Memaparkan catatan dengan label raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label raya. Papar semua catatan

Jumaat, 25 Julai 2014

SALAM LEBARAN

Di kesempatan ini, saya, suami dan anak anak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Semoga keberkatan Ramadhan berterusan dengan Limpahan Syawal.

Ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kekhilafan diri.

Sabtu, 10 Ogos 2013

SELAMAT HARI RAYA

Assalam.
Kami sekeluarga besar berhari raya di rumah mak dan ayah bersama-sama.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah diberi kesempatan untuk duduk berkumpul bersama
Meraikan hari kemenangan ini.
Menjadi adat kebiasaan bagi golongan berkeluarga untuk menyambut aidilfitri secara bergilir gilir adil dan saksama.
Namun ada jgk yang ambil mudah keputusan untuk berhari raya secara menetapkan terus giliran iaitu hari raya aidilfitri setiap kalinya dirumah makayah seniri hari raya aidiladha dirumah mertua.
Tak kisah la apa giliran yg dipersetujui asalkan berhari raya dikampung bersama ibu dan ayah yang pastinya itu adalah wajib.
Lemang dan gulai daging dari mak ayah.
Kuih muih biskut raya dari anak menantu siap dihidangkan.
Seawal pagi setelah siap urus diri kami semua ke masjid untk menunaikan solat sunat hari raya aidilfitri.
Selepas selesai ziarah pusara tok dan wan.
Selepas membacakan yasin disitu kami menuju pulak ke pusara tok dan wan sebelah ayah.
Posn selesai menghadiahkan surah yasin kami pulang ke rumah.
Acara ziarah menzirah sanak saudara jiran tetangga kami penuhi.
Balik ke rumah. Rehat2. Bersihkan diri dan solat zohor. Lepastu kami hanya menunggu tetamu datang ke rumah..
Raya kedua terus ke sungai petani rumah mertuaku.
Ok. Jom intai intai gambar raya untuk kali ini.
Tema biru pilihan kami sekeluarga.

Woooppssss...terlepas plak..

Selamat datang ahli baru dalam keluarga besar en.hamzah ye wahai kakak ipar baruku.
Nampak tak yg sedondon baju hitam tu..????
Kali pertama beraya sbg suami isteri, ceria nampak!!!,!!!

K Selamat Hari Raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.

AIDILFITRI SYAWAL PERTAMA

Assalam.
Sempena bulan yang penuh kemuliaan ini
Saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan
Andai terkasar bahasa
Terguris dek perbuatan
Tercalar oleh perlakuan
Dari saya
Maafkan kekhilafan yang sengaja atau
tidak sengaja itu
Semoga sinar kemesraan dan kegembiraan
Terjalin sesama kita.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Jumaat, 26 Oktober 2012

AIDIL ADHA PERTAMA

Assalamualaikum dan salam mesra.
Labbaikallah hum malabbaikkhh..labbaikala syarilakalakalabbaikkkk..

Kesempatan yang ada ini sy ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha kpd ibu bapa, mertua, abang adik, ipar duai, saudara mara serta semua sahabat yang mengenali sy.
Dengan harapan setiap pengorbanan yang kita lakukan biar lah seikhlas hati setulus jiwa semurni embun seindah kasih yang ada..agar memperoleh keredhaan Allah s.w.t

Selesai mandi dan solat subuh, Sepagi menyental kat dapur, then siapkan sarapan nnt blk dr masjid nak mengadap. Adik aisy masih badan berpanas panasan lagik. Batuk pon tak menunjuk nk reda lagi pagi tu. Dgn mlmnya muntah 2kali. Sian adik aisy lama plak dia demam dan batuk kali ni..tapi bila naik petang skit ni..alhamdulillah makin beransur baik demam cuma batuk2 skit2 lahi tu..dan skang dah tdo. Moga tso dgn nyenyak ye adik.. dah 5mlm tdo terganggu. Ini raya korban adik aisy yg pertama walopon scara formalnya dh yg kedua. Sbb nya masa raya haji yg prtama kali tu thm lepas dia kena warded sbb demam dan batuk teruk jgk..kesian..jd ni acalah 1st piç

Ok la sy lampir dan tempek tempek sekeping dua kolaj potret aidiladha kali ni..




Khamis, 25 Oktober 2012

SALAM AIDILADHA


Rabu, 29 Ogos 2012

Hari Raya 2012

Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Selamat Hari raya, semua.
Kenapa mcm pic lama jek,
haaaa..ini adalah mood efek utk pic raya kali ni..
sume saya taram ini mcm..kikikiii...

harap2 tak lambat la sy upload crita raya kali ni. mmg la dah bersepah sepah manusia tempek kat fb la, kat twitter la, instagram la, kat blog2 la..ekceli crita raya dah mengarang lama rasanya dah bersepai jd draft ja melambak. sbb xdan nk post si hero terebey (lastik org KE ELL cakap) dah mai nk cakup2 ngan ketik ketik papan keybod nih. tak pun dia mai swipe2 kan tab ibu..haisyyy adik aisy..

crita raya bermula apabila, kami memulakan perjalanan blk kg hr khamis lg 20min++ nk berbuka.. itu la kami, bukan tak rancang perjalanan tp terlebey rancang..mula tu nk kluar lps asar, alih2 dekat nk berbuka dah br bertolak. biasa la mcm2 hal kan..hmmmmh..bayangkan dari tganu ke kedah brmula Khamis pukul 7ptg sampai kedah Jumaat pagi 9.15pagi..wow .. jgn kata apa2, mmg terjadi...asben ngantuk la, letih la..dan mcm2 la..apa2 pon kami selamat sampai. alhamdulillah.

mcm pasangan2 lain jgk, kami pun amalkan rutin bergilir2 meraikan hari raya walaupun senegeri. setakat ni alhamdulillah masih mengikut rutin tersebut. memandangkan asben cuma ada 2 beradik, seboleh bolehnya mmg kena bergilir sbb xmo biarkan mama abah bersendirian meraikan aidilfitri. bagi belah saya yg ada 5adik beradik pun alhamdulillah abang sulong n familinya beraya bersama mak ayah dan adik2 saya..cuma keseronokan dan kesayuan berhari raya ngan mak sendiri itu masih terasa. biasa la naluri manja2 ngan mak tu masih ada ;p

walaupun adik aisy baru berumur 1 tahun, tapi tahun ni merupakan thn kedua adik aisy berhari raya, tapi thn pertama memakai baju melayu. jadi sgt teruja nk pakaikan baju melayu. namun terkilan skit sebab bajunya tidak sedondon, kesian kan..xpa la janji warna seakan akan. next time ibu akan pastikan itu. ada masalah teknikal sket..so sori yek adik.

raya di es pi (sungai petani) berjln lancar, lps semayang raya, kami siap mkn2 besalam2an n berfoto2 an then  trus ke penang utk ziarah sanak saudara di sana. selesai ja trus gerak blk es pi dan tiba dirumah jam dah tunjuk 6.30pm..so itu la crita raya 2012 kami. tema raya kali ni adalah KUNING GOLD. trima kasih mama sponser baju raya kami anak beranak sedondon belaka. smoga mama abah sentiasa diberikan limpahan rezeki yg halal dan dikurniakan kesihatan yg baik. amin.

k la, jom meneropong gambar2 raya yg mmg telah di edit2 mengikut citarasa saya sendiri ;-)
hasutan instagram la ni ;p











 
** SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN **

Sabtu, 18 Ogos 2012

SALAM LEBARAN ::ucapan

Assalamualaikum dan salam mesra.

Di kejauhan ini, saya
menyusun jari memohon ribuan kemaafan
andai terkasar bahasa
andai tersalah bicara
ada kekhilafan tak terduga
keterlanjuran bahasa di luar jangkaan
Harap
maaf diberikan.
dengan harapan menyucikan diri yg terasa
bersama sama memberi dan menerima
dibulan mulia penuh kemuliaan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan batin.

Selasa, 30 Ogos 2011

AIDILFITRI yg MULIA



salam you all.
ni ha kluarga besar sy berhar

Jumaat, 26 Ogos 2011

SALAM AIDILFITRI


sempena syawal yg bakal tiba
kami sekuarga
menyusun jari
memohon seribu kemaafan
andai ada keterlanjuran
kata dan perbuatan
maaf di pinta salam dihulur.
selamat hari raya aidilfitri.

Khamis, 25 Ogos 2011

SIAP KE BELOM

sana sini sume org sibuk pasal persiapan raya. kat kg ni pon spupu spapat dah busy klua pekan, bandar naik turun mall sana sini. shopping!!!

saya??!! eerrmm ... baju si abam danial tu blom beli apa lgpon.. hrtu sblm branak sibuk shoping baju newborn adik jek. x tringat plk bj raya si abam. tu la kan len kali beli siap2 tp sy ni kan kalo beli bj baru awal2 suka sgt memakaikannya utk abam nnt.

sbb tu lah xterbeli sblom branak ritu. jd sudahnya si abam xdak selai pon bj utk raya stakat ni. maka dgn rasminya thn ni bj raya abam 100€ pratus serah bulat2 kat abah dia la.slalunya sy pilih then husband bg pendapat pasal baju2 anak ni. heheh

tp ada 1 part yg sedih bila kawan2 abam kat kg or spupu spapat tanya kat abam danial ttg baju raya ni la jawapan dia.
" sy xde baju raya lagi. sy nak raya jgk. tp baju raya xde"

huhuuu sedihnya..abah ontheway blk kampung dah..yeay yeay baju raya danial pon is comingggg!!!

Rabu, 17 Ogos 2011

::WORDLESS WEDNESDAY :: danial haziq punya angkara


oleh sbb tramat fobia ngan bunyi mercun, danial haziq tutup tinge ngan kapas.

eeeehhh alih2 bende ni yg trprangkap dlm tinge dia..

Rabu, 15 September 2010

Cuti

Cuti raya kali ni sgt xbest..bukan xbest raya..tp pasal jum bil cutinya..sebab apa?? sebabnya adalah :
  1. cuti raya bersama cuti penggal kedua.
  2. cuti semasa puasa lebih lama dr cuti semasa raya (6hr sebelom raya).
  3. terasa bnyk lg rumah adikberadik yg xpegi.
  4. terpaksa blk ke tmpt keja paling awal, raya 4 dah gerak. (tgk la gmbr kat bawah ni hr terakhir beraya di kg.)
  5. bekerja pd hr selasa/rabu..pastu cuti lama.(nk blk ke kg plak, budjet dah hangus !!!huhuu)

Last taken by achik (adik sy) .. Lepas selesai bersiap2 n mengemas barang2 utk balik ke tmpt kerja..After raya break !!

Mak ayah pon xsempat beraya ngan anak menantu dengan sepuasnya. Hr last tu, tgk diorg pun cam sedey ja..
Bersama mak ayah, Love Both of You !!

Selasa, 14 September 2010

Aidilfitri 2010

Ni tema raya 2010 bg kami sekeluarga kecik ni..


Bergambar Kenangan Aidilfitri: Syawal 1431/ 10 Sept 2010.


Tahun ni giliran beraya di rumah suami plak..Sungai Petani. Walo pon dekat jarak K.Nerangngan S.Petani cuma 2jam tetap menjadi penghalang pertemuan di pagi raya. Biarpun kawan2 dok bercrita ''alah, hang dekat ja..SP - KN ..pejam mata pon sampai'' Eleh ckp bole la.. ''Hang Bole Ulang Alik..'' Bagi aku dekat ni lg susah nk agih2.. Tak mau bg kedua2 pihak terasa hati atau berasa hati..Seboleh dan sedaya mungkin cuba utk menjadi sama adil.. .Aku n asben tlh hadiahkan sepasang/dua baju baru dihari raya utk mereka.. Harapan aku spaya org tua kami suka akan pemberian yg sekecil itu berbanding pengorbanan yg telah mereka lakukan.

Rabu, 8 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.




Sempena hari melihat anak bulan bg menentukan raya utk tahun 2010. Kami sekeluarga terlebih dahulu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin terutama makayah/mamaabah, buat semua kaum keluarga sahabat handai serta kaum muslimin dan muslimat sekalian. Kami menyusun 10 jari mohon maaf andai kata terlanjur kata tersalah bicara, terkasar perbuatan selama kami hidup di muka bumi ini..Insyaallah, Amin

Dalam Kerendahan Hati ; Ada Ketinggian Budi,
Dalam Kemiskinan Harta ; Ada Kekayaan Jiwa ,
Dalam Kelembutan Lidah ; Ada Keterlanjuran Kata ,
Dalam Gurau Senda ; Tentu ada Khilaf dan Senda ,

Maaf Zahir dan Batin
Ikhlas dari kami sekeluarga.

Sungai Petani with LOve.


Alhamdulillah, hr ni dan la berbuka posa ngan mama abah (MIL) plak.. Dah 3hr berbuka ngan mak ayah kat kg halaman tercinta. La ni turn umah my asben lak..biasa la kena fair n square. Kalo x, nangeh lak mr asben i ..hehehe (jgn marah no cik abg sayang..*_*)

BUkan kita ja tau yg tau rasa rindu syahdu kat mak ayah, suami pun kita sebenaqnya ht tersentuh jgk bab2 makayah ni time posa2 camni..tambah2 lg adik beradik xramai. ^_^

So hr ni mama masak gulai ayam&kentang, udang goreng best (udang besar beb, 1kg/rm40 tuuu..dahsyat), ikan keli goreng, sayur kobis goreng bersama bilis, dan kuih karipap gergasi (best tauuu..)

Yummy3.. Kami asben n wife ni sepanjang bulan posa mmg xmkn nasi lgsung time berbuka.naik diet la kun0on, asben pon rela diet meneman istri...tetapi...apakan daya dah blk kg ni xblh la meneruskan aktvt diet kami..selera mmg tip top..mmg wajib nk mkn nasi utk berbuka..

Tak kira rumah sebelah mak ayah atau sebelah mama abah..penangan masakan diorang ni, chef sehebat mn pon xbole lawan tauuuu.. Memang superb!!!!

I Love ur Aroma..hikhikhikhik..

p/s : Ramadhan ke-28 masih berpuasa penuh..Alhamdulillah..Apakah tandanya???? Hati dah mula berbunga rose dan tulip dah nih..

Sabtu, 4 September 2010

Balik Kampung

Alhamdulillah..mlm td slamat sampai kampung halaman bertemu mak ayah tercinta dan abg adik yg tersayang. Kepulangan yg dinanti. 1st time blk untk berbuka puasa bersama tp xsempat berbuka cuma sempat bersahur bersama ja.

Syukur sepanjang perjalanan merempuh hujan yg lebat sepanjang permulaan perjalanan dan di tengah banjaran ttitiwangsa sehingga selamat sampai ke kampung.

Tapi pulang kali ni adalah sgt best, sbb bole tido spnjng perjalanan. tanpa perlu menemani hubby tersayang driving. Hakhakhak..Darling jgn marah tau..Sebab u kan dah ada peneman disebelah tu..huhuhuu..Kami bukan bertiga tetapi berempat pulang ke kedah sebab tolong tumpangkan sorg rakan kerja tmpt hubby sbb tiket bas dah habis..Kesian plk..kalo x, mmg xblk beraya le bdk tu. Kebetulan kampungnya sekampung dgn me..so tumpangkan la..

Sampai ja kat umah ..Nah kau.. bercahaya melimpah ruah dpn rumah mak ayah....oouuuuwwhh..suasana raya sudah menjelma..








Isnin, 28 September 2009

~ Merdeka Raya ~

Sempena masih di bulan syawal,sek ni pon xlepaskan pluang tok menyambut bulan kemuliaan ni,so pg tadi berlangsunglah sambutan tersebut..sempat lg snap beberapa pic tok koleksi peribadi..mcm2 aktvt yg dibuat antaranya.. p.mewarna, p.melukis, p.nyanyian lg raya, persembahan lagu patriotik n persembahan guru2..

untuk persembahan guru,pic tu di upload kemudian..


bersama staf2 skolah yg sporting.

as a class teacher ,yr 3..

pertandingan mewarna tahap 1.

hasil mewarna budak2 (guna crayon)

Rabu, 23 September 2009

~ Makan Angin Di hari Raya ~


Atas jambatan at Botanical Garden


Hadapan Taman Orkid
(dah tutup..so amik wall je..)

Atas feri,1st class(wakaka..)

uiii chak!!!!...3 sekuaga

entrance of penang hill

Bila ingat raya,mcm2 krenah org di hari raya...like me,tapi raya ke-3 tau...subjeknye nk antar assgmnt kat usm, tp xbuka lg, masih cuti raya ..so jejalan cari mkn n jamu mata..sangat teruja okey.

good day !!!! :)

Ahad, 20 September 2009

~ Salam Aidilfitri ~

" Selamat hari Raya Aidilfitri "
maaf zahir dan batin



Maaf Zahir Dan Batin ikhlas dari hati untuk sume sanak saudara, kenalan n followers..


kiranya taun ni le sambut akhir ramadhan dengan pesaan yg berbelah bagi antara sedih dan suka..citernye begini , pd siang hr tu bw le adik2 g beli apa2 xde lg untuk beraya,sudah tu smpai kat k.n masih awal n sempat klau nk blk rumah mak ayah dulu,tp en suami nak bsh keta dulu..kat carwash tu punya le besusun kenderaan nk dibasuh n sudah semestinya la turn kami lmbt lg..jadinya tunggu punya tunggu sampai berbuka pon ditepi jln bersama anak,adik2 ku yg tersangat le kesian sbb en suami masih di carwash n me bekeja ke bazar nk beli air n kuih...alih2 sume kuih dah tutup payung n cuma ada seri muka je dalam rm2 n air cincau,oren,bandung...huhuhuu..sedih la..

neway tetap gembira kerana sempat merasa keadaan camtu..utk adik2..camtu le org miskin merasa sepanjang ramadhan dikala org lain enak menjamu selera ngan makanan penuh kat eja smpai xmuat nk atur atas meja..

*GiVe aWay*

See You Again

...... Terima Kasih Di Atas Kunjungan Anda Semua ......
Segala Coretan dan Nukilan Adalah Hasil dan Hak Milik Dari Pemilik Blog ini " DeeAnie Blogspot " tetapi ada jugak yang terselit link dari google. Terima Kasih Bagi Yang Sudi Menjadi Followers dan Meninggalkan Jejak serta Komen.

"
hiduplah seperti lilin, menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."