Selasa, 24 April 2012

Ganti Puasa

Assalamualaikum.
Salam Mesra dan Salam Berkunjungan ^^

seperti tajuk tertera, ya, saya sedang gigih mengabeskan puasa ganti.
Almaklumla Ramadhan lepas saya sedang berpantang Danial Hariz Aisy aka Adik Aisy. Sebulan oke!!!
Jadinya sejak bulan Februari lepas saya sudah start ganti sikit2, itu pun bermula hr Isnin dan Khamis saja.
Tolak pulak kalu tiba2 ada aktiviti keesokkannya tu, termasuk la aktiviti kat skolah yg mana banyak gunakan tenaga. lagi pula adik aisy masih berBF time tu, sangat letih dan terlalu dahaga. cuma skang ni ok banyak sebab dia dah mix ngan ANMUM. Jadi dalam seminggu tu bole la express isnin, selasa, rabu dan khamis.. jumaat sabtu,, woooppss..xbole sbb tu time cuti tergugat sket..kikikiiii....

Setakat ni alhamdulillah walopon skit demi skit hampir 20 hari sudah saya gantikan posa ni.. 10 days lagi utk abeskan proses ganti mengganti ni.. moga2 dipermudahkan olehNya utk saya habiskan.


Alhamdulillah, setakat ganti posa ni mmg masak sendiri ja..semangat masak sendiri tu berkobar2 sampaikan asben mintak nak belikan makanan berbuka pon sy tolak...wah..wah..waaaaahhhhh.. perubahan yg positif nih..bole jimat sket,kan..betol, sbb before this mmg sj cari kesempatan ja suh asben beli ..kesnya sbb malas masak. sgt tak baik perasaan tu oke!!!!! cuma last khamis ja asben nak jugak belikan KFC, jadi xmasak la hari tu :))

Macam-macam menu yg simple-mimple ja yg telah dihidangkan... tak kesah la kan janji famili suka dan habes setiap kali berbuka.. mesti ada berkuah + ikan goreng /apa2 goreng + ikan pekasam.
ekceli ni la baru saya cuba2 makan pekasam pdahal org kedah ja pon..and orang cerok mana ja pon..tp xtau la kenapa saya xbole nak jamah ikan pekasam ni sebelom nih..sejak ganti posa ni itu la menu yg wajib ada and sedap dan penambah rasa kami. Asben lagi la suka sbb mmg peberet dia..siap menambah..ngalahkan org yg brposa !! :p

Alhamdulillah kekuatan dan kecergasan diberikan oleh Nya walau ada kelas tambahan walau ada gerko walau ada kelas malam. Walaupun ada yg cakap (sebelum stat posa ) sangat letih kalau posa sambil menyusukan ni..tapi Allah itu sentiasa menguji dan memberi hikmah kepada setiap hambaNya dengan pelbagai cara dan kaedah. Itu semua adalah untuk menguatkan lagi ketaqwaan kita kepadaNya tanpa rasa ragu dan sentiasa bersyukur kepadaNya.. semoga dengan entry ni dpt sy mengajak dan mengingatkan sahabat2 semua untk jgn lupa ganti ye sbb Ramdhan dah nak menjelma lagi.InsyaAllah.

4 YOUR COMMENT... 8-):

nurbijen berkata...

caiyok caiyok...

D'aNie berkata...

ya, sama2 jom :)

syafisyifa' berkata...

alhamdulillah...insyaallah ani sempat perabih ganti posa

D'aNie berkata...

amin, smoga diberi kesempatan olehNya

*GiVe aWay*

See You Again

...... Terima Kasih Di Atas Kunjungan Anda Semua ......
Segala Coretan dan Nukilan Adalah Hasil dan Hak Milik Dari Pemilik Blog ini " DeeAnie Blogspot " tetapi ada jugak yang terselit link dari google. Terima Kasih Bagi Yang Sudi Menjadi Followers dan Meninggalkan Jejak serta Komen.

"
hiduplah seperti lilin, menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."