Memaparkan catatan dengan label 2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2013. Papar semua catatan

Selasa, 24 Disember 2013

CAMERON HIGHLANDS

Salam sayang.

Destinasi pertama school holiday kali ni ialah CH.

1st and 2nd week dah standby di sekolah dan dah hadiri kursus. Maka school break kami bermula pd 3rd week.

Rancang tak semena mena. Tiba tiba sampai CH. Ambil jalan Machang-Gua Musang. Ni destinasi alternatif sbb dah ada planning lain cuma belum tentu jadi ke tidak. So utk tidak "tak kemana pon tahun ni" dlm ayat2 perbualan nnt langkah selamat abah putus nak singgah CH ontheway blk kedah nanti.

Check in di Hotel Jasmine. Hotel ni la sy kenal sejak 1st time jejak kaki di tanah tinggi sejuk nyaman ni. Sehari semalam saja. Rm110. Pengunjung tak terlalu sesak spt selalu kami datang bila mysim cuti sekolah. Enjoy. Dan ni kali kedua sy menginap disini. Dah renovate. Dah moden look. Selesa. Dan recomended lah.

Kami hanya drop by ja kat kea farm. Dan lavender farm. Amik pic then trus gerak.

Hasrat semasa ontheway nk singgah zoo taiping tp kesuntukan masa lalu cansel la dulu.

Teruskan perjalanan kami menuju kampung halaman tetcinta.

Selasa, 10 Disember 2013

KAMI SEFEMILI :: cuti.kampung.pahang.kedah.konvo.kualaLumpur

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Baru lepas sarapan.

Skarang dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.

Bandaraya batu.

Danial cakap kalau Lumpur ni tmptnya mesti penuh dgn kotor.

Adoi la anak. Kadang2 hampa ni kan suka relate benda2 yg bukan2.

Tapi bila difikirkan betoi jgk.

Xpa la anak2.. etlis, ampa tau berfikir jgk, kan.

Tujuan utama ke key ell ni utk hadiri majlis konvo asben terchenta!!

Tahniah abang.

Dah selamat semua. Moga2 apa yang diusahakan akan berhasil seperti apa yg dirancang.

Tahniah.

We proud of you.  XOXO.

Sebelum publish jom layan serba sikit pic kami anak beranak. Dari bulan November hinga Disimber kami sefamili..

Sabtu, 10 Ogos 2013

SELAMAT HARI RAYA

Assalam.
Kami sekeluarga besar berhari raya di rumah mak dan ayah bersama-sama.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah diberi kesempatan untuk duduk berkumpul bersama
Meraikan hari kemenangan ini.
Menjadi adat kebiasaan bagi golongan berkeluarga untuk menyambut aidilfitri secara bergilir gilir adil dan saksama.
Namun ada jgk yang ambil mudah keputusan untuk berhari raya secara menetapkan terus giliran iaitu hari raya aidilfitri setiap kalinya dirumah makayah seniri hari raya aidiladha dirumah mertua.
Tak kisah la apa giliran yg dipersetujui asalkan berhari raya dikampung bersama ibu dan ayah yang pastinya itu adalah wajib.
Lemang dan gulai daging dari mak ayah.
Kuih muih biskut raya dari anak menantu siap dihidangkan.
Seawal pagi setelah siap urus diri kami semua ke masjid untk menunaikan solat sunat hari raya aidilfitri.
Selepas selesai ziarah pusara tok dan wan.
Selepas membacakan yasin disitu kami menuju pulak ke pusara tok dan wan sebelah ayah.
Posn selesai menghadiahkan surah yasin kami pulang ke rumah.
Acara ziarah menzirah sanak saudara jiran tetangga kami penuhi.
Balik ke rumah. Rehat2. Bersihkan diri dan solat zohor. Lepastu kami hanya menunggu tetamu datang ke rumah..
Raya kedua terus ke sungai petani rumah mertuaku.
Ok. Jom intai intai gambar raya untuk kali ini.
Tema biru pilihan kami sekeluarga.

Woooppssss...terlepas plak..

Selamat datang ahli baru dalam keluarga besar en.hamzah ye wahai kakak ipar baruku.
Nampak tak yg sedondon baju hitam tu..????
Kali pertama beraya sbg suami isteri, ceria nampak!!!,!!!

K Selamat Hari Raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Isnin, 22 April 2013

Bola Baling Turn

Salam all.

Sebelum ni johan bola jaring.

Kali ni johan bola baling plak.

Alhamdulillah.

Ekceli most of them budak yang sama ja.

Stamina utk bola jaring dibawa bersama semasa perlawanan bola baling.

Rata-rata sekolah bilangan murid sikit mcm zon setiu timur ni keterlibatan murid yang sama utk berlainan aktiviti adalah normal.

Begitu juga guru-gurunya. Kebanyakan dan rata-ratanya cikgu cikgi yang lebihnkurang sama ja yg ngantar,ngajar,trainer dan sebagainya.

Lastly, congratulations all of u. U deserve to win sebab hari hari training. Kadangkala Training sendiri kadangkala dengan coach.

Tahniah. Jangan lupa pelajaran skali. Sebabnya ramai 99% antara kalian adalah dari tahun 6. So hari2 training bola dulu kena ubah hari2 buat latihan utk hadapi UPSR 2013.

Isnin, 25 Februari 2013

SAKIT -- Itu Aku.

Ibu sakit !!!
Bukan demam.
Tak batuk.
Selsema pon tidak.
Cuma gigi.
Bukan sakit gigi goyang.
Gigi nak patah pon tidak.
Nak tumbuh gigi jauh sekali oke.
'
'
'
'
'
Gigi berlubang tepat.
Lubang sikit ja.
Nak buleh sakit bukan susah.
Punca sebab utama mudah.
Simple- gosok gigi kelam kabut.
Senang - makan daging banyak urat.
Lubang kecik lubang sempit lubang halus - semua-boleh-tembus.

Nah- itu semua puncanya!!

Berus gigi badjet laluan highway
Rupanya laluan masuk kampung-sempit-satu hala-beronak berduri.
Salah laluan- sesat- akibatnya gigi sakit.
'
'
'
Gigi yang sakit.
Semua benda tak menjadi.
Tambahan banyak pula menuntut janji.
Rasakan- tangguh hingga saat akhir.
Diri yang sakit.
Bukan takat gigi yang punah
Badan-Otak-Minda-Jiwa-Raga- Mata.

Sungguh.
Semua kerja tak menjadi.

#akudanjiwa

Khamis, 17 Januari 2013

Sekolah Mula.

Allahuakbar... Allah maha besar.
Kesempatan yg ada saya cuba setelkan apa yg terdaya. Skolah dah mula dan menginjak ke minggu ketiga. Dengan rutin harian dan rutin tambahan. Sebagai pemegang guru kelas yg dah nk masuk kali ke-10 tahun ni masih terasa bagai baru ja nak mula.

Dengan segala bayaran -- buku-pensel-lencana- hingga ke baju sukan guru Kelas kena setelkan sebelum masuk bulan 2. INGAT ni adalah tugasan wajib utk semua guru kelas. Sebagai panduan lagi segala maklumat murid dan penjaga wajib kena update di -apdm- harap maklum. Semoga lancar kerja2 dan tugas anda semua dan termasuk saya.Walaupun murid sikit atau ramai isi tetap isi.

Tadi adalah urusan murid. Yang ni pula urusan kelas. Sebelum masa berginjak ke bulan 2 jgk tuan guru besar tlh edarkan checklist utk para guru kelas bg menyediakan segala list trsebut dan siap sedia di tampal atau ditambah atau dibaiki dalam kelas anda -kelasku rumahku- . Bila difikirkan terasa spt baru pindah masuk rumah baru gayanya. GB ckp biar la suasana kondusif utk anak2 didik kita terpelihara. Ok done!!!
Dalam peringatan cikgu...terima kasih. In sha Allah sy cuba usahakan utk siap sbelum sy masuk USM.

Anak2..
Ya. Anak sulong saya thn ni dah masuk darjah 2. Sronok sgt pada mulanya;;kata si abg ni dia xsabar nak belajar kelas thn 2. Alasannya sy suka duduk kelas bawah tak payah naik turun tangga 3tingkat tu. Tp harapan musnah sbb kelas thn 2 itu akan menjadi tetap dan berpencen sehingga Adam kanak2 OKU tamat darjah 6. Atas masalah kesihatan tidak boleh berjalan dan hanya menggunakan kerusi roda. Jadi danial nak merasa duduk kelas aras bawah kena lupakan terus. Ahamdulillah juga segala kelengkapan anak utk sekolah saya lebih selesa membeli di kedah. Banyak pilihan dan banyak yang offer2 berbanding di terengganu. -- hipotesis awal dan akhir barangkali.

Utk  anak kedua saya belum selesai dgn alatan2 dan kelengkapan serta keperluannya --susu-pampers-mandian-baju basahan-- belum lengkap lagi memandangkan thn ni dia pun dah berubah saiz fizikal. Utk itu ibu kena klua dan berbelanja lagik. Ok adik.!! Perkembangan stakat ni bkn sahaja bertambah saiz tp bertambah akal dan penguasaan kata. Air. cak. (cicak). Aisy. Abang. Abah. Bu. Hurhh.. (ya). Tummy. Nanan. (tangan). Aki. (kaki). Aaamm(ayam). yinge.(telinga). jee (kerje)..yiii (lori) Mak. Waaan

Ok itu permulaan tahun dan sekolah saya-anak-anak serta merangkap permulaan tahun baru kami.
Elok2 setel semua..ibu plak kena tinggalkan mereka utk kelas intensif pjj USM -berkampung di situ selama 3 mnggu-- tahun akhir-- thun banyak cabaran.

Aja aja FIGHTING!!!!!!

*GiVe aWay*

See You Again

...... Terima Kasih Di Atas Kunjungan Anda Semua ......
Segala Coretan dan Nukilan Adalah Hasil dan Hak Milik Dari Pemilik Blog ini " DeeAnie Blogspot " tetapi ada jugak yang terselit link dari google. Terima Kasih Bagi Yang Sudi Menjadi Followers dan Meninggalkan Jejak serta Komen.

"
hiduplah seperti lilin, menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."