Isnin, 25 Februari 2013

TEMA :: Adik Aisy

Salam,
Kepada semua selamat menjalankan rutin hidup. Yang wajib yang sunat serta yang harus.
Semoga sentiasa beroleh ketenangan dan kekuatan dalam menjalani kehidupan harian.
Amin.

Alhamdulillah, tempoh hari genap adik Aisy 1thn 6bln. Pada tarikh 30 January 2013.
Ini bermakna rutin cucuk mencucuk untuk antibiotik serta serum pelbagai tu dah tamat utk kesekian umurnya. Tapi malangnya tak sempat nak tunaikan tepat pada tarikh tersebut atas kekangan masa ibu dan abahnya. Maaf dik Aisy. Walo pon begitu  ibu dah laksanakan bahagian adik. Rabu lepas itupun terlewat 2minggu. tapi ibu dah make sure kat misi sebelum ni dia kata bole lewatkan sikit utk cucuk terakhir ni. Lega.

Hebat jadual ibu sejak balik dari intensif course ni. Dalam satu hari last week memang padat. Macam2 dok ada. Kelas ibu pagi macam jadual biasa, kelas wajib danial si abang seperti jadualnya dan kelas KAFA sebelah petang, kelas tambahan UPSR sebelah petang-masa utk ibu gasakkan anak-anak didik hadapi UPSR 2013, dan petang pulak aktiviti 1Murid1Sukan. Pikir punya pikir tang mana nak p cucuk adik. Haaaaaa. kat celah-celah masa yang sikit lepas kelas tambahan thn 6 tu le. Nasib baik la klinik desa selang dua blok dan sebelah pagar dari kuarters sini. Alhamdulillah boleh la rushing dan lompat pagar..kikikii..

Awal-awal lagi dah minta abah blk awal skit tak macam selalunya yg sampai kat rumah hampir-hampir pukul 4.30pm tu sbb nak minta tolong pegangkan dik Aisy. memandangkan masa cucuk setahun tu punya la kuat dia keraskan kaki nk cucuk tp seelok ja jarum masuk bole plak dia relax kan n lembutkan kaki..misi tu cakap kuatnya tenaga Adik Aisy ni, kebetulan badan dia pon besar dan tinggi. Tambah plak- ibu yg gerun tgk jarum-- teeeeeettttt--. Bukan takut tapi ngilu ja. org kedah panggey seriau..hehehe..rasa mcm darah naik sampai kat kapala.. dan kebetulan jugak misi kat klinik desa tu cuma sorang yang ada (sorg lagi cuti bersalin) dan baru pindah masuk ke situ. Ok, good job sbb cekap dan pantas buat kerja. Sama seperti sebelum ni. Cuma ibu ja yg gegalak tak konfiden..huahuahuaa..sori misi..ya la kan, nak cucuk kat badan anak kita,kan.. risau la jugak. Sebenarnya misi-misi ni dah terlatih dah.  Dah lali. Dah masak.  Dah pro.  Dah master bab-bab cucuk mencucuk budak-budak kecik nih. kan ke itu kepakaran diorg.. apa-apa pun terima kasih ye puan misi.

Selesai.
Kesian si kecik tu dapat hadiah. Elok plk skarang ni dah pandai bunyi mulut. Kalo Lapar tu dah pandai minta, kalo nampak haiwan lintas tu dah pandai panggil hujung2 dah. ni kan pulak kalo sakit..kaki pon terenjut-enjut bila menapak. kesian. hehe..don wori, adik Aisy kan BAT (hebat)..heheh..ayat dia.. Then Malam tiba maybe terasa berat dan sengal-sengal kot. dah tak berjalan dah. duduk diam kat sofa ja.Jjadi malam tu masuk tido pon awal la.

Alhamdulillah, hari ni dah sihat sepenuhnya. ala last week lagi kan.. dah 5 hari berlalu.. semuanya sihat dan cergas serta aktif bermain. seronok dapat tgk anak-anak membesar depan mata. Alhamdulillah.

Untuk anak-anak ibu, moga sentiasa beroleh kesihatan yang baik berpanjangan. Amin.
Ibu Sayang anak-anak ibu sepenuh hati tanpa keraguan...xoxo..


0 YOUR COMMENT... 8-):

*GiVe aWay*

See You Again

...... Terima Kasih Di Atas Kunjungan Anda Semua ......
Segala Coretan dan Nukilan Adalah Hasil dan Hak Milik Dari Pemilik Blog ini " DeeAnie Blogspot " tetapi ada jugak yang terselit link dari google. Terima Kasih Bagi Yang Sudi Menjadi Followers dan Meninggalkan Jejak serta Komen.

"
hiduplah seperti lilin, menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."