Memaparkan catatan dengan label puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puasa. Papar semua catatan

Selasa, 15 Julai 2014

SALAM RAMADHAN AL KARIM

RIDHUAN TEE ABDULLAH - Sinar Harian - SEBAGAI umat Islam, saya amat hairan, pemimpin kita Melayu. Pembuat keputusan kita semua Melayu. Tetapi, pasal apa Melayu terus Melayu, lemah dan bermasalah dalam pelbagai bidang. Melayu hanya menjadi jaguh dalam kegiatan negatif. Tunjukkan kepada saya kekuatan Melayu!

Pertama, bidang pekerjaan. Melayu tidak mahu lagi menceburkan diri dalam bidang pekerjaan yang agak lekeh seperti buruh kasar dan tukang cuci. Tak glamor. Lebih 3 juta buruh asing mengambil alih tugas Melayu.

Kedua, bidang hiburan. Setakat ini amat kurang program hiburan yang mendidik. Melayu berhibur daripada program realiti bintang kecil sehinggalah bintang tua.

Semua program realiti akan berakhir Ramadan ini kerana pada kefahaman kita, ia bulan ibadat. Bagaimana pula bulan lain, dan kefahaman Islam jenis apakah ini?

Ketiga, bidang politik. Kita asyik berpecah. Ultra kiasu semakin bersatu. Sedar atau tidak, kita hanya ada 50 peratus. Apabila berpecah tiga, tidak mungkin kita boleh memerintah.

Malangnya, perpecahan semakin melebar. PRU14 adalah penentu nasib bangsa dan agama kita. Tunggu dan lihat, jika pengajaran tidak diambil.

Keempat, kita jaguh dalam segala aktiviti kemaksiatan iaitu gejala sosial, seks bebas dan sumbang mahram. Bukan bermakna bukan Islam tidak melakukannya.

Mereka pun banyak terlibat, mereka pandai makan, pandai simpan. Namun, mereka tidak sampai dirogol berkali-kali oleh 21 lelaki sehingga menjadi rekod dunia.

Kelima, bidang ekonomi. Ekonomi negara ini 70 peratus dikuasai bukan Islam. Maka tidak mustahil kita memakan DNA babi dan makanan tidak halal saban hari. Lihatlah bihun buatan ultra kiasu yang tersebar di laman sosial, cap Masjid lagi. Betapa kotor dan jijiknya. Ini baru bihun, belum yang lain.

Keenam, kita jaguh dalam aktiviti dadah dan dedah. Ultra kiasu menjadi penjual dan pengedar dadah. Kita menjadi penagih. Siapa yang kaya dan siapa yang rosak? Begitu juga pendedahan aurat sangat meloyakan. Contoh, syarikat penerbangan awam dan syarikat swasta.

Tidakkah boleh kita syaratkan pakaian mereka paling kurang, jika tidak menutup aurat, pakaian bersopan? Orang yang duduk di atas itu, adalah Melayu. Kenapa Melayu tidak selamatkan Melayu?

Ketujuh, kebanyakan stesen TV tidak berbayar, ketuanya semua orang Melayu. Tidak adakah rancangan hiburan yang lebih bersopan dan terkawal lirik dan aksinya?

Rancangan hiburan tidak ditentang tetapi biarlah sesuai dengan jati diri agama dan bangsa. Karpet merah dibuat pada waktu maghrib, solekan bermula sejak pagi lagi. Bilakah masa artis ini bersolat Zohor, Asar dan Maghrib?

Kelapan, berleluasa kegiatan judi, arak, pusat hiburan dan pelacuran. Kenapa bandar raya kita hidup 24 jam? Tidak banyak aktiviti yang mendidik. Kenapa jadi begitu? Siapa yang memberikan lesen semua ini? 

Mudah sahaja menuding jari bangsa lain yang menyebabkan kita menjadi itu dan ini. Saya terus menjadi mangsa ultra kiasu dan musuh Islam yang lain. Tetapi siapa yang membenarkan mereka berleluasa? Betulkah semua itu salah mereka? Mereka hanya mengambil kesempatan.

Bak kata Dr Shukri Abdullah yang tersebar dalam laman sosial, siapakah yang menyebabkan Melayu mundur? Melayu alpa? Melayu merempit? Melayu ambil dadah? Melayu gila hiburan? Melayu asyik berkonsert.

Kita berkata, di mana Melayu boleh kawal, kenapa Melayu tidak kawal? Kenapa Melayu tidak kawal hiburan hingga melekakan remaja? Hingga kini, bukan saja remaja Melayu, mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan?

Masih ramai tidak bersolat dan tidak tahu bersolat. Apatah lagi untuk berjemaah di masjid. Siapa pemimpin tertinggi negara setakat ini di peringkat pusat dan negeri, termasuk ketua jabatan? Cina dan India?

Akhirnya, mari kita muhasabah diri. perbaiki bangsa kita, perbaiki amalan agama kita, perbaiki anak bangsa kita. Hanya Melayu Islam boleh menyelamatkan Melayu.

Kita Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita. Itu salah kita selama ini. Usah beralasan lagi. Mari kita sama-sama cari jalan keluar. Ayuh! Bersatulah! sama-sama fikir dan renung, sebelum terlambat.


Kiamat menurut Agama Islam di tandai dgn beberapa petanda.
          Kemunculan Imam Mahdi
          Kemunculan Dajjal
         
          Turunnya Nabi Isa (AS)
         
          Kemunculan Yakjuj dan Makjuj
         
          Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
         
          Pintu pengampunan akan ditutup
         
          Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
         
          Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
         
          Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
         
          Kemusnahan/runtuhnya Kabah
         
          Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
         
          Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan
         
          Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali
         
          Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
          "Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku  buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"
         
          Allah berfirman :
          "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"
         
          Itulah yg dimaksud dajjal yg bermata satu:ertinya hanya memikirkan duniawi daripada akhirat.
          Kerugian meninggalkn solat:
          Subuh: Cahaya wajah akan pudar.
          Zuhur: Berkat pendapatan akan hilang.
          Asar: Kesihatan mulai terganggu.
          Maghrib: Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
          Isyak: Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.
         
          Sebarkan dgn ikhlas. tiada paksaan dalam agama..Niatkan ibadah(sebarkan ilmu walau 1 ayat)
         
          Nasihat Kubur: 
          Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD..
         
          Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan SILATURAHIM..
         
          Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN..
         
          Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan amal SEDEKAH..
         
          Aku yg menyepitmu hingga hancur bila mana tidak solat bebaskan sempitan itu dengan SOLAT..
         
          Aku adalah tempat utk merendam dgn cairan yg amat menyakitkan mu, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
         
          Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"..
        
          ✅Kirimkan ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim

Selasa, 9 Julai 2013

RAMDHAN AL MUBARAK

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh.
Kedatangan Ramadhan sangat dinantikan.
Keberkatan bulannya ditemukan amatlah disyukuri.
Keampunan. Keberkatan. Dan ganjaran dicari.
Demi diri terdidik elok iman dan taqwa.

Salam Ramadhan Al Mubarak.
P/S :: salam maaf dr suami terasa sebak dan hiba. Moga keberkatan ramadhan dari mula hingga tamat terjaga.

Selasa, 24 April 2012

Ganti Puasa

Assalamualaikum.
Salam Mesra dan Salam Berkunjungan ^^

seperti tajuk tertera, ya, saya sedang gigih mengabeskan puasa ganti.
Almaklumla Ramadhan lepas saya sedang berpantang Danial Hariz Aisy aka Adik Aisy. Sebulan oke!!!
Jadinya sejak bulan Februari lepas saya sudah start ganti sikit2, itu pun bermula hr Isnin dan Khamis saja.
Tolak pulak kalu tiba2 ada aktiviti keesokkannya tu, termasuk la aktiviti kat skolah yg mana banyak gunakan tenaga. lagi pula adik aisy masih berBF time tu, sangat letih dan terlalu dahaga. cuma skang ni ok banyak sebab dia dah mix ngan ANMUM. Jadi dalam seminggu tu bole la express isnin, selasa, rabu dan khamis.. jumaat sabtu,, woooppss..xbole sbb tu time cuti tergugat sket..kikikiiii....

Setakat ni alhamdulillah walopon skit demi skit hampir 20 hari sudah saya gantikan posa ni.. 10 days lagi utk abeskan proses ganti mengganti ni.. moga2 dipermudahkan olehNya utk saya habiskan.


Alhamdulillah, setakat ganti posa ni mmg masak sendiri ja..semangat masak sendiri tu berkobar2 sampaikan asben mintak nak belikan makanan berbuka pon sy tolak...wah..wah..waaaaahhhhh.. perubahan yg positif nih..bole jimat sket,kan..betol, sbb before this mmg sj cari kesempatan ja suh asben beli ..kesnya sbb malas masak. sgt tak baik perasaan tu oke!!!!! cuma last khamis ja asben nak jugak belikan KFC, jadi xmasak la hari tu :))

Macam-macam menu yg simple-mimple ja yg telah dihidangkan... tak kesah la kan janji famili suka dan habes setiap kali berbuka.. mesti ada berkuah + ikan goreng /apa2 goreng + ikan pekasam.
ekceli ni la baru saya cuba2 makan pekasam pdahal org kedah ja pon..and orang cerok mana ja pon..tp xtau la kenapa saya xbole nak jamah ikan pekasam ni sebelom nih..sejak ganti posa ni itu la menu yg wajib ada and sedap dan penambah rasa kami. Asben lagi la suka sbb mmg peberet dia..siap menambah..ngalahkan org yg brposa !! :p

Alhamdulillah kekuatan dan kecergasan diberikan oleh Nya walau ada kelas tambahan walau ada gerko walau ada kelas malam. Walaupun ada yg cakap (sebelum stat posa ) sangat letih kalau posa sambil menyusukan ni..tapi Allah itu sentiasa menguji dan memberi hikmah kepada setiap hambaNya dengan pelbagai cara dan kaedah. Itu semua adalah untuk menguatkan lagi ketaqwaan kita kepadaNya tanpa rasa ragu dan sentiasa bersyukur kepadaNya.. semoga dengan entry ni dpt sy mengajak dan mengingatkan sahabat2 semua untk jgn lupa ganti ye sbb Ramdhan dah nak menjelma lagi.InsyaAllah.

Rabu, 17 Ogos 2011

::WORDLESS WEDNESDAY :: danial haziq punya angkara


oleh sbb tramat fobia ngan bunyi mercun, danial haziq tutup tinge ngan kapas.

eeeehhh alih2 bende ni yg trprangkap dlm tinge dia..

Isnin, 13 Disember 2010

Tahun Hijrah

* semuanya tertakluk pada perubahan.


Assalamualaikum. saya sedang menyiapkan asgmnt tapi cuba nk update blog. saya nk kongsi bersama menegenai tarikh-tarikh penting dalam bulan hijrah yang dipetik dari halaman keagamaan.. Google scanning.

Rabu, 8 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.




Sempena hari melihat anak bulan bg menentukan raya utk tahun 2010. Kami sekeluarga terlebih dahulu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin terutama makayah/mamaabah, buat semua kaum keluarga sahabat handai serta kaum muslimin dan muslimat sekalian. Kami menyusun 10 jari mohon maaf andai kata terlanjur kata tersalah bicara, terkasar perbuatan selama kami hidup di muka bumi ini..Insyaallah, Amin

Dalam Kerendahan Hati ; Ada Ketinggian Budi,
Dalam Kemiskinan Harta ; Ada Kekayaan Jiwa ,
Dalam Kelembutan Lidah ; Ada Keterlanjuran Kata ,
Dalam Gurau Senda ; Tentu ada Khilaf dan Senda ,

Maaf Zahir dan Batin
Ikhlas dari kami sekeluarga.

Sungai Petani with LOve.


Alhamdulillah, hr ni dan la berbuka posa ngan mama abah (MIL) plak.. Dah 3hr berbuka ngan mak ayah kat kg halaman tercinta. La ni turn umah my asben lak..biasa la kena fair n square. Kalo x, nangeh lak mr asben i ..hehehe (jgn marah no cik abg sayang..*_*)

BUkan kita ja tau yg tau rasa rindu syahdu kat mak ayah, suami pun kita sebenaqnya ht tersentuh jgk bab2 makayah ni time posa2 camni..tambah2 lg adik beradik xramai. ^_^

So hr ni mama masak gulai ayam&kentang, udang goreng best (udang besar beb, 1kg/rm40 tuuu..dahsyat), ikan keli goreng, sayur kobis goreng bersama bilis, dan kuih karipap gergasi (best tauuu..)

Yummy3.. Kami asben n wife ni sepanjang bulan posa mmg xmkn nasi lgsung time berbuka.naik diet la kun0on, asben pon rela diet meneman istri...tetapi...apakan daya dah blk kg ni xblh la meneruskan aktvt diet kami..selera mmg tip top..mmg wajib nk mkn nasi utk berbuka..

Tak kira rumah sebelah mak ayah atau sebelah mama abah..penangan masakan diorang ni, chef sehebat mn pon xbole lawan tauuuu.. Memang superb!!!!

I Love ur Aroma..hikhikhikhik..

p/s : Ramadhan ke-28 masih berpuasa penuh..Alhamdulillah..Apakah tandanya???? Hati dah mula berbunga rose dan tulip dah nih..

Ahad, 5 September 2010

Outdoor BreakFasting !!!

Salam Ramadhan.

Sepanjang bulan yg mulia ni, rasanya br 2 kali ja berbuka di luar...Perubahan yg sgt dinanti-nantikan..Sebab dah berazam pd mula berpuasa utk mengurangkan agenda outdoor breakfasting.
Alhamdulillah..kira ok la tu.
Sebab thn2 lepas asyik2 berbuka kat luar walhal nk kuar tu pnya la jauh..penat pjalanan tau. Dah tu pulus pun melambak la losap e'.

1st outdoor breakfasting is at Bistro Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
menu : Checken chop, Mocha Ais/chocolate Ais/, delicious pankek, tuna sandwich.




2nd our outdoor breakfasting is at Noodles Stations, Kuala Terengganu.
menu : noodles beef/chicken, sunrise juice (ada ke nama ni, blasah ja tp mmg superb la air dia), mango juice (rasa cam salah ja.nama wow la tp lg2 superb) and chicken dumpling + banana split.
sume habis. Alhamdulillah.







Alhamdulillah, rezeki di bulan Ramadhan akan dimurahkan oleh Allah s.w.t kepda hamba2nya, tetapi kita jgn terlalu membazir.

p/s : yg 1st tu xbersentuh pun sandwich dia, seb bek service baek punya, dia tanya nk dbungkuskan ke bang..bagai ngantuk disorong bantal le..so bedal ja la.hahah.ontheway blk ke rumah weols bedal plak sandwich tapau td..bbuurrllp..alhamdulillah.

p/s : Insyaallah .maybe 3rd bw mak ayah n adik2 and 4th ngan mama abah mertuaku.


Sabtu, 4 September 2010

Balik Kampung

Alhamdulillah..mlm td slamat sampai kampung halaman bertemu mak ayah tercinta dan abg adik yg tersayang. Kepulangan yg dinanti. 1st time blk untk berbuka puasa bersama tp xsempat berbuka cuma sempat bersahur bersama ja.

Syukur sepanjang perjalanan merempuh hujan yg lebat sepanjang permulaan perjalanan dan di tengah banjaran ttitiwangsa sehingga selamat sampai ke kampung.

Tapi pulang kali ni adalah sgt best, sbb bole tido spnjng perjalanan. tanpa perlu menemani hubby tersayang driving. Hakhakhak..Darling jgn marah tau..Sebab u kan dah ada peneman disebelah tu..huhuhuu..Kami bukan bertiga tetapi berempat pulang ke kedah sebab tolong tumpangkan sorg rakan kerja tmpt hubby sbb tiket bas dah habis..Kesian plk..kalo x, mmg xblk beraya le bdk tu. Kebetulan kampungnya sekampung dgn me..so tumpangkan la..

Sampai ja kat umah ..Nah kau.. bercahaya melimpah ruah dpn rumah mak ayah....oouuuuwwhh..suasana raya sudah menjelma..








Jumaat, 27 Ogos 2010

Ramadhan -17


Segala Amal Kebaikan diterima oleh-Nya.. InsyaAllah.
Salam Nuzul Al-Quran
Al-Quran Pegangan Hidup Setiap Insan.

Khamis, 12 Ogos 2010

Ramadhan Almubarak



ALHAMDULILLAH. Diri ini sempat lagi berada di bulan yang penuh dengan keberkatan ini, yang mana di awalnya RAHMAT , pertengahannya KEAMPUNAN dan di akhirnya di JAUHKAN DARI API NERAKA.

Semoga kedatangan Ramadhan ini disambut dengan kesihatan tubuh badan,
keringanan beramal kebaikan, kesungguhan memperbaiki kekurangan,
kemaafan melapangkan jalan kebahagiaan...

Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadhan AlMubarak - semoga segala amalan yg dikerjakan baik wajib @ sunat akan diterima di sisi NYA..semoga kita akan memanfaatkan bulan yg mulia ini ~ insyaallah ~

Ahad, 20 September 2009

~ Salam Aidilfitri ~

" Selamat hari Raya Aidilfitri "
maaf zahir dan batin



Maaf Zahir Dan Batin ikhlas dari hati untuk sume sanak saudara, kenalan n followers..


kiranya taun ni le sambut akhir ramadhan dengan pesaan yg berbelah bagi antara sedih dan suka..citernye begini , pd siang hr tu bw le adik2 g beli apa2 xde lg untuk beraya,sudah tu smpai kat k.n masih awal n sempat klau nk blk rumah mak ayah dulu,tp en suami nak bsh keta dulu..kat carwash tu punya le besusun kenderaan nk dibasuh n sudah semestinya la turn kami lmbt lg..jadinya tunggu punya tunggu sampai berbuka pon ditepi jln bersama anak,adik2 ku yg tersangat le kesian sbb en suami masih di carwash n me bekeja ke bazar nk beli air n kuih...alih2 sume kuih dah tutup payung n cuma ada seri muka je dalam rm2 n air cincau,oren,bandung...huhuhuu..sedih la..

neway tetap gembira kerana sempat merasa keadaan camtu..utk adik2..camtu le org miskin merasa sepanjang ramadhan dikala org lain enak menjamu selera ngan makanan penuh kat eja smpai xmuat nk atur atas meja..

Khamis, 3 September 2009

yummmyyy...

Lazat hingga menjilat jari hr ni..Kemarin n hr seblom2 ni everyday msk nasi,lauk2 n kuih,bnyk juadah tp xpnah nye habeh..bt sakit ati je..so,today terlampau la rajin,i masak chicken chop tok berbuka..yummyyy3...puding mangga instant jek tp enak..itu pon dah cukup n mengenyangkan..

alah xsusah chicken chop tu,just beli jenama ayam madu lam paket n dah sedia utk goreng je, kena pastikan ayam tu mmg khas utk chicken chop je tau,klu x, tak jadi le...tapi kuah buat seniri le.ikut le nk ltk pe2 pon lam kuah tu janji sedap n lazat,abeeh crita..

ptg rabu tu punya la murah rezeki,dah la i buatkan rendang daging. n goreng kangkung blacan..tup2 tokey asrama kat bwh umah ni sedekah plk ayam percik sekor,jiran sblah umah plk kirimkan tomyam..alhamdulillah,,penuh meja jepun kat dapur tu..

so,berbuka le kami suami istri ptg tu ngan segala juadah yg ada...dan tu la dinamakan REZEKI BLN RAMADHAN.

n ptg nih chicken chop adalah menu utama berbuka pd hari ke-13 ni...yummyy2..

Sabtu, 22 Ogos 2009

Ramadhan Al-Mubarak


Alhamdulillah..berjumpa lagi Ramadhan untuk kali ini..di kesempatan ni me ucapkan kpd sume slamat menjalani ibadah puasa n dpt mengerjakan segala amalan2 wajib serta amalan sunat diperbanyakkan.Semoga amalan kita diterima disisinya.Amin.







*GiVe aWay*

See You Again

...... Terima Kasih Di Atas Kunjungan Anda Semua ......
Segala Coretan dan Nukilan Adalah Hasil dan Hak Milik Dari Pemilik Blog ini " DeeAnie Blogspot " tetapi ada jugak yang terselit link dari google. Terima Kasih Bagi Yang Sudi Menjadi Followers dan Meninggalkan Jejak serta Komen.

"
hiduplah seperti lilin, menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."