Khamis, 12 Januari 2012

Danial Haziq's Primary School



Assalam all

Tanggal 3 Januari 2012, maka bermula lah kehidupan anak ibu yg manja2 ni sebagai seorang murid. Dan bagi sy pula ialah Saya telah berjaya melangkah ke fasa seterusnya menunaikan kewajipan sebagai seorang ibu kepada anak saya iaitu menyekolahkannya untuk menuntut ilmu. spt sabda Rasulullah saw " Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad'' Ini adalah tuntutan oke!!

Rasa seperti 1 mcm ja, alam lain dah rasanya. Tepat pulak time ibu melangkah ke alam 3 series nih.

Dengan keterbatasan waktu untuk duduk lama2 di depan lappy telah sy lalui dan akan lalui setiap masa. walau apa pun dengan sedaya upaya akan menceriakan ruangan ini untuk tatapan kenangan kelak.

Walaupun dah nak masuk minggu ke-3, baru nk wat entry...xpe la janji ada jgk entry yg terpenting ini!! Gambar 1st day pon ada.. Itu lah..terlalu busy menguruskan kehidupan harian n terkejut ngan suasana baru dan tugas baru walaupun anak dah penah sekolah tadika selama 3 thn sebelum ni. Dengan minggu transisi/orentasi murid tahun 1 nya lagi. Di depan mata walau bukan sepenuh masa melihat gelagat-gelagat anak-anak kecik membawa diri biarpun sekerat jumlahnya berbanding sekolah di kota raya or di pekan or di bandaraya !!! tapi masih terasa suasana itu!! Tambahan anak saya jugak terlibat sama untuk tahun ini ^^

Mula bangun pukul 6.30 am. tapi mata masih tepejam. Mulut mengukir senyum. Sambil menggeliat kiri kanan kat atas tilam empuk ibu n adik!!

Kat luaq, hujan renyai-renyai. SEJUK !! semalaman turun. agak2 mcm nk banjir kali kedua. yup memang banjir hari kedua skolah tp tempat kami masih selamat alhamdulillah. cuma asben tepaksa redah jalan alternatif utk klua bekerja. sian dia.

Lepas tanggalkan baju trus tuju bilik air. Gosok gigi. Sabun sambil terketar-ketar. Sy cuma intai dari celah2 pintu jek. Sebab nk bagi dia biasa camtu. mmg sebelum ni pon mandi sendiri cuma pg tu saje2 nk monitor..hakhak..

Then siap pakai baju sume, tiba lak nk kena pakai kasut. Part ni syok tgk gelagat dia. gambar pon ada. nnt sy msukkan. siap tanya lagi ''ibu. sehari-hari ke kena pakai sock n kasut nih??'' ^^

Alhamdulillah, 1st day yg berkobar-kobar.

ni dah nk masuk minggu ke-3, mcm biasa la.budak-budak, mesti ada time pasang surut, time peel cam pot sardin, time ibu plus lambat siap padahal dah kejut sebelum subuh pon masih lambat siap!!..uhuhuuhuuu..

Waktu rehat pon alhamdulillah, cuma 1st n 3rd day, masih nk tunggu ibu walhal dah ready depan makanan yg nak dibeli . Makcik kantin pon dah siap ckap , xpe la danial nk beli pon xyah tunggu ibu lah..hehehe.. dia pun beli n trus p makan ngan kawan2..alhamdulillah dalam bab pergaulan xde masalah sebab kami kan duduk dalam kawasan sekolah n asrama jd xde masalah sume budak akan jd kawan dia..

cuma,

yang risaunya takut dia terlalu BEBAS "berkawan n bergerak" jek.. nanti dia kata tu sume kawan2 dia. 1 more kelas nya tinggi, tingkat 3. sangat risau. selalu pesan jgn bertenggek n berjalan2 kat koridor. TAKUT !!

Danial Haziq,
ibu doakan semoga abang akan diterangkan hati dan minda untuk menerima ilmu dari semua guru, sentiasa mudah dan cepat memahami apa yang diajar, sentiasa mendengar nasihat dan tunjuk ajar guru,beroleh kejayaan dan jadi anak yang soleh serta berjaya di dunia dan akhirat, Amin.

2 YOUR COMMENT... 8-):

syafisyifa' berkata...

ish pejah takdak pengalaman lg anak sekolah.mcmanalah rasanya noh hihi...apapun, blajaq baik2 noh abg danial...jd insan berguna dan menjadi kebangaan ibu ayah serta insan lain.amin.

D'aNie berkata...

Pejah,
Tu la..rasa lain mcm ja :p
Brcampur baur. Xpa nnt sampai la turn pejah :)

*GiVe aWay*

See You Again

...... Terima Kasih Di Atas Kunjungan Anda Semua ......
Segala Coretan dan Nukilan Adalah Hasil dan Hak Milik Dari Pemilik Blog ini " DeeAnie Blogspot " tetapi ada jugak yang terselit link dari google. Terima Kasih Bagi Yang Sudi Menjadi Followers dan Meninggalkan Jejak serta Komen.

"
hiduplah seperti lilin, menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."