Jumaat, 16 September 2011

AQiQaH dan BERENDOI


assalamualaikum..

sempena cuti "hari malaysia" kami adakan majlis aqiqah €dan berendoi utk adik aisy..

harini pagi2 lagi mak sy sgt kecoh2 dan sebok2.
ke hulu ke hilir , bawa pisau bawa parang, kelek nyoq kelek serai..
xcukup serai p beli kat rumah jiran tetangga..
tebang pisang segala bagai kat tepi rumah..

kesian , terima kasih mak terchenta.

suami? ayah ?
haaa.. orang2 ni klua pegi beli barang2 basah utk majlis mlm nnt. utk bahan2 org mai ptg nak rewang.. alhamdulillah segala brg2 dah trsedia utk dimasak. ptg lps zohor smpai la tukang penyembelih. niat asal sy adalh jurukamera tp mcm anak jgk la. awal2 oke lg bg kambing mkn daun pisang tp bila skali dia mengemmbbeekk abeh lari lintang pukang. xcukup tanah dah kekdahnya..sama jugk ibunya nk jd jurukamera kunon..alih2 bila pisau kat leher kmbing tu ja dh jd takut, ngilu, kesian n gelabah..huahuahua..trus pggl adik hulur kamera kat dia.. penakut rupanya saya yek :p

biasa la hidup kat kg amalan gotong royong ni masih kuat!!!
so dari sembelih, lapah, serai lengkuas, bawang cili kering, tumis menumis,basuh membasuh..sume buat bak "yg berat sama dipikul yg ringan sama dijinjing", alhamdulillah masih di amalkan hingga la ni..

saya dan adik pompuan dh sattlekan beg cenderahati utk 6 org marhaban dan berzanji. dah selesaikan buaian yg nk guna time 'berendoi' tu nnt. dulu time abg danial, kami adakan waktu siang. tp utk adik aisy kami wat mlm lak..utk keselesaan n kesesuaian masa adik beradik n saudara mara dan para jemputan. ala majlis ni pon bukan buat besar sgt pon, cukupla utk yg wajib!!

kambing utk aqiqah ni dah lama booking, maknanya masa adik aisy dalam perut lg..hehee..seb baik booking awal sbbnya susah skang ni nk cari yg sihat, gemuk, cukup umur n berpatutan harga.. jd kami amik langkah slamat booking awal..

jadi lepas isyak brmula la majlis.. tahlil n baca doa, pastu makan2..then baru la start marhaban n berzanji..dan berendoi a.k.a naik buaian..utk foto2nya nnati sy aplod oke sbb 2,3 harini line internet sgt slow..

0 YOUR COMMENT... 8-):

*GiVe aWay*

See You Again

...... Terima Kasih Di Atas Kunjungan Anda Semua ......
Segala Coretan dan Nukilan Adalah Hasil dan Hak Milik Dari Pemilik Blog ini " DeeAnie Blogspot " tetapi ada jugak yang terselit link dari google. Terima Kasih Bagi Yang Sudi Menjadi Followers dan Meninggalkan Jejak serta Komen.

"
hiduplah seperti lilin, menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."