Khamis, 22 Mac 2012

Mencemar Duli

Assalamualaikum dan salam ceria.
amboiiii, segak noo semua orang pakai baju batik rini, khamis..cantik cun melecun belaka.
di mulakan dengan bismillahhirrahmanirrahim..

Alhamdulillah setelah hampir 8 tahun saya menetap di Terengganu Darul Iman, ini adalah julung-julung kalinya, Sultan dan Sultanah Negeri Terengganu akan mencemar duli untuk menziarah dan melawat kawasan pemerintahannya yang begitu kecil dalam peta negeri ini, iaitu Bukit Mundok dan Masjid Alor Lek.

Dalam keberangkatan masuk baginda ke sini bertujuan untuk merasmikan pembinaan masjid baru di kampung ini. Sementelah hampir 2tahun masjid tersebut berdiri kukuh dan menjadi tempat beribat bagi kaum melayu yang beragama Islam.

Alhamdulillah.

Bersempena peristiwa penting ini maka serba sedikit malah telah banyak perubagan drastik dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk menyambut kedatangan baginda.
Jalan, sudah semestinya wajib dilebarkan kerana mana mungkin boleh bawa masuk kenderaan diraja melalui kawasan bukit Mundok & Alor Lik dan setikarnya, Jambatan, wajib diambil kira langkah keselamatan dengan tambahan besi penghadang yang sebelum-sebelum ini telah diabaikan selama berpuluh-puluh tahun untuk penduduk hulu ini..

Manakala kebersihan kiri dan kanan jalan juga turut menjadi perhatian, syukur dipanjatkan ke atas Allah swt kerana ada pihak-pihak yang bertanggungjawab telah melaksanakan tanggungjawab ini. Papan Tanda, yang mana kali pertama mak ayah saya dari kedah datang menziarah kami disni telah sesat untuk masuk kepedalaman ini untuk melawat kami anak beranak Juga telah dinaikkan untuk pandu arah DYMM untuk merasmikan masjid tersebut, Syukur Alhamdulillah selepas ini kedatangan mak ayah atau sesiapa sahaja ke Bukit Mundok dan Alor Lik tidak akan sesat lagi..atau "musing ketang" kata orang Terengganu.

Alhamdulillah dengan keberangkatan masuk Tuanku telah banyak merubah rupa paras dan wajah kawasan pedalaman ini menjadi lebih teratur dan lebih keperwatakan kehidupan dalam bumi yang merdeka ini.
Dengan ini patik-patik yang hina berbesar hati menerima kedatangan Tuanku dan Permaisuri ke kampung ini.. 

Selamat Datang, Tuanku.
 Selamat Datang, Tuanku Permaisuri.




4 YOUR COMMENT... 8-):

mzhany berkata...

seronoknya...besh boleh tgk tuanku permaisuri secara live, admire sgt dgn tuanku

D'aNie berkata...

Hany :: besh kan..hehe..tuanku permaisuri org kedah tu..hehehe ^^

syafisyifa' berkata...

wow....syoknya dpt tgk agung/pmaisuri.pejah takdan nak komen entri ani yg lain.insyaallah ada masa nnt pejah mai singgah cni.bz skit...

D'aNie berkata...

pejah, sama la..xdan nak drop komen kat blog pejah bnyk2..cuma dan singgah2 n bca kat hset ja..

nnt kami skali harung jgk kat rumah cantik molek pejah yg kiut miut nih :)

*GiVe aWay*

See You Again

...... Terima Kasih Di Atas Kunjungan Anda Semua ......
Segala Coretan dan Nukilan Adalah Hasil dan Hak Milik Dari Pemilik Blog ini " DeeAnie Blogspot " tetapi ada jugak yang terselit link dari google. Terima Kasih Bagi Yang Sudi Menjadi Followers dan Meninggalkan Jejak serta Komen.

"
hiduplah seperti lilin, menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."