Memaparkan catatan dengan label puisi goyah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puisi goyah. Papar semua catatan

Isnin, 8 April 2013

SAHABAT-berteman.

Assalam to all.

Berkawan biar beribu.

Jangan ada double standard antara statusnya.

Kawan memilih nanti pedih hati tak siapa yang tau.

Timbul rasa satu syukur pada yang esa.

Biar sahabat hingga doa termakbul. Itu teras itu jitu.

Timbul rasa bercampur aduk itu yang parah.

Tak mau la doa jatuh kau aku.

Apa pon yang penting jangan caras.

Umpama gunting dalam lipatan pon tak hendak itu.

Jangan tunjuk aku yang serba tau.

Tak salah sama sama menjaga.

Tak salah juga sama sama merasa.

Kadang kadang sahabat itu setuju.

Cuma kadang kadang sahabat itu bernafsu.
.
.
.
Pause**
.

Kau sayang aku. Aku sayang kau.

Aku jaga kau. Kau jaga aku.

Kau suka. Aku pon gembira.

Aku derita kau juga tolong lap air mata.

Kau bahagia aku pon tumpang sama.

Sahabat biar ikhlas. Sahabat biar tak berupa. Sahabat tanpa batas. Sahabat tanpa syak.

Indahnya hidup berkasih sayang. Sayang kau sayang sahabat.

Love,
Anie Hamzah.

Selasa, 19 Mac 2013

LUKISAN ALAM

Hijau - segar.
Biru - tenang.
Kuning - campuran segala itu.

Insan terpesona akan itu
Lari jika perlu ditagih
Berjalan andai kudrat dah luput
Usah berganda omongan simpati
Ya.  itu pasti.
Kadang suka di rayu
Sesaat mencaci rabak hati
Di perlaku.

Kata biru
Tenang dalam dan luar
Kata hijau
Segar tak usah di khabar

Atas kanvas larut dan cakar
Bahan dicacah
Terpasak di bumi
Masyaallah itu pasti diucap
Gembira dan takjub akan isi alam
Kekuasaan usah di sangkal
Kemuliaan jangan dicabar.

Lukisan pencipta terbaik sempurna tanpa diragu
Karya dicipta sang kerdil pasti
Goyah tak berlagu.
Akui itu
Yakin itu
Pasti itu

Seteru sekuat mana warna digaru
Tidak menang oleh tangan yang layu lesu

Jika tidak
Menadah tangan puja yang satu
Tanda maha esa itu satu.
Tiada dua tiada tiga
Tiada anak tiada saudara
Yang pasti berkuasa itu mampu.

Ahad, 17 Mac 2013

KADANG ITU

Ya. Atas nama kita sebagai manusia.
Terasa diri sempurna demi Allah jauhkan la sifat itu.
Sesungguhnya kekurangn diri terkadang membawa jauh diri terbuang.
Rajuk hati yang tak pernah ditagih ubat
Apatah lagi dirawat dibelai dimanja mungkin
Menyimpang jauh dalam sanubari..
Terkhilaf insan menumpang
Tersalah manusia pincang halusi
Sebesar hama tak pernah di canang
Agar ada perawat barangkali
Biar dirawat sendiri..

Akal tak pernah dewasakan diri yang kerdil
Jiwa raga meronta diperbetuli tak pernah serik
Apa pun tugasmu
Walau siapa pun diri kalian
Bimbingan membina bukan herdikan berapi
Yang dipinta

Cukup----

Biar penuh kasih sayang tanpa bandingan
Tak ada prejudis bermuka dua
Tatkala itu
Terkesan dijiwa.

Kesan - sayang bertaut. Kasih berirama. Sanjung dipalut jiwa dan raga.

Hanya secebis tanya berkata.
Beza rupa jauhkan segala
Apatah lagi selisih darjatnya.
Berlian dan kaca kadang kadang sama.
Sang suria pancar berkilau jua.
Cuma hati yang ikhlas nilai tiada.

Isnin, 25 Februari 2013

SAKIT -- Itu Aku.

Ibu sakit !!!
Bukan demam.
Tak batuk.
Selsema pon tidak.
Cuma gigi.
Bukan sakit gigi goyang.
Gigi nak patah pon tidak.
Nak tumbuh gigi jauh sekali oke.
'
'
'
'
'
Gigi berlubang tepat.
Lubang sikit ja.
Nak buleh sakit bukan susah.
Punca sebab utama mudah.
Simple- gosok gigi kelam kabut.
Senang - makan daging banyak urat.
Lubang kecik lubang sempit lubang halus - semua-boleh-tembus.

Nah- itu semua puncanya!!

Berus gigi badjet laluan highway
Rupanya laluan masuk kampung-sempit-satu hala-beronak berduri.
Salah laluan- sesat- akibatnya gigi sakit.
'
'
'
Gigi yang sakit.
Semua benda tak menjadi.
Tambahan banyak pula menuntut janji.
Rasakan- tangguh hingga saat akhir.
Diri yang sakit.
Bukan takat gigi yang punah
Badan-Otak-Minda-Jiwa-Raga- Mata.

Sungguh.
Semua kerja tak menjadi.

#akudanjiwa

*GiVe aWay*

See You Again

...... Terima Kasih Di Atas Kunjungan Anda Semua ......
Segala Coretan dan Nukilan Adalah Hasil dan Hak Milik Dari Pemilik Blog ini " DeeAnie Blogspot " tetapi ada jugak yang terselit link dari google. Terima Kasih Bagi Yang Sudi Menjadi Followers dan Meninggalkan Jejak serta Komen.

"
hiduplah seperti lilin, menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."