Sabtu, 10 Ogos 2013

SELAMAT HARI RAYA

Assalam.
Kami sekeluarga besar berhari raya di rumah mak dan ayah bersama-sama.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah diberi kesempatan untuk duduk berkumpul bersama
Meraikan hari kemenangan ini.
Menjadi adat kebiasaan bagi golongan berkeluarga untuk menyambut aidilfitri secara bergilir gilir adil dan saksama.
Namun ada jgk yang ambil mudah keputusan untuk berhari raya secara menetapkan terus giliran iaitu hari raya aidilfitri setiap kalinya dirumah makayah seniri hari raya aidiladha dirumah mertua.
Tak kisah la apa giliran yg dipersetujui asalkan berhari raya dikampung bersama ibu dan ayah yang pastinya itu adalah wajib.
Lemang dan gulai daging dari mak ayah.
Kuih muih biskut raya dari anak menantu siap dihidangkan.
Seawal pagi setelah siap urus diri kami semua ke masjid untk menunaikan solat sunat hari raya aidilfitri.
Selepas selesai ziarah pusara tok dan wan.
Selepas membacakan yasin disitu kami menuju pulak ke pusara tok dan wan sebelah ayah.
Posn selesai menghadiahkan surah yasin kami pulang ke rumah.
Acara ziarah menzirah sanak saudara jiran tetangga kami penuhi.
Balik ke rumah. Rehat2. Bersihkan diri dan solat zohor. Lepastu kami hanya menunggu tetamu datang ke rumah..
Raya kedua terus ke sungai petani rumah mertuaku.
Ok. Jom intai intai gambar raya untuk kali ini.
Tema biru pilihan kami sekeluarga.

Woooppssss...terlepas plak..

Selamat datang ahli baru dalam keluarga besar en.hamzah ye wahai kakak ipar baruku.
Nampak tak yg sedondon baju hitam tu..????
Kali pertama beraya sbg suami isteri, ceria nampak!!!,!!!

K Selamat Hari Raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.

0 YOUR COMMENT... 8-):

*GiVe aWay*

See You Again

...... Terima Kasih Di Atas Kunjungan Anda Semua ......
Segala Coretan dan Nukilan Adalah Hasil dan Hak Milik Dari Pemilik Blog ini " DeeAnie Blogspot " tetapi ada jugak yang terselit link dari google. Terima Kasih Bagi Yang Sudi Menjadi Followers dan Meninggalkan Jejak serta Komen.

"
hiduplah seperti lilin, menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."