedang anda lakukan ketika hal ini berlaku. Malah, anda mungkin akan mengalami kesakitan setiap kali kaki bayi terkena rusuk anda. Untuk melegakannya, ubah posisi atau miringkan pelvik anda.

Pergerakan Di Akhir Kehamilan
Pada minggu-minggu terakhir, bayi akan berada di dalam mangkuk pelvis dan bersiap sedia untuk dilahirkan. Kepala bayi dapat dirasai seolah-olah sebiji tembikai yang menekan lantai pelvis.

Pergerakan Pertama
Kebanyakan wanita akan merasai pengalaman tendangan pertama bayi sekitar minggu ke-13 hingga ke-25. Sesetengahnya dapat merasai bayi bergerak seawal minggu ke-13 hingga ke-16. Pergerakan pertama ini dikenali sebagai quickening. Ia sering digambarkan sebagai getaran. Ia mungkin sukar untuk tentukan sama ada apa yang anda rasai ialah angin atau pergerakan bayi. Namun, lama-kelamaan anda berupaya mengenal pasti corak pergerakannya. Ibu yang pertama kali hamil mungkin tidak dapat merasai pergerakan ini seawal seperti yang dialami oleh ibu hamil beberapa kali. Ketahuilah, ada ibu baru yang langsung tidak berpeluang melalui pengalaman ini sehingga kehamilannya masuk minggu ke-18 hingga ke-20.

Apabila kepala bayi “turun” ke dalam pelvis, anda akan terasa “ringan”, disebabkan kurangnya tekanan yang dahulunya berlaku di bawah tulang rusuk. Pada peringkat ini, anda tidak lagi merasai pergerakan yang biasa dilakukan bayi. Sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak henti-henti di bawah tulang rusuk sama ada di sebelah kiri atau kanan (dipengaruhi oleh posisi bayi).

Carta Tendangan
Kebanyakan wanita dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan. Anda perlu merekod pergerakan bayi sehingga jumlahnya mencecah 10 tendangan. Sebaik-baiknya pada waktu yang sama setiap hari. Carta ini membantu anda memahami pola gerakan bayi. Sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, berjumpalah dengan doktor anda dengan segera untuk mengetahui puncanya.

*copy and paste from pa&ma link.


*GiVe aWay*

See You Again

...... Terima Kasih Di Atas Kunjungan Anda Semua ......
Segala Coretan dan Nukilan Adalah Hasil dan Hak Milik Dari Pemilik Blog ini " DeeAnie Blogspot " tetapi ada jugak yang terselit link dari google. Terima Kasih Bagi Yang Sudi Menjadi Followers dan Meninggalkan Jejak serta Komen.

"
hiduplah seperti lilin, menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."