Khamis, 9 Disember 2010

Desasiswa Saujana



Salam pada semua..
Lamanya xbole nk update. Hati tringin tp masa xdak. Nak crita macam2. Tapi biaq la stori mori sikit2 dulu. Jgn kalut. Nanti kalut. Biaq lambat asal selamat. Di kala ni saya berada di desasiswa saujana USM. Tingkat 4 aras 3. Bilik kapel dua ja. Ya la ngn roomate. Org tganu. aik..sini pon ngan org tganu gak ke. xpa biaq serasi. jgn basi ja. Best la ngan akak ni. Mmg minat study..Jadi saya pon jadi rajin la study. Kalo la 12 tahun dulu saya rajin menelaah pelajaran mcm hari ni. Garenti skang dah dpt PHD. Jgn jeles. Tapi realiti. Betul. Sepanjang ada PB (PB tu peperiksaan berterusan, ala mcm exam pertengahan thn mcm budak sklh la) otak mcm nk tercabu ja. Tau tak pasaipa. Ngadap buku sampai xhengat. Ya la. Semangat roomate dah menular dalam diri saya. heeemmm pejam celik pejam celik dah tahun kedua saya belajar PJJ di USM. Seingat saya, modul dan nota yang dibekalkan dulu tu berbaloi la jgk walopon last2 ni baru belek. Rasanya mcm ni la pasaan Amalina yg bdak bjaya dpt 20 A dlm SPM thn bila ntah. Sbb dia bole skor n jawab dlm paper tu. Tapi saya xla sampai target A sume. Sebab prof dah bgtau kouta A dah ada org lain booking..Hampeh jgk kan kalo sistem mcm ni. Ye la kita penat2 study n blajar blaja jawab exam gila2 tp sebab sikit2 ja markah sipi2 ja markah so dah xble sbb reason dia A dah cukup koata. Tapi pasaan ni nk jgk merasa anugerah dekan..WOW..Biarla harapan menggunung pon.. target melangit pon. kan kan kan.

Aik ni intro ke hapa ni????

Senarnya nk crita pasai naik bukit saujana sambil heret beg besar beroda, kelek buku, galas beg buku, kelek baldi. heret beg laptop, sangkut slipar kat tengkok..ngangkut tin biskut, maklum la nk dok kat saujana tu 3 minggu, lama tu..Penatnya ya amat la. Panjat Bukit yg ala2 mendaki Gunung Kinabalu tu, sapa xpenat. Dah le xbole bawa masuk keta sbb dah parkir dah full. Azab betul hr mula2 tu. Dah le panjat bukit, pastu menapak plak ke tmpt parkir keta kat nun jauhnya siap mendaki tangga lagi. Penat . Lenguh. Sakit.

Sampaikan saya terseliuh lutut. Urut lutut bersimpul. Urat tegang mcm nk putus. Betis bengkak bagai labu sayong. Kaki bengkak mcm mak buyong dah sarat. Solat dah guna krusi. Jalan dah berpimpin. Duduk bertongkat tgn dah. Ya Allah saya redha jika ni sume adalah bergantikan dengan itu. Sykur. Kau maha mengetahui.

Sume tu saya tempuhi dengan redha.

Berilah saya kekuatan mental dan fizikal.

0 YOUR COMMENT... 8-):

*GiVe aWay*

See You Again

...... Terima Kasih Di Atas Kunjungan Anda Semua ......
Segala Coretan dan Nukilan Adalah Hasil dan Hak Milik Dari Pemilik Blog ini " DeeAnie Blogspot " tetapi ada jugak yang terselit link dari google. Terima Kasih Bagi Yang Sudi Menjadi Followers dan Meninggalkan Jejak serta Komen.

"
hiduplah seperti lilin, menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."