Jumaat, 10 Jun 2011

Cara Penyusuan

Oleh kerana sudah lama, saya sgt perlu dan sgt2 mahukan info ini.

Memandangkan masa Danial Haziq dulu cuma sempat 3 bulan lebih ja menyusu, (kesian, kan anak saya..ni sebab2 n masalah2 tertentu yg terpaksa sy hadapi..uhuk..uhuk) jadi sy rasa terlalu lama tidak menyusukan baby.

Rasa mcm dah lupa n kaku lak nanti. Haruslah saya betul2 belajar n dapatkan bnyk info tentang BF ni..

Saya pon nak jugak menyusukan anak kedua ini selama 2thn jugak.. walopon berselang seli ngan susu formula pon xpa, janji saya akan mnyusukan anak saya hingga umo camtu..Ini azam n semangat baru saya.

tengah dok godek2 kat pak google, maka terjumpa ini.......

Persediaan untuk penyusuan

Sebenarnya agak sukar untuk menyediakan puting payudara anda untuk memulakan penyusuan, tetapi anda boleh dan perlu bersedia dari segi minda. Ia membantu anda mempelajari sebanyak mungkin mengenai penyusuan sebelum bayi anda lahir. Para bapa juga perlu belajar sebanyak mungkin, supaya mereka dapat menyokong dan menggalakkan isteri mereka yang menyusukan bayi.

Bagaimana untuk menyusu

Oleh sebab penyusuan boleh mengambil masa dari tujuh minit hingga ke 40 minit, pilihlah tempat yang selesa untuk anda. Keadaan persekitaran adalah sangat penting, terutamanya pada peringkat awal anda mula menyusukan bayi, sebab anda perlu membiasakan diri. Jika anda mudah diganggu oleh bunyi bising, cari tempat yang senyap. Jika anda mudah bosan, anda mungkin mahu menyusukan bayi di hadapan televisyen, tetapi hanya jika penyusuan sudah menjadi perkara yang selesa untuk anda dan bayi anda. Cubalah beberapa tempat yang mungkin dahulu sehingga anda menjumpai tempat yang sesuai untuk anda.

Pegang bayi anda dalam posisi yang tidak membuatkan lengan dan belakang anda sakit. Letakkan seberapa banyak kusyen di sekeliling anda untuk sokongan. Ramai wanita mendapati posisi melengkok seperti buaian adalah paling selesa untuk mereka walaupun kegemaran ibu mungkin berkainan. Pilihlah tempat yang selesa untuk anda dan bayi anda sebelum mula menyusu. Perhatikan bagaimanakah rasa pada buah dada anda semasa bayi anda melekap padanya. Bayi sepatutnya menghisap satu mulut penuh tisu buah dada anda. Jika pelekapan menyakitkan, lepaskan lekapan – dengan memasukkan jari kecil anda di antara gusi bayi anda dan puting anda – dan cuba sekali lagi. Apabila bayi anda dapat melekap dengan baik, dia akan dapat menjalankan apa yang perlu seterusnya.

*** Saya sgt suka, n tq to this link.. http://www.babycenter.com.my/malay/baby/menyusu-kali-pertama/

2 YOUR COMMENT... 8-):

m@y berkata...

Anak 1st mmg kita kurang ilmu psl BF. Kalo xtau jgn segan nk bertanya. Jgn risau..susu ibu sentiasa cukup utk baby, Allah dh tentukan rezki dia.Kalo bleh lepas setahun br campur FM,itupun kalo dh kritikal sgt.Buat stok banyak2 masa pantang. Kalo nak pinjam breastpump roger2 la..adik dh ada 3 pam,coming soon lagi 1 tgh order muahahaha!! *mati la samser lepuk*

d'anie berkata...

adik : mmg btoi,, xdak ilmu lgsung time tu.. budak gila..tau2 nk bg FM ja.. skang ni dah umo anjak2 ni.. br tau penting !!!

mmg tau pntg tp maklom la ibu muda.. time tu !! ;p malu + segan, hampeh..
mmg akan bertanya pon..

wah, 3 dh pam?? errrmm xpa samser mampu !!!!!!! xsalah.
anyway thanks.

*GiVe aWay*

See You Again

...... Terima Kasih Di Atas Kunjungan Anda Semua ......
Segala Coretan dan Nukilan Adalah Hasil dan Hak Milik Dari Pemilik Blog ini " DeeAnie Blogspot " tetapi ada jugak yang terselit link dari google. Terima Kasih Bagi Yang Sudi Menjadi Followers dan Meninggalkan Jejak serta Komen.

"
hiduplah seperti lilin, menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."