Khamis, 4 Jun 2009

Sekadar Renungan~~

~ JIKA…KALAU.. ~

KALAU SUAMI
Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia.

Kalau suami meninggi suara..
Itu tandanya dia dah ada mak wa.

Kalau suami selera tak ada..
Itu tandanya dia nak pasang dua.

Kalau suami lambat balik aja.
Itu tandanya dia dah syok kat org kedua.

Kalau suami tidur di ruang tamu..
Itu tandanya dia dah jemu.

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu..
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu.

Kalau suami garang macam singa..
Itu tandanya hati dia dah tak cinta.

Kalau suami asyik komplen aje..
Itu tandanya dia dah tak suka.

Kalau suami mula sepak terajang ke muka..
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA.

Kalau suami mula delete sms berjela..
Itu tandanya dia dah pasang dua.

Kalau suami mula sumpah seranah ..
Itu tandanya dia dah benci tahap amah.

Kalau suami mula guna barua,b*bi,p*ki,celaka..
Itu tandanya dirimu wahai isteri tidak dianggap anugerah tuhan yang esa.

Sedarlah wahai isteri,kau bukan insan yg dicinta,disayangi dan dihormati si suami.

..............
JIKA SUAMI

Jika suami sayangkan isteri..
Dapat gaji semua diberi.
Jika suami sayangkan isteri..
Kerja rumah rela dikongsi.
Jika suami sayangkan isteri..
Kereta diberi suami naik LRT.
Jika suami sayangkan isteri..
Duit poket diberi setiap hari.
Jika suami sayangkan isteri..
SMS dikirim tanda rindu di hati.
Jika suami sayangkan isteri..
Kongsi masalah nasihat dikasi.
Jika suami sayangkan isteri..
Diberi ciuman setiap pagi.
Jika suami sayangkan isteri..
I love U, I miss U katanya setiap hari.
Jika suami sayangkan isteri..I
steri gemuk, dikatakan seksi.
Jika suami sayangkan isteri..
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari.
Jika suami sayangkan isteri..
Ke mana sahaja dibawa pergi.
Jika suami sayangkan isteri..
Sentiasa jujur perihal diri.
Jika suami sayangkan isteri..
Status berkahwin bangga sekali.
Jika suami sayangkan isteri..
Cintanya suci hingga ke mati.

PESANAN KEPADA ISTERI2:
Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori ini?
JIKA SUAMI... lebih banyak dari KALAU SUAMI... maka bersyukurlah kerana rumahtangga anda umpama SYURGA.

TETAPI.... KALAU SUAMI... lebih banyak dari JIKA SUAMI... maka berhati-hatilah. Wahai kaum isteri jangan sampai rumahtanggamu umpama NERAKA.

PERINGATAN KEPADA SUAMI2 :
Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia NERAKA ?????
JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI .. KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI..

DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIAYA DITERIMA ALLAH YANG ESA TANPA HIJAB...

*GiVe aWay*

See You Again

...... Terima Kasih Di Atas Kunjungan Anda Semua ......
Segala Coretan dan Nukilan Adalah Hasil dan Hak Milik Dari Pemilik Blog ini " DeeAnie Blogspot " tetapi ada jugak yang terselit link dari google. Terima Kasih Bagi Yang Sudi Menjadi Followers dan Meninggalkan Jejak serta Komen.

"
hiduplah seperti lilin, menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."