Ahad, 28 Ogos 2011

28hb = SEBULAN adik Aisy

pejam celik pejam celik
ulang alik ulang alik ke klinik
sedar xsedar
hari ni adik aisy dah genap sebulan umo nya.

tp history jaundis adik blom abeh2 lagi.
risau ibu di buatnya. tp alhamdulillah ada penurunan sikit demi sikit.
cuma ibu perlu kuat tabah dan sabar menempuhi itu.

bila dah umo sbulan ..apa lagi kan..adik kena cucuk la kan.
adik aisy ni dah lali sgt dh ngan cucuk mencucuk ni..kesian sgt.
tp rini trpaksa la dua kali kena cucuk.
1 cucuk amik darah test kuning 1 lg cucuk utk umo sbln..

sbb dah bnyk kali sgt kena cucuk,adik ni fobia gamaknya.
sbbnya bila kena ja benda tajam tu menangis meraung sekuat-kuatnya.
sekuat-kuat tenaga budak 4kg..sobsobsob..sedih ibu abah nengoknya.

sape xsedih..sape xkesian. dah hari2..pastu selang 2hari..pastu selang 5 hari kena amik darah kat tumit kaki kecik adik utk test jaundis. hingga la umo sbln pon masih kena bt camtu..

adik,
ibu berdoa siang mlm nk bg jaundis adik cepat2 hilang.mcm2 petua n ubat dah cuba dik.
smoga lg 5hari nk p cek ni adalah kali terakhir adik kena amik darah kat tumit kecik adik ye.
ya allah kau permudahkan sgala urusan ini.amin.

apa pon slamat hari sebulan bt adik danial hariz aisy.

0 YOUR COMMENT... 8-):

*GiVe aWay*

See You Again

...... Terima Kasih Di Atas Kunjungan Anda Semua ......
Segala Coretan dan Nukilan Adalah Hasil dan Hak Milik Dari Pemilik Blog ini " DeeAnie Blogspot " tetapi ada jugak yang terselit link dari google. Terima Kasih Bagi Yang Sudi Menjadi Followers dan Meninggalkan Jejak serta Komen.

"
hiduplah seperti lilin, menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."